Home Novel Seram/Misteri REMBAU
REMBAU
Nabella Bazli
21/1/2018 11:50:58
5,331
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2
Bab 2 : Hijab Terbuka.


"Sumpah aku kena tindih semalam.. Apasal kau macam tak percayakata-kata aku eh? Kau fikir aku reka cerita ke?” bentak Isabella, tidak berpuashati dengan respons yang diberi oleh Jasmin tatkala dia menceritakan tentanghal semalam kepada rakan baiknya itu.

            Jasmin beriakbiasa saja. Cawan berisi air Sarsi itu ditarik dekat sedikit sambil dikacauairnya dengan straw.

            “Aku tak kata punaku tak percaya..” jeda. Isabella menjulingkan mata ke atas. Tengok reaksi mukapun dia dah dapat baca pandangan Jasmin terhadap dia.

            “Cuma.. Aku pelik.Kita lalu tepi tasik malam tadi sama-sama. Kalau dia nak kacau, of coursedia akan kacau aku juga. But in this case, why did this thing choose you?Why is it has to be you? Aku tak faham..” kepala digelengkan, cuba untukmembangkang Isabella.

“Mungkin kau penat shooting semalam dan kau tak berapa bolehnak fikir dengan waras.. Lepas tu mulalah kau terbayang yang bukan-bukan..Padahal apa yang jadi kat kau sebenarnya tak real..”

Isabella mengeluh kecil. Buat bazir air liur saja bercerita kepadasi Jasmin ni! Ikut mana pun masih nak membangkang juga.

Suasana menjadi senyap seketika. Masing-masing melayan perasaansendiri manakala pula Isabella masih lagi sakit hati dengan si Jasmin. Iyalah..Dia cerita punyalah bagai nak rak, alih-alih itu saja respon kawannya. Hampeh!

“Kejap..” dari bersandar, Jasmin duduk tegak pula. Wajahnyabertukar serius. “Kau basuh kaki tak sebelum masuk bilik semalam?”

Geleng.

“Ada bagi salam masa masuk rumah dan bilik?” geleng lagi.

Now you know why!” Jasmin ketuk meja, membuatkan bahuIsabella ternaik sedikit. Terkejut. “Semuanya berpunca dari kelalaian kausendiri. Kau tu dahlah tengah period. Lagilah dia suka nak ikut balik!”

“Aku terlupalah. Serius aku lupa.”

“Kau baca tak ayat kursi atau apa-apa surah masa kita lalu tepitasik malam tadi?”

“Aku baca doa makan je sebab masa tu aku on the way nakmakan roti. Lapar.” Isabella sengih hambar tatkala Jasmin merenungnya tajammendengar jawapan sengal dari mulutnya itu.

“Bodoh aku pesan suruh baca surah tu bukan saja-saja lah mangkuk!Kau tu macamlah kebulur sangat tak boleh tunggu makan roti tu kat bilik!” suaraJasmin meningkat seoktaf.

Isabella hanya mampu menunduk saja. Gerun pula dia dengan mukaserius si Jasmin itu. Malu pun iya. Sudahlah mereka berada di tengah-tengahcafé buat masa itu. Mujurlah orang tak adalah ramai sangat. Kalau tak naya sajakena malu dengan member sendiri.

            “Ala..Setakat dia main ketuk-ketuk almari tu tak ada apalah sangat. Aku tak takut.” Diamenggumam lalu terdiam dan seterusnya kemam bibir. Lancar benar kata-kata itu keluardari mulutnya! Jasmin pula sudah membuntang matanya melihat wajah kawannya itu.Mereka saling berpandangan.

            Dia sudah terlepascakap!

            “Isabella.. Muluttolong jangan celupar sangat,, Kita kat tempat baru ni weh.. Jaga sikitkata-kata kau.”

            “Aku terlepasweh..” wajah Isabella bertukar resah. Dahinya mula berpeluh nipis walhal mejayang mereka duduk itu ada kipas yang benar-benar anginnya bertiup tepat ke arahmereka saja.

            Dia meraih tanganJasmin. Dengan wajah yang penuh pengharapan,

            “Teman aku tidurmalam ni?”

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.