Home Novel Seram/Misteri REMBAU
REMBAU
Nabella Bazli
21/1/2018 11:50:58
5,329
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1

TOK!

TOK!

TOK!

TOK!

TOK!

TOK!

            Bunyi ketukkan pada almari besi yang kosong itu berjaya membangunkan Isabella dari lenanya. Mata hanya dibuka kecil, menghala ke arah almari tersebut. Bunyi ketukkan dari dalam almari itu semakin kuat, seolah-olah seperti ada ‘makhluk’ yang terperangkap didalamnya. Dari rentak ketukkan itu juga seperti ia amat terdesak untuk keluar secepat mungkin.

            Nak dikatakan cicak.. Kuat pula tenaga cicak untuk ketuk almari besi itu sehingga mengeluarkan bunyi yang agak kuat sebegitu?

Sempat dia mengerling jam di dinding sekilas. Siapa saja yang aktif pada waktu begini? Pukul 3 pagi?

Ah gila!

Dalam keadaan yang masih mamai,

“Siapa yang duduk dalam almari tu?” ucap Isabella sambil membetulkan kedudukan bantal di kepala.

Bunyi ketukkan itu akhirnya berhenti, namun diganti pula dengan deruan angin yang luar biasa bunyinya, datang dari bahagian atas kepala katilnya.Tempat kepalanya bebaring.

Deruan angin itu terhenti tatkala seluruh tubuh Isabella telah dihempap sepenuhnya. Dalam keadaan mata yang terpejam rapat, Isabella cuba untuk memboloskan diri dari tindihan itu. Surah Qursi menjadi senjatanya untuk bertarung namun ternyata dia tidak bisa menghabiskan 2 potongan ayat terakhir surah itu. Puas dia cuba mengingati baki ayat yang tertinggal tetapi gagal.

Dalam keadaan badannya yang kebas dan masih lagi tidak bisa bergerak, dia merasakan tangan kananya yang ditempatkan di atas kepala seolah-olah seperti diangkat. Ya, tangannya terapung namun tidak berapa tinggi dan yang penting, gerakkan itu bukanlah hasil dari tenaga dirinya. Badannya yang cuba untuk dilepaskan dari terus ditindih juga dirasakan seperti ditolak kuat namun dia melawan tolakkan itu dengan baki kudrat yang ada.

            “ALLAHUAKHBAR!”

            Termengah-mengah dia sebaik saja tubuhnya berjaya bolos dari terus ditindih. Dia mencuri nafas yang hilang. Cepat-cepat Isabella mengubah posisi tidurnya. Dari menelentang, dia mengiring ke kanan pula. Tatkala dia mahu mengiring, telinganya berdesing dan

            Allah!  

            Dia ditindih lagi buat kali yang kedua. Matanya yang semakin segar-bugar itu langsung tidak dibuka sedari tadi lagi. Risau akan pemandangan yang bakal menjamu matanya nanti jika dia memilih untuk mencelikkan mata.

            “Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Ini bumi Allah. Aku menumpang disini untuk menuntut ilmu, bukan untuk ganggu kau. Pergi balik ke tempat asal kau!”

            Kata-kata yang hanya mampu terluah dalam hati. Suaranya langsung tidak dapat dikeluarkan walau telah dicuba sehabis baik.

            Fikirnya, penderitaan yang ditanggung tidak lama. Di telinga yang sama, dia mendengar satu suara wanita yang garau cuba untuk berkomunikasi dengannya. Isabella hanya mampu berzikir dalam hati, minta pertolongan dari illahi.

‘Dia’ masih terus berkomunikasi dengan Isabella, dalam bahasa yang langsung tidak difahami oleh gadis itu.

 

 

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.