Home Novel Cinta Untuk Mencintaimu
Untuk Mencintaimu
Nabella Bazli
14/12/2016 20:39:24
4,420
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Nadia baru pulang dari kerja. Tergerak hatinya untuk pergi menjenguk keadaan ibunya terlebih dahulu sebelum masuk ke biliknya. Pintu bilik puan Akma dikuak kecil. Samar-samar cahaya lampu tidur itu menyimbah wajah tua puan Akma. Kelihatan matanya masih terkebil-kebil merenung siling.Nadia senyum tipis,

“Mak tak tidur lagi? Dah pukul 3 pagi ni.. Kenapa masih berjaga lagi?”

Puan Akma tersentak, lalu menoleh ke arah Nadia yang sedang berjalan mendapatkanya. Dilabuhkan duduk di sisi puan Akma. Beg tangan diletakkan di atas lantai, dia seterusnya mengucup dahi ibunya perlahan.

“Kenapa taktidur lagi ni?”

“Entahlah Yasmin.. Mak tak boleh tidur.. Mata ni tak boleh nak lelap pula.”

Rambut puanAkma yang hampir putih semua dibelai pula.

“Mak fikirkan siapa ni? Ceritalah dengan Min..”

“Mana dia jumpa lelaki tu? Kenapa tak cerita pun pada mak..”

Nadia diam seketika. Termenung pun ada.

 “Min pun tak tahu mak..” dia mengalihkan pandangan ke arah wanita itu. “Mak nak pergi jumpa dia? Majlisnya lusa.. Kalau mak nak, Min boleh bawakkan..”

“Tak payahlah Min.. Kalau dia ingat kat mak, mesti dia balik sini, datang jenguk mak..” keluh puan Akma. “Dia dah berjaya sekarang.. Manalah nak mengaku mak ni sebagai mak dia.. Tak sama taraf..”

Nadia menggenggam tangan puan Akma seperti menyalurkan semangat melaluinya. Dia tahu ibunya sedang bersedih pada ketika itu. Dia sendiri serba salah melihat keadaan puan Akma seperti itu. Emosi terganggu.

“Mak..Jangan cakap macam tu.. Tak baik. Dia ingat saja kat mak.. Cuma dia sibuk kerja saja.. Esok Min bawa jumpa dia okay? Mak tidurlah.. Rehat dulu.”

“Mak tak nak Min. Nanti Min pergilah majlis dia, wakilkan mak. Mak tak lalu nak pergi. Badan sakit-sakit..”

“Kalau mak tak pegi, Min tak payahlah pergi juga. Kita pergi check up, lepastu Min bawa mak pergi makan nak? Ada kedai sedap baru buka dekat dengan 7-E tempat Min kerja tu.. Min dah cuba tadi dengan kawan-kawan Min.. Nanti kita pergi ya mak?”

“Min pergilah. Wakilkan mak ya?” Nadia menghembus nafas perlahan. Wajah puan Akma benar-benar penuh dengan pengharapan. Mana boleh dia menolak permintaan ibunya yang satu itu?

Perlahan, dia mengangguk.

Puan Akma senyum tipis. Wajah mulus Nadia dikerlus lembut. Sayang benar dia dengan Nadia.Manakan tidak? Senang susah dia, hanya Nadia saja ada bersama dia. Anak-anak yang lain? Tak tahu entah hilang kemana.

 

TENGKU RAIHANNA menapak kebilik abangnya yang terletak selang 3 pintu dari biliknya itu. Pelik rasanya dia tidak nampak bayang Tengku Ryan di rumah itu sejak dia pulang dari sekolah tadi. Pintu kayu jati itu diketuk tiga kali sebelum dia memulas tombol untuk masuk ke dalam.

            “Abang, Hanna masuk tau..”

            Pintu dikuak luas-luas. Kosong.Bilik juga panas dek kerana pintu sliding ditutup dan penghawa dingin tidak dihidupkan menandakan Tengku Ryan sudah lama meninggalkan bilik itu.

            “Kemana dia pergi?”

            Tengku Raihanna memeriksa di ruang wardrobe juga tandas. Kosong juga.Penghawa dingin dihidupkan sebelum dia melabuhkan duduk di atas katil empuk milik Tengku Ryan.

            “Abang ni.. Dah nak dekat pukul 12malam kot.. Tak reti-reti nak balik ke macam mana?” nombor telefon Tengku Ryan terus didail. Khuatir dia dengan keselamatan abang sulungnya itu. Dia faham,Tengku Ryan mungkin saja sedang protes. Tetapi dia tidak menyangka abangnya terfikir untuk pergi meninggalkan rumah itu pula.

            5 saat menunggu, panggilannya diangkat.

            “Kat mana?”

            “Hotel.Don’t feel like going home.” Lurus suara Tengku Ryan menjawab. “Why?”

            “Hanna risaukan abang saja.. Okaylah kalau abang ada di hotel.. Nanti Hanna beritahu mummy so that she won’t be worried of you..”

            “Alright.” Di hujung talian, dia menangkap bunyi keluhan yang dilepaskan Tengku Ryan. Rasa bersalah pula Tengku Raihanna kerana tiada disisi abangnya tatkala dia sedang bersedih seperti mana Tengku Ryan sentiasa ada dengannya sewaktu dia sedih.

            “Abang ada baju tak? Abang makan apa malam ni? Nak Hanna bungkuskan dinner tadi dan hantar pada abang?”

            “Abang ada spare baju disini.. Jangan risau okay? Lagipun inikan memang bilik kedua abang selepas bilik di rumah.. Lupa?” jeda. “Abang dah makan tadi.. Heish budah kecil ni.. Don’t worry about me okay? Abang okay saja ni..Belum sampai tahap nak bunuh diri lagi..” Tengku Raihanna angguk kecil.

            “Yalah.. Anyway.. Your joke ain’t that funny anymore. Lame gila. ” sempat lagi dia mengata. SeandainyaTengku Ryan ada disisi, gerenti kepala dia akan diluku-luku saja oleh lelaki itu.

            “It’s getting late. Pergi tidur.. Besok kena bangun awal. kena ikut mummy,pergi..”

            “Ah.. Shush.” Potong Tengku Raihanna.Malas mahu mendengar perlian Tengku Ryan yang menjengkilkan itu. Sengajalah tunak buat dia sakit hati.. Bukannya abangnya itu tak tahu dia manalah ikhlas sangat untuk ikut rombongan ke rumah bakal tunangnya nanti.

 “Esok, you don’t have to come to her house. Lagipun kalau ikut adat, lelaki memang tak elok bertandang ke rumah perempuan di hari pertunangan.. So jangan pergi.Pandai-pandailah daddy nak menjawab dengan pihak belah sana.. Geram Hanna dengan daddy tu. Suka tau paksa abang ikut cakap dia..”

            “Hanna.. Don’t say such things about him.. He’s our dad after all.. Baik buruk dia tetap bapa kita.. Cuma..” tergantung sepi bicaranya.

“Cuma?”

“Abang minta Hanna tolong doakan supaya daddy lembut hati dan celik mata untuk lihat apa yang tersembunyi diluar penglihatan dia.. Abang nak cakap pun tak ada guna.. He won’t listen to me.” Suara Tengku Ryan jelas kedengaran kecewa.

“InshaAllah.. Janganlah sedih sangat..Hanna selalu support abang tau..”

“Ya.. abang tahu.. Pergi tidur okay? Assalamualaikum..”

Sebaik saja talian dimatikan, Tengku Raihanna menyelak comforter katil abangnya itu lalu mendaratkan kepaladi atas bantal, bercadang untuk tidur di situ pada malam itu. Dia mengeluhkecil. Gambar dia bersama Tengku Ryan sewaktu di Korea direnung di skrin telefon bimbit. Senyuman panjang lelaki itu membuat matanya automatik berkaca.

“Abang..Hanna harap satu hari tuhan akan hadirkan seseorang yang mampu kembalikan senyuman abang semula.. The one that can make you so happy that you forget what sadness actually is..” 

Dalam diam, Tengku Raihanna menangis seorang diri. Sedih dengan nasib yang menimpa abangnya. Bukannya dia tak tahuTengku Ryan juga sedang kecewa dengan rancangan yang diatur oleh bapa mereka. Pertunangan sewaktu kecil harus direalisasikan secara rasmi konon.. Sampah saja semua itu!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.