Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,466
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

''Handsome betullah encik Irfan tu..tiap kali dia mengajar, cair aku tengok dia. Ish..badan dahlah tegap macam Fahrin Ahmad..Sya, kau agak dia ada girlfriend tak?''

''Aku pun tak tahulah Hana..umur dia dah dekat 30 kot..ish takkanlah dia tak ada girlfriend.''

''Tapi aku tengok macam tak de girlfriendlah Sya..macam single je.. Kau pulak Fia? rasa-rasanya dia ada girlfriend tak?''

Sofia hanya termenung memandang buku-buku dihadapannya itu. Mulutnya pula sibuk mengunyah gula-gula getah. Melihat Sofia tidak menghiraukan soalannya, Hana lantas mencucuk pinggang rakannya itu.

''Opocot..mak kau! Terkejut aku!...Hoi! Tak reti panggil aku elok-elok ke? Nasib baik aku tak tercekik tau!''

''Hahaha..sorrylah..aku tanya kau buat bodoh je dari tadi.. Pe kes kau ni? asyik termenung je baru-baru ni?''

''Tak de apa apa pun..apa soalan kau tanya aku tadi?''

''Tak delah..aku dengan Si Misya tengah cakap pasal encik Irfan yang ajar subjek Marketing tu..handsomelah..agak-agak dah ada girlfriend ke belum ek?''

''Girlfriend aku tak tahu..yang aku tahu bulan depan dia nak kahwin....''

''Hah! Nak kahwin? Mana kau tahu ni? Kau kenal ke siapa pengantin perempuannya? Ya Allah, bertuahnya perempuan tu!''

Sofia lantas menunjukkan riak wajah sedih.

''Hana....perempuan tu tak bertuah langsung...malang lagi yelah...''

'' Eh..mana kau tahu? Dia dahlah handsome, aku dengar anak orang kaya pula tu! Untung tau dapat kahwin dengan dia.''

Sofia mula menangis teresak-esak dihadapan rakan-rakannya itu.

''Lah..menangis pula dia..kau suka dekat dia juga ek Fia? Aku ingatkan Hana seorang je yang tergilakan encik Irfan tu..kau pun sama? Bersabar jela ye Sofia..kita kan muda lagi..ramai lagi calon untuk kau nanti..''

Misya menepuk-nepuk belakang sahabatnya itu. Tangisan Sofia semakin kuat pabila mendengar kata-kata Aisya.

''Eh..yang kau beria menangis ni kenapa? Bukan kau bencikan dia ke?''

''Sebab aku benci dialah aku menangis...''

''Eh..kenapa pula?''

Aisya dan Hana bertanya serentak. Pelik benar melihat reaksi rakan karib mereka itu.

“Sebab akulah bakal isteri dia! Huhu....aku tak nak kahwin dengan dia...”

Hana dan Aisya saling berpandangan selepas mendengar kata-kata Sofia.

''Kau jangan buat lawak Sofia..tak lawak pun!''

''Kau orang ingat aku main-main ke bab kahwin ni.. aku tak nak kahwin awal..aku tak nak!''

''Kau biar betul Sofia?''

''Betullah..kau orang ingat aku suka ke melawak hal-hal macam ni…aku baru nak bagi kad jemputan..tak percaya sangat..tengoklah..''

Aisya lantas mengambil kad jemputan yang dihulurkan oleh Sofia itu.

''Ya Allah..Hana! Betullah Sofia nak kahwin dengan encik Irfan!''

***************************************

Irfan mengangkat kotak yang mengandungi barang-barang Sofia untuk dipindahkan ke apartment yang bakal dihuni mereka selepas berkahwin itu. Dia lantas meletakkan kotak itu sebaik sahaja masuk kedalam apartment itu.

''Eh! Barang ke batu yang awak bawa ni? Nak patah pinggang saya angkat tahu tak?''

''La..sakit ke? Tadi beria depan abang Adam awak kata boleh pindahkan barang saya sendiri..ingatkan kuat, lembik rupanya..''

''Eh..eh..masalahnya bukan kuat ke lembik, sekarang ni barang awak je dah penuh bilik tu..habis sekarang ni barang saya nak letak mana?''

''Letak la dekat bilik lagi satu,.bukan kongsi bilik pun. Tak nak saya tinggal sebilik dengan awak!''

''Habis tu, awak ingat saya nak ke tidur dengan budak tak cukup umur macam awak ni? Cutting body pun tak lawa..''

''Ewah...sedap mengata orang! Sekarang saya nak bilik yang itu, awak pula nanti tidur bilik yang itu.''

Sofia menundingkan jarinya ke bilik berhampiran dapur.

''Saya tak kisah..tapi ummi dengan ayah saya awak nak campak mana bila diorang nak tumpang tinggal waktu rumah diorang kena renovate nanti?''

Sofia terdiam sebentar. Baru dia teringat akan rancangan bakal keluarga mentuanya itu untuk mengubahsuai sedikit rumah. Jadi mereka telah meminta izin untuk menumpang tidur dirumah yang bakal didiami oleh Sofia dan Irfan buat sementara waktu.

''Eemmmm…Itu pun susah ke? Mestilah tinggal dekat bilik teta...eh! Mana bilik tetamu?''

Sofia menjenguk-jenguk rumah itu sambil mencari-cari bilik tetamu.

''Cik Sofia oi, ini apartment dua bilik je faham?''

“Eh..bukan 3 bilik ke?”

“Bila masa saya kata 3..2 bilik jelah…”

''Mana boleh! Awak sebagai suami kenalah sediakan rumah besar untuk keluarga. Takkan nak tinggal rumah yang ada dua bilik je? Reban ayam belakang rumah saya tu lagi besar tahu tak?''

''Kalau macam tu, jom angkat balik barang awak masuk kereta.''

Sofia mengerutkan keningnya.

''Nak buat apa angkat balik?''

''Nak hantar ke reban ayam rumah awaklah..kan lagi besar. Awak tinggallah dekat situ!''

“Eeee...orang cakap serius dia main-main pula!''

Irfan tergelak kecil melihat gelagat bakal isterinya itu. Pantang diusik pasti di kerutkan wajahnya tanda marah.

“Buat sementara ni jelah..kan kita nak kahwin ni tiba-tiba je..so saya tak sempatlah nak cari rumah yang lagi besar. Lagipun yang ni je yang berdekatan dengan kolej awak..saya tak naklah awak kena drive jauh-jauh nanti. Kita tinggal je sebilik sementara ummi dan ayah ada..lepas tu awak boleh pilih bilik mana satu yang awak nak. Dah, jangan muncung mulut tu..ingat cantik ke buat macam tu? Ayam dalam reban belakang rumah awak tu lagi cantik tau?''

Sofia terasa panas hati mendengar usikan Irfan. Lantas dimuncungkan lagi mulutnya sambil mengangkat kotaknya sambil mengomel sendirian.

''Sebilik boleh..sekatil jangan haraplah!''

Irfan tersenyum mendengar Sofia merungut sendirian. Macam-macam betul perangai budak ni..sabar Irfan..bakal isteri kau juga!

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.