Home Novel Cinta Untuk Mencintaimu
Untuk Mencintaimu
Nabella Bazli
14/12/2016 20:39:24
4,428
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Penggera berbunyi menandakan ada pelanggan masuk ke dalam serbaneka itu. Nadia yang sedang mengemop lantai cepat-cepat menyandarkan batang mop pada dinding lantas berjalan ke arah  kaunter.

            “Selamat datang..” ucapnya sebaik saja berdiri di sebalik kaunter. Matanya memandang lelaki yang memakai topi hitam yang menutup hampir separuh muka itu sedang menyusun langkah ke arahnya. Malam-malam pun nak pakai topi.. Poyo sungguh!

            “Rokok.” Kata lelaki itu sepatah tanpa mengangkat muka langsung. Begitu leka dengan telefon bimbitnya di tangan.Nadia blur seketika sebelum berpusing ke belakang. Lebih dari satu jenis rokok yang ada di rak di hadapannya itu tapi lelaki itu nak rokok yang mana satu?

            “Err.. Encik nak yang mana satu? Ada banyak jenis ni.. Ada Dunhill.. Ada.. ” ujar Nadia sambil jari ditunding kearah rokok yang dimaksudkannya tadi.

            “Tak kisahlah brand apa. Kau bagi je aku rokok yang paling sedap.” Pulak! Kening Nadia bertaut.

Paling sedap? Dia ni bergurau ke? Manalah aku tahu rokok mana yang sedap, yang mana yang tidak.. Dia ni ingat aku ni jenis perempuan yang smoke ke? Getusnya dalam hati.

            “Maaf encik.. Saya tak tahu rokok mana yang best.. Saya tak pernah try.” Dia senyum hambar. Melihat lelaki itu mahu mengangkat muka, terus dia memusingkan badan ke belakang kembali. Seram pula rasanya. Risau lelaki itu naik darah pula, tak ke naya dia nanti?

            Tiga jenis kotak rokok diletakkan diatas kaunter untuk meminta persetujuan lelaki itu sebagai pembeli. “Hmm.. Scan cepat.” Ujar lelaki itu. Dompet ditarik keluar dari poket belakang seluar jeans.  Beberapa keping not RM 10 dikeluarkan darinya.

            “Encik ni stress sangat ke sampai beli benda ni berkotak-kotak?” kotak yang pertama discan olehnya. “Kalau stress, lebih baik encik pergi makan.. Stress je makan.. Tu lebih elok..Merokok tak elok untuk organ encik.. Organ-organ dalaman ni kita nak pakai lama lagi.. Sayanglah kalau muda-muda dah rosak..”

            “Whoa.. Whoa.. Whoa..” lelaki itu angkat tangan seolah-olah menyuruh Nadia berhenti membebel. “Aku tak berminat tau nak dengar syarahan kau.. Organ aku, tahulah aku nak jaga macam mana.. Kautak perlu menyibuk hal aku. Lebih baik kau scan cepat item aku tu sebelum aku naik angin.”

            Riak muka Nadia berubah 360 darjah.Mukanya jelas kelihatan seperti dia agak cuak dengan ugutan lelaki itu tadi.Manakala lelaki itu pula sengih kecil. Baru saja gertak sikit.. Dah cuak! Beg plastik dan duit not bertukar tangan sebelum dia melangkah pergi meninggalkan gadis itu yang masih mengunci rapat mulutnya itu.

            “Terima kasih. Datang lagi!”

Senyap.Tiada balasan dari lelaki itu. Nadia mencebir. “Belagak!”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.