Home Novel Cinta Lakaran Cinta Kita
Lakaran Cinta Kita
Nabella Bazli
25/9/2017 22:09:36
2,961
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Akhbar menolak perlahan pintu kaca kedai serbaneka itu yang menghasilkan penggera berbunyi ‘welcome’. Dia tidak begitu sibuk memandangkan pelanggan kedai itu tidak begitu ramai pada waktu malam. Dia menyandarkan badan pada dinding kedai itu sebelum menekan butang hijau untuk menjawab panggilan dari bapanya.


               Nafas yang dihembus jelas kelihatan seperti kepulan asap wap yang keluar dari hidungnya dek kerana cuaca pada waktu malam teramatlah sejuk di kota London itu.


               “Av okay saja disini..” Akhbar ketap bibir menahan sebak. Dia tak mahu kesusahnnya di bumi eropah itu diketahui oleh ibu dan bapanya.


               Dia tahu kedua ibu bapanya juga menghadapi masalah kewangan selepas bisnes mereka bankrap. Dia tak mahu menambah beban mereka lagi dengan masalah perbelanjaannya di situ. Lagipun tukaran wang ringgit Malaysia kepada pound sterling bukannya sikit-sikit. Lagipun, dia masih mempunyai kuderat untuk mencari wang untuk menyara hidupnya sendiri.


               “Duit belanja ada lagi?” dia angguk kecil biarpun pada hakikatnya dia sudah tidak mempunyai wang untuk membeli makanan untuk bulan itu.


               “Ada..” bohong sunat. “Umi dan abah sihat?”


               “Alhamdulillah..Kami sihat saja.” Jeda. “Nanti abah masukkan duit ke akaun Av ya? Abah minta maaf kalau nilainya tak banyak tapi abah akan usahakan untuk masukkan juga duit tu esok inshaAllah.” Nada encik Salleh benar-benar kedengaran sayu membuatkan air mata Akhbar laju menuruni pipinya. Cepat-cepat menyeka air mata itu dengan hujung lengan baju. Risau ada yang ternampak dia menangis nanti.


               “Tak apa abah..Alhamdulillah, Av masih ada duit lagi. Lebih dari cukup untuk tampung perbelanjaan bulan ni.. Av okay saja disini. Tuhan ada, jagakan Av.. Umi dan abah janganlah risau ya?”


               “Hey Akhbar..”dia menoleh. Ethan, rakan syifnya memanggil dia dari muka pintu. Permukaan bawah telefon bimbitnya diterkup dengan tangan. Tak mahu bapanya dengar perbualannya dengan Ethan.


               “I’m gonna need you to help me to count the stocks in the store.” Akhbar mengangguk kecil.


               “Give me a second.” Dengan itu, lelaki berambut coklat dan berkulit pucat itu masuk kedalam kedai itu semula.


               Tangannya dialihkan dari permukaan telefon bimbit. “Abah.. Av kena pergi ni. Nak gerak kebilik Zaki, siapkan drawing untuk assignment yang due minggu depan.” Akhbar pejam mata rapat-rapat. Dua pembohongan telah dibuatkepada bapanya pada malam itu. Sebenarnya orang tuanya tidak tahu bahawa dia bekerja pada waktu malam dan belajar pada waktu siang. Dia tak mahu mereka risaukan dirinya lagi. Baginya, biarlah ini semua menjadi rahsia antara dia,tuhan dan kota London itu.


               “Baiklah.. Jaga diri disana. Jaga solat.”


               “InshaAllah..Kirim salam rindu Av kepada umi ya? Ada masa Av skype..”


               Sebaik saja perbualan tamat, Akhbar merenung kosong skrin telefon bimbitnya yang terpampang gambar kedua umi dan abahnya.Tubir matanya jadi panas lagi.


               ‘Allah, ampuni aku kerana menipu umi dan abah.. Aku cuma tak nak mereka risaukan tentang keadaan aku disini. Cukuplah mereka sudah terbeban dengan masalah yang mereka hadapi di Malaysia sana dan aku tak mahu jadi beban kedua mereka. Sesungguhnya hanya engkau saja yang mengetahui niat dan isi hatiku ya rabb..’

 


PINTU kabinet dapur dibuka satu persatu untuk mencari saki baki makanan yang ada namun hampa. Melissa mengeluh kecil. Perut kempisnya diusap-usap perlahan. Lapar!


               “Jane..” dia mengatur langkah kepintu rumah. Jaket yang tersangkut di tepi dinding diraih lalu dikenakan pada badan.


               “I’m going out for a while.Pergi kedai. Nak pesan apa-apa tak?”


               “I’ll come with you!” laung Jane dari bilik di tingkat atas. Dia geleng kepala.


               “Tak payah.. Kirim je. Sejuk di luar tu dan you pula tak sihat.. I tak nak you bertambah tak sihat pula. Lepas tu you menyusahkan I sebab terpaksa jaga you sampai sembuh.”Gurau Melissa. “I dah meluat nak tengok muka you tau?” tambahnya lagi.


               “Alah dari you tu.. Tidur berdengkur sampai satu rumah boleh dengar.. I tak bising pula? Dah enam sem I tahan tau dengan dengkuran you macam gajah nak beranak tu.. Ingat Itak meluat ke? Tak sedar diri..” mata Melissa mengecil. Cis! Kasar betul gurauan minah ni!


               “Balik nanti I gusti you Jane. You better be ready for it.


               Melissa mengambil beberapa mangkuk mi segera dari rak di hadapannya. Raga di tangan sudah penuh dengan 5 kotak susu segar, 3 kotak bijirin dan beberapa jenis keropok dan coklat.


               Dia berjalan melewati pintu stor yang ternganga dan kebetulan dia memandang ke arah pintu itu sekilas. Ada sesuatu yang tak kena pada matanya. Dahinya berkerut.


               “Hold on..”dia mengundur 2 langkah ke belakang semula. “Excuse me..” ucapnya sekadar mahukan perhatian dari gerangan yang sedang diperhatikannya. Lelaki itumengangkat muka, memandang ke arahnya.


               Melissa senyum penuh makna,


               “I need your help.


               Akhbar bangun dari duduk. Kertas yang terkandung kiraan stok tadi ditinggalkan di atas meja.Dia berjalan mendapatkan Melissa yang hanya berseluar tidur dan berjaket labuh hitam itu. Tak sangka pula dia dan gadis itu berjumpa lagi selepas pertemuan pertamamereka di lobi universiti tempoh hari.


               “How can I help you, miss?


               “Hold this thing for me please. It’s heavy.” Terkebil-kebil Akhbar seketika. Seriuslah Melissa menyuruh dia pegangkan raga tu? Ingat dia PA gadis itu ke apa?!


               “Follow me around ‘til I check out.” Arah gadis itu tatkala raga itu bertukar tangan.


               “But I have work to do.” Jelingan Melissa buat Akhbar kemam bibir. “Okay. Please make it quick.” Mereka berjalan beriringan.


               Botol sos diambil dari rak lalu dimasukkan ke dalam raga.


               “So.. You’re a student in the day and..” pandangan mata dilemparkan ke arah lelaki itu. “You work at night?

               Anggukan Akhbar dijadikan sebagai jawapan. Fikirnya Akhbar mungkin kesempitan wang, sebab itulah dia terpaksa bekerja biarpun dia masih belajar.


               “Aren’t you tired?” lingkaran gelap di bawah mata lelaki itu telahpun menjawab pertanyaannya tadi.


               “Do you wanna check out.. Yet?” topik ditukar. Langkah dihentikan dengan sertamerta. Melissa terus berdiri di hadapan Akhbar. Matanya memaku anak mata lelaki itu.


               “How about you work for me. I’ll pay you good.” Ujarnya bernada serius.


               “Huh?” Akhbar masih kelihatan bingung. “As what?


               Melissa berjengkek. Tangan kanannya ditempatkan di hujung bibir. “Mafia.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.