Home Novel Cinta BULLIED LOVE
BULLIED LOVE
Nabella Bazli
4/2/2016 04:33:55
13,004
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 11

ANGIN tak ada, ribut apatah lagi, Hana menelefon aku, minta aku menapak ke rumahnya. Dia ni.. Aku baru saja nak bersenang lenang menonton rancangan Hey Arnorld! di TV9 di petang Sabtu nan indah ini. Popcorn, air, semua dah ready kat atas meja kot. Tinggal tunggu rancangan kegemaran aku tu nak mula saja.

Mama, seperti biasalah.. Duduk di dalam bilik kerjanya, siapkan plan apa entah aku pun tak ingat. Dari semalam lagi tak habis-habis melakar atas kertas putih tu. Malas aku nak kacau, ajak keluar berjalan. Nanti tak pasal-pasal pula kena sergah sebab mengganggu ketenangannya.

Aku memasukkan popcorn ke dalam bekas yang bertutup. Tv aku matikan dan rumah Hana pun aku terjah dengan perasaan yang tak berapa nak rela. Aduh malasnya nak ke rumah dia ni.. Sudahlah abang Hakim, iaitu abangnya sedang cuti sem pula. Kalau dia tak ada tu, lain cerita.

“Assalamualaikum.” Salam aku beri. Tanpa menunggu jawapan dari tuan rumah, aku terus masuk dan buat muka tak malu saja.

Hana keluar dari ruangan dapur. “Ha, muncul pun kau. Lega aku!” dia mengurut dada. Di pipinya ada tanda putih. Aku agak ianya adalah tepung ataupun dia ni pakai bedak tapi lupa nak sapu rata..

“What’s up?” soalku, seraya melabuhkan duduk di ruang tamu. Remote aku capai dan tv dan tak lama kemudian, skrin tv bertukar warna.

“Abang aku tu, dia nak buat kek. Tapi dia heret aku turut sama buat benda tak berfaedah itu dengan dia. Kau tahu sajalahkan, aku memang tak suka bab-bab yang berkaitan dengan dapur ni. Leceh!” dia membebel panjang. Pipinya yang penuh dengan tepung itu dikesat dengan tangan.

“Hana.. Jangan nak mengelat eh? Come in here already.” Laung abang Hakim dari dapur. Hana buat muka seperti mahu menangis. Tangan aku digoncangnya perlahan.

Ni tak lain tak bukan.. Mesti nak suruh aku yang ganti dia di dapur...

“Tolong aku eh? Terima kasih.” Bisiknya. Pipi aku menjadi mangsa kucupannya.

“Eee apa main cium-cium ni? Gelilah!” Aku cepat-cepat mengesat pipi sebelum air liurnya meresap masuk ke dalam kulit muka. Tak pasal-pasal naik jerawat pula nanti.

“Aaa.. Ni El ganti adik. El pandai tau bang buat kek. Dia kata dia nak tolong abang.” Laungnya kembali. Mataku secara drastiknya membuntang. Bila masa pula aku cakap yang aku nak tolong abang dia buat kek?

“El tak cakap apa-apa pun bang. Sumpah.” Aku membela diri. Aku mencubit pehanya, geram. Pandai-pandai saja nak kaitkan nama aku eh?

Dan akhirnya.. Memang akulah yang jadi mangsa, jadi pembantu abang Hakim di dapur. Geram aku pada Hana tak habis lagi ni. Siap lah dia nanti.

Semua barang-barang sudah siap tersusun di atas meja. Abang Hakim kini sedang mengeluarkan mangkuk adunan dari dalam kabinet pinggan mangkuk manakala aku, Cuma duduk di tepi dan jadi pemerhati saja. Bosannya!

Setelah menimbang segala jenis tepung yang telah disatukan tadi, dia mengayak pula tepung itu ke dalam mangkuk adunan. “Kenapa ya kena ayak tepung tu? Boleh sajakan kalau tak nak ayak?” soalan yang aku utarakan memperolehi gelengan darinya. Telur dipecahkan lalu dimasukkan ke dalam mangkuk yang sama.

“Bagus soalan tu, abang suka. Jawapannya tak boleh. Tapi, jika El terasa macam nak makan kek keras yang bila dibaling kat kepala orang pun boleh koma setahun, terpulanglah. Tak perlulah susah-susah ayak tepung tu.” Jawabnya panjang lebar. Aku tak tahu sama ada nak gelak ataupun tidak. Dia ni.. Aku tanya baik-baik kot tadi. Boleh pula dia bagi sedas kat aku?!

This chef has no chill.” Getusku, perlahan.

“Apa? Ulang balik apa yang awak cakapkan tadi?” abang Hakim tala telinganya ke arah aku. Aku terus tutup mulut. Alamak dia dengar ke apa yang aku suarakan tadi?

“Amboi.. Ingat abang pekak ke? Abang dengarlah apa yang El cakap tadi dengan jelas lagi. Itulah, pernah dengar pepatah ini, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar?” dia mencalit tepung yang telah diadun dengan telur ke pipi aku.

Uish! Main kasar nampak?

“Kalau naik jerawat walau sebiji pun atas pipi El ni, siap abang tau!” tangan aku laju menggagau tisu dapur yang terletak atas peti sejuk di belakangnya. Dia menjelir lidah, mengajuk aku. Aku mendengus kasar. Geramnya aku dengan dia ni!

Sedang aku mengesat segala macam mak nenek yang melekat di pipi, dia menoleh ke belakang seperti mahu meminta tolong dari aku. “El tolong ambilkan buku resipi dekat kabinet sebelah El tu kejap. Tingkat atas belah kanan tau.” Pintanya sambil menuang gula perlahan-lahan ke dalam mangkuk. Dahlah tadi mengutuk orang, tup-tup minta tolong orang pula.. Tak malu!

“Bukan abang nak mengata tau, tapi abang rasa El tu tak adalah tinggi mana pun. jadi, sila-silalah tarik kerusi untuk sampai ke kabinet tu ye. Terima kasih.” Aku memandangnya tajam. Mulut sudah terkumat kamit mengutuk dia. Macamlah dia tu tinggi sangat!

“Jumpa tak? Kulit buku tu warna biru laut.Tak salah abang, semalam abang letak kat tepi tu aje. Takkan harini dah hilang kot?” soalnya pelik. Dia ni tak tahu ke yang aku ni panjat kerusi pun belum? Celah mana nak jumpa buku tu? Cari pun belum...

“Abang El baru nak panjat kerusi kot. Lek ah.” Dia ketawa kecil.

“Ye ke? Manalah abang tahu.. Abang main agak saja.” Dia ketawa kecil sebelum menoleh ke belakang. “Lepas tu, tolong bacakan bahan-bahan yang nak dipakai eh? Abang tak berapa nak ingat sangatlah resepi untuk buat kek ni.” Aku mengangguk.

Selama satu jam aku berkampung di dapur itu bersamanya untuk menyiapkan sebiji kek yang.. Yang tak berapa nak jadi. Kek itu tak berapa naik sangat, aku syak abang Hakim terlupa untuk letak serbuk penaik kerana botol serbuk itu aku terjumpa di bawah meja ketika dia memasukkan adunan yang sudah siap ke dalam ketuhar. Malas nak cakap banyak, aku diamkan saja sebab aku rasa ini adalah kerja Hana untuk sabotaj abangnya..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.