Home Novel Thriller/Aksi INDIGO
INDIGO
Miko Yan
30/3/2020 12:34:45
63,544
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 8

TEPAT pada waktu yang dijanjikan, Alicia dengan kereta Myvinya tiba di depan pintu pagar rumah bernombor 115 itu. Megat yang menerima mesej daripadanya segera menuruni anak tangga. Kakaknya ketika itu sedang melipat kain baju di ruang tamu.

              “Eh, adik nak keluar ke?” Sapa Puteri Kamila selepas melihat Megat menuju ke pintu rumah.

              “Ya, kak. Adik nak keluar dengan kawan kejap,” balas Megat sambal menyarung kasut Converse hitamnya.

               Kawan?

               Puteri Kamila bingkas bangun kerana merasakan sedikit aneh.

               “Bagaimana dengan makan malam?” Soal Puteri Kamila kemudiannya, bertandang ke hatinya kekhuatiran itu. Takut-takut apa yang dirancangnya tak kesampaian.

               “Err, nanti adik balik makan.” Megat memberi satu janji.

                Kembali lega hati Puteri Kamila mendengarnya. Ada dua kelegaan sebenarnya yang hadir ke hatinya tika itu.

               “Adik pergi dulu,” ucap Megat disusuli mencium tangan kakaknya.

               “Have a fun,” ucap balas Puteri Kamila dengan senyuman selepas dapat menjejak seorang gadis yang menjemput adiknya itu. Anak matanya kemudian menghantar Megat hingga hilang dari pandangannya.

               “Kawan?” Masih melirik senyuman di bibir Puteri Kamila. Sekilas juga terilham di kepalanya untuk memasak lebih sedikit hindangan makan malam nanti. Berita gembira itu harus diraikan.

               “Awak tinggal dengan family awak ke?” Alicia memulakan perbualan dalam perjalanan itu. Perlakuan Megat mencium tangan kakaknya tadi sebenarnya telah mencuit sedikit hatinya.

               “Tinggal berdua sahaja, dengan kakak saya,” balas Megat.

               “Mak ayah awak di kampung ya?” Alicia bersuara lagi. Niatnya supaya rasa kekok tidak terundang antara mereka.

               “Mak ayah saya dah tak ada.” Dengan nada perlahan Megat menjawab.

               “Oh, I’m so sorry.” Alicia bersimpati.

               Megat sekadar mengukir senyum kelat.

               “Boleh saya tahu apa yang terjadi?”

               Sesuatu yang tak mahu diingati Megat sebenarnya. Namun, dia faham niat Alicia itu.

               “Mereka dan adik bongsu saya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Hanya saya yang terselamat dalam kemalangan itu.” Megat memberi penjelasan lengkap supaya Alicia tidak bertanya tentang itu lagi.

               “I’m so sorry once again,” ucap Alicia lagi. Bertandang rasa sebak di hatinya. Ternyata dia seorang yang cepat tersentuh.

               “Its okay, kalau boleh aku dah tak mahu kenang lagi kisah itu.” Megat memberi lebih kefahaman kepada Alicia.

               Alicia mengerti maksudnya itu.

              Tiada lagi perbualan sehingga mereka tiba di Giant Hypermarket KotaDamansara. Selepas berjaya mendapatkan petak parkir, mereka melewati pintu pasaraya.

              “Okey, kita nak bermula di mana?” Soal Alicia.

              “I don’t know,” ternyata Megat tiada idea walaupun dia sudah mendapat bayang-bayang.

              “Di mana awak melihat bayang suasana orang menggoreng itu?”  Alicia mendapat ilham.

              “Di Restoran Burger King itu,” jelas Megat sambil meluruskan jari telunjuknya ke arah restoran yang dimaksudkan.

              “Okey, kita bermula di situ.” Alicia mengajak.

              Megat tanpa banyak soal lagi membuntutinya sahaja.

              Kini mereka berada betul-betul di perut restoran.

              “So, whats next?” Megat minta buah fikiran daripada Alicia.

              “I think mesti Emily pernah ke restoran ini. Maybe dia makan di sini or maybe juga dia…”

              “Dia berjumpa seseorang di sini?” Megat yang memahami maksud Alicia itu pantas bersuara sebelum Alicia menghabiskan ayatnya.

               Alicia mengangguk kepalanya.

               “Maksudnya kita perlu cari meja tempat dia makan,” Megat mula dibuka pintu ilhamnya.

               “Ya betul, kita perlu cari di meja yang mana satu.” Alicia menyokong pendapat Megat itu.

               Megat sekilas teringat nombor yang muncul di dalam bayangannya.

              “Meja nombor 13,” pantas dia menapak dan mencari kedudukan meja itu. Alicia turut berbuat yang sama.

              “Di sini,” laung Alicia selepas beberapa ketika mereka berdua mencari.

              Megat segera menghampirinya.

              Meja itu diperiksa mereka untuk mencari apa-apa klu di permukaannya. Namun, hampa.

             “Benarkah Emily pernah duduk di meja ini?” Keluh Megat yang kehampaan.

             “Ada satu cara untuk memastikannya,” ujar Alicia, lalu dia menunduk untuk melihat ke bawah meja.

             “Ya, Emily memang pernah duduk di meja ini,” jelas Alicia dengan senyuman kemudiannya.

             “Macam mana engkau boleh pastikan begitu?” Berkerut sedikit dahi Megat.

             “Itu buktinya.” Alicia mengajak Megat menunduk kepalanya untuk melihat apa yang ada di bawah meja itu.

            "Chewing gum?" Masih ada kekamuran di wajah Megat.

            “Ya, chewing gum itu buktinya Emily pernah duduk di sini. It’s Emily’s habit,” jelas Alicia lagi.

            “Melekatkan chewing gum yang dimakannya di bawah meja?” Megat mahu lebih kepastian.

            Alicia mengangguk dengan senyuman, seperti dia merasa lucu dengan tabiat Emily itu.

            Megat menerima penjelasan itu. Seseorang yang rapat dengan Emily pasti mengenali dirinya dengan lebih dekat.

            Kedua-duanya kemudian melabuhkan punggung pada kerusi di meja itu

           “Okey, kita dah tahu Emily pernah duduk di sini. So, apa perkaitannya dengan kehilangan Emily?” Megat masih buntu untuk merungkai.

           “I don’t know. Tapi saya dapat rasakan dia bukan hanya makan di sini, tapi berjumpa seseorang secara rahsia  di sini.” Dalam ketidakpastian, Alicia merumus satu buah fikirannya.

           “Mengapa engkau rasa begitu?” Makin banyak persoalan yang hadir dibenak Megat. Lepas satu, satu yang datang.

           “Sebab, kalau dia sekadar mahu makan di sini, dia pasti mengajak kami sekali. Tapi, sepanjang kami bersahabat dengannya, belum pernah lagi dia mengajak kami makan di sini.” Penjelasan Alicia itu makin mengundang persoalan.

           “Oh begitu. Mungkin dia keluar makan dengan Alex?” Megat cuba menduga. Semua orang di kolej tahu hubungan Emily dengan Alex, seorang pelajar senior. Walaupun dia tak mengendah orang lain di sekelilingnya, tak bermakna dia tidak tahu apa-apa yang berlaku di sekitarnya.

           “Alex? I don’t think so.” Alicia cepat-cepat menyangkal.

           “Why?”

           “Sebab orang yang jaga badan dan selalu ke gym seperti Alex itu takkan makan makanan segera dan berminyak.”

           Damn! Betul jugak kata Alicia itu. Habis itu siapa?

           Kedua-duanya jadi buntu.

          “Awak mahu makan apa-apa tak?” Soal Alicia kemudian. Cuba menenang seketika kebuntuan mereka. Bau aroma di restoran itu pulak memanggil-manggilnya. Dia dengan makanan segera sememangnya tak boleh dipisahkan.

          “Err, saya masih kenyang lagi,” balas Megat yang sekilas teringat janji pada kakaknya.

          “Kalau macam itu, saya order untuk awak minuman,” ungkap Alicia.

           Megat bersetuju dengan anggukan kepala. Tekaknya waktu itu sememang minta dibasahkan.

            Alicia berlalu meninggalkan seketika Megat di meja itu.

            Peluang itu digunakan oleh Megat untuk merumus kembali hasil penyiasatannya pada hari itu.

            Bayangan orang-orang menolak troli bermaksud lokasinya di pasaraya Giant itu. Bunyi minyak panas di dalam kuali dan orang menggoreng sesuatu pula membawa makna kepada Restoran Burger King yang pernah dikunjungi Emily dan nombor 13  merujuk kepada nombor meja tempat Emily pernah duduk. Bagaimana pula dengan huruf-huruf yang muncul itu? Apakah pengertian di sebaliknya?

            Sekilas anak mata Megat menjeling ke arah nombor 13 yang terlekat di sudut kanan meja.Selepas mengamati nombor itu dalam-dalam, dia terperasan ada sesuatu huruf diukir kecil berdekatan dengan nombor itu. Secara pandangan kasar sememangnya ukiran kecil itu tidak akan nampak.

            N, A, I dan R… Megat menyebut satu persatu ukiran itu.

            What the heck!

            Terbeliak mata Megat. Sememangnya benar Emily pernah duduk di meja itu.

            Apakah-apakah maksud huruf-huruf ini?

            Fikiran Megat berhempas-pulas mencari perkaitannya.

            Adakah ianya satu nama orang?

            NAIR? Siapakah orang yang bernama NAIR? Di kolejnya tiada nama seumpama itu. Barangkali Alicia ada jawapannya.

            Situasi di kaunter pesanan juga tidak kurang kejutannya.

            “Eh, Brian! You kerja kat sini ke?” Alicia sungguh terkejut bila berjumpa dengan seorang rakan sekelasnya di situ.

            Pemuda yang bernama Brian itu ternyata juga terkejut berjumpa dengan Alicia sebegitu, sehingga tergagap-gagap dia menjawab pertanyaan itu.

            “Err… err… ya… aku kerja kat sini, buat part time.”

            “Oh, good. Pandai you isi waktu terluang dengan cari duit poket” puji Alicia, berbasa-basi.

            Brian yang malu-malu sekadar mengukir sengih. Dia kalau boleh tak mahu ada rakan yang mengetahui dia membuat part time di situ. Kalau rakan-rakannya tahu, pasti dia akan malu besar, kerana selama ini dia cukup berlagak sebagai anak seorang kaya.

            “Err,  kau nak order apa?” Soal Brian kemudian, seperti mahu situasi kekoknya itu cepat berlalu.

            “Bagi aku dua coke,” balas Alicia.

            “Makan?” Soal Brian lagi. Seperti sebelumnya, bernada  pantas.

            “Just drinks, thank you,” jawab Alicia lagi. Walaupun seleranya terbangkit, namun bagi menghormati Megat yang mahu minum sahaja, dia menuruti.

            Selepas membayar harga minuman itu, Alicia kembali semula ke meja nombor 13 bersama dua gelas coke.

            “This is yours,”ucap Alicia sambil menghulurkan minuman kepada Megat.

            “Thank you, how much?” balas Megat.

            “Eh, its okay.Saya belanja. Kan saya yang ajak awak keluar.” Cepat-cepat Alicia menahan Megat yang mahu mengeluarkan dompetnya.

            “Thank you once again,”

            Alicia membalas dengan senyuman. Melirik di bibir mungilnya.

            “Awak tahu siapa yang saya jumpa di kaunter tadi?” Alicia bersuara kembali selepas menyedut minumannya beberapa sedutan.

            “Siapa?” Soal Megat kembali.

            “Brian,” jelas Alicia dengan senyuman.

            “Dia kerja di sini?”Soal Megat lagi. Dia juga tidak terlepas daripada rasa musykil. Brian selama ini juga dikenalinya sebagai seorang yang cukup berlagak seperti anak orang kaya. Satu lagi yang diketahui tentang diri Brian ialah tentang masalah demensia yang dihadapinya. Brian kadang-kadang lupa sesuatu perkara. Di dalam kelas, jenuh juga pensyarah membuat nota-nota ingatan kepadanya supaya dia tidak terlepas dateline sesuatu assignment.

           “Yup, dia buat part time di sini. Selepas ini, dia tidak bolehlah nak tunjuk lagak lagi seperti anak orang kaya dengan kita. Kita dah tahu rahsianya,” ungkap Alicia dengan gelakan kecil. Seperti ada satu kepuasan di hatinya.

            Selama ini, sememangnya Brian antara salah seorang pelajar di kolej itu yang suka memperlekeh-lekehkannya.

            “So, macam mana?Awak ada dapat apa-apa klu tambahan tak?” Alicia mengajak Megat kembali kepada penyiasatan mereka.

            “Ada, cuba lihat di sini. Ada ukiran kecil yang sebelum ini kita tak nampak.” Megat segera menunjukkan apa yang dijumpainya.

            “N, A, I dan… R. Seperti huruf-huruf dalam bayangan mimpi awak?”

            Megat mengangguk.

            “Apa maksud huruf-huruf ini ya?” Dahi Alicia berkerut.

            “Aku fikir ianya satu nama orang. Kau ada kenal sesiapa yang bernama Nair?”

            Alicia pantas menggeleng.

            “Bagaimana dengan Emily? Dia ada kenalan bernama itu?” Soal Megat lanjut.

            “Setahu saya tidak ada.” Alicia membalas selepas berfikir sejenak.

            “Hmmm, mungkin ianya bukan nama seseorang,” akhirnya Megat mengalah.

            Alicia juga menarik wajah hampa.

            Dalam mereka kehampaan itu, tiba-tiba Megat menerima satu pesanan mesej. Dia segera menyemak peti simpanan WhatsApp. Satu mesej daripada kakaknya. Selepas membaca mesej itu, dia menyimpan semula telefonnya ke dalam poket seluar.

            “Err, kau ada nak pergi ke mana-mana selepas ini?” Soal Megat dalam payah.

            “Hmmm, tak ada. Lepas hantar awak balik, saya terus balik ke rumah sewa,” jelas Alicia.

            “Err, kakak aku ajak makan malam sama-sama di rumah aku, boleh ke?” Dalam rasa yang lebih payah, Megat menyusun ayat lanjutan. Ikutkan rasa kekoknya, mahu diabai sahaja jemputan kakaknya itu. Namun, entah mengapa dia mula merasakan satu koneksi dengan Alicia.

            “Oh, sure.” Alicia cepat-cepat memberi persetujuannya. Ternyata dia gembira dengan jemputan itu. Boleh juga dia berkenalan dengan kakak Megat.

            “Okey, jom kita bergerak sekarang” ujar Megat dengan ajakkan bila menyedari jam sudah melewati angka 6.30 petang.

            “Okey,” balas Alicia, mengekori Megat ke arah ruang parkir. Tanpa disedari Megat, senyuman terus melirik di tubir bibirnya.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Miko Yan