Home Novel Cinta Lakaran Cinta Kita
Lakaran Cinta Kita
Nabella Bazli
25/9/2017 22:09:36
2,965
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Lelaki itu duduk  di tengah-tengah ruang masjid,mengerjakan  solat sunat tahajud berseorangan di situ buat kali yang terakhir. Mata melilau di sekitar ruangan masjid al-Falah, Manchester itu. Senyum. Dia tahu dia bakal merindui masjid ini apabila dia pulang ke Malaysia nanti. Sungguh, banyak kenangan dia abadikan di masjid itu. Sepanjang lima tahun dia belajar di Manchester, masjid itulah yang menjadi tempat dia kembali mencari tuhan, mengadu masalah serta memperbaiki dirinya sendiri untuk menjadi hamba-Nya yang bertakwa.

Namun ada  satu hal yang melanda hatinya yang membuatkan dia jadi tak senang duduk, kecewa serta marah pada masa yang sama. Akhbar mengeluh panjang, cuba untuk tenangkan diri.

Tiba-tiba bahu lelaki itu ditepuk dari arah belakang. Lantas dia menoleh. Seorang lelaki yang berusia awal 50an yang menegurnya. Lelaki tua itu mengambil tempat bersebelahan dengannya.

“Malaysian?” soal lelaki tua memperolehi anggukan dari lelaki itu. mereka kemudiannya bersalaman.

“Nama pak cik Hamid..”

“Saya Akhbar..” sopan dia mengenalkan diri.

Pak cik Hamid menepuk peha Akhbar perlahan, memperolehi perhatian lelaki muda itu. “Selalunya pak cik nampak kamudi sini ketika waktu-waktu solat fardhu saja.. Jarang pak cik nampak kamu kemari pada waktu-waktu begini..”

“Ya.. Selalunya saya tahajud di rumah saja.. Tapi malam ini hati terasa rindu sangat pada masjid ini sebab itulah saya kemari..”  pak cik Hamid angguk faham. Dia menilik wajah muram Akhbar seketika.

“Muka kamu nampak sedih.. Pak cik nampak kamu macam ada masalah saja? Kalau ada apa-apa nak dikongsikan, kongsilah  dengan pak cik. In sha Allah kalau ada apa yang pak cik boleh  bantu, pak cik akan bantu..”

Akhbar senyum kelat. Dia menunduk  tatkala air matanya mula  bergenang. Bibirnya bergetar menahan kesedihan dalam diri.

“Masalah hati pak cik..” jeda. “Bekas tunang saya akan bernikah dengan kawan baik saya Khamis ini.. Pagi nanti saya bertolak balik ke Malaysia  dan saya sendiri tak  tahu sama ada mahu ke majlis mereka ataupun tidak.. Saya masih tak boleh terima apa yang dia dan bekas sahabat baik saya dah buat pada saya..”Akhbar cuba senyum dalam kesakitan.

“Saya sayangkan dia pak cik.. Setiap hari,setiap saat saya selitkan nama dia dalam doa saya.. Saya jaga hati saya, jaga pergaulan saya dengan dia dan dengan perempuan-perempuan yang lain semata-mata untuk jadi bakal suami yang terbaik buat dia pak cik.. Dia perempuan yang baik,bertudung labuh dan cantik.. Sebab itulah saya tertarik pada dia..”

Pak cik Hamid mengangguk faham. Dia mendiamkan diri, menyumbangkan telinga untuk mendengar luahan hati lelaki muda itu. sekurang-kurangnya dapatlah dia bantu meringankan beban yang dipikul oleh Akhbar walau hanya cuma menjadi pendengar kepada keluhan lelaki itu.

“Kami tak berhubung dek kerana permintaan dia untuk menjaga batas pergaulan dan saya hormati permintaannya itu.. Saya hanya bertanyakan khabar dia melalui ayahnya saja.” Akhbar mengelap airmata yang keluar di  hujung mata tatkala teringatkan masa lampaunya.

“Dia sentiasa minta saya beri dia masa setiap kali saya mahu berbincang soal perkahwinan kami dan satu hari dia putuskan pertunangan kami tanpa sebab. Hampir dua tahun saya tunggu dia pakcik.. Bukan dua hari tapi dua tahun.. Akhirnya yang saya dapat adalah sekepingkad kahwin yang tertera nama dia dan nama sahabat baik saya sendiri pak cik..Hanya Allah saja yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu.. Saya tak sangka kawan baik yang saya anggap seperti abang kandung saya sanggup tikam belakang saya dan rampas tunang saya sendiri..” air mata di sebelah kanan gugur juga, mengenai belakang tangannya.

Lengan Akhbar dipegang kejap seolah-olah menyalurkan semangat serta kekuatan melalui pegangan itu. Pak cik Hamid jatuh kasihan mendengar luahan hati Akhbar tadi. Sungguh berat dugaan yang dipikulnya itu. Namun sebagai orang tua dan lebih berpengalaman, pak cik Hamid telah menyusun kata-kata dalam akal untuk memujuk hati Akhbar yang terluka.

“Kamu ingat tak potongan surahal-Baqarah ayat 216?” Akhbar mengangguk kecil sebelum membaca ayat yang dimaksudkan oleh pak cik Hamid tadi.

“Betul..” jeda. “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.” Pak cik Hamid menyebut maksud kepada ayat Al-Quran itu.

Akhbar diam seperti cuba menghadamkan kata-kata yang terhambur dari mulut pak cik Hamid tadi. Dia pejam mata, cuba untuk muhasabah dirinya semula. Nafas ditarik dalam-dalam untuk menenang kandiri yang masih bersedih.

“Allah tahu macam mana remuknya hatikamu tu.. Tapi kamu jangan lupa, Allah lebih tahu apa yang kamu tak tahu.. Dia lebih tahu siapa yang sesuai, siapa yang selayaknya untuk dijadikan jodoh kamudan untuk mendampingi kamu sehingga ke akhir hayat.. Bersyukurlah kamu telah dijauhkan dari menjaga orang yang salah.. Dia bukan jodoh kamu dan bukannya yang terbaik untuk kamu.. Lagi sekali pak cik ingatkan, Allah tu maha mengetahui.. Dia dah siapkan seorang wanita yang jauh lebih baik dari bekas tunang kamu tu, khas buat kamu. Bila tiba masanya nanti dia akan datang temui kamu dan lengkapi hidup kamu satu hari nanti in sha Allah..”

Nasihat yang disampaikan dalam nada yanglembut namun mampu menusuk kalbu Akhbar. Tak dinafikan, segala bait ucapan yang keluar dari mulut pak cik Hamid semuanya betul-betul belaka membuatkan dia muhasabah diri dalam diam. 

“Allah tak kejam.. Malah, Dia sayangkan kita sebagai hamba-Nya. Ya, Dia tak beri apa yang kamu mahukan tapi dia akan beriapa yang kamu perlukan dalam hidup. Pilihan Allah tak pernah salah dan Dia takpernah ralat dalam mengatur takdir hamba-hamba-Nya. Bersangka baik kepada tuhan..” pesan pak cik Hamid lagi membuatkan Akhbar hilang kata.

“Dan.. Jangan gelar sahabat kamu itu sebagai perampas.. Sudah tertulis jodoh dia dengan bekas tunang kamu.. Kamu tak boleh halang takdir tuhan.. Jangan hanya disebabkan seorang wanita, kamu dan dia putus tali persahabatan yang telah lama terbina. Fikir baik-baik pesan pak cikni..”

Terbit air mata Akhbar mendengar bait kata pak cik Hamid tentang putus tali persahabatan tadi. Dia menyesal. Menyesal kerana memutuskan persahabatan yang telah dibina dengan Zaki sejak kecil lagihanya disebabkan seorang perempuan. Walhal susah senang mereka di negeri orang, mereka harungi bersama sejak awal-awal mereka jejakkan kaki di bumi Eropah itu.

“Tapi pak cik..” Akhbar menoleh ke sisiuntuk meminta nasihat dari pak cik Hamid lagi.

Kosong. Masjid itu tidak berpenghuni melainkan hanya dia seorang saja di situ. Akhbar menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari figura lelaki tua itu lagi namun tiada. Dia mengucap panjang dalam hati sebelum bangun dari tempat duduknya itu.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.