Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,459
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 11

“Fia pergi dulu ye ibu, ayah.”

Kedua ibu bapanya mengangguk.

'' Fia pergi tu elok- elok, Irfan kata balik dari Pulau Perhentian tu dia nak terus ke Kuala Kangsar. Nanti bila duduk dekat rumah orang, jangan buat perangai pula ye''

''Fia tahu la bu''

Tangan kedua ibu bapanya itu diciumnya .

''Irfan pun, jaga diri elok elok, jangan drive laju sangat. Tolong tengokkan si Sofia ni..Lepas tu, nanti bila dah balik ke Kuala Kangsar, kirim salam dekat semua ye''

Pesan ayahnya pula.

'’InsyaAllah,nanti sampai Irfan call''

Dia juga menyalami kedua ibu bapa mentuanya sebelum masuk kedalam kereta dan beredar dari rumah itu.

''Kenapa awak senyap je?''

Irfan menegur isterinya yang dari tadi mendiamkan diri.

''Kenapa? Senyap pun salah ke?''

''Eh, yela, semalam siap terjerit-jerit lagi, habis satu rumah boleh dengar, awak tak nampak ke ibu ayah tersengih-sengih pandang kita pagi tadi. Mesti diorang ingat yang bukan-bukan tahu tak?''

Sofia terdiam, mukanya mula bertukar merah padam. Malu betul dia apabila teringat peristiwa semalam. Seingatnya dia tertidur diatas sofa, namun apabila dia bangun, dia mendapati dirinya terbaring diatas katil dan telekungnya juga sudah ditanggalkan. Malah dia juga terkejut apabila melihat irfan berada sebilik dengannya. Lantas dia ,menjerit meminta tolong sekuat hatinya.

Dia terlupa langsung bahawa dia telah berkahwin dengan lelaki itu. Mujur Irfan menutup mulutnya, kalau tidak pasti seluruh isi rumah akan terjaga dari tidur mereka. Patutla semua orang didalam rumah itu tersenyum setiap kali terserempak dengannya. Lagi-lagi abangnya Adam. Tak habis-habis mengusiknya pagi tadi.

“Tahulah dia tu pengantin baru..tapi agak-agaklah nak menjerit tengah-tengah malam dalam rumah ni..kot ye pun nak menjerit tengah malam buta, tunggulah waktu honeymoon nanti!”

Adam menyindir adiknya itu. Sengaja dia mahu mengusik adiknya itu. Tidak lama lagi Sofia akan berangkat ke Pulau Perhentian dan kemudiannya akan kekampung Irfan untuk membuat persiapan kenduri sebelah keluarga pihak lelaki. Kemudian Sofia akan berpindah masuk kerumahnya sendiri. Pasti dia akan merindui keletah adiknya itu.

“Ish..janganlah cakap kuat-kuat..nanti orang lain dengar malulah adik..”

Sofia mencubit lengan abangnya itu.

“Wah-wah..dia menjerit tengah-tengah malam buta tak malu pula ek!”

“Eeee..abang nikan…”

Sofia lantas mengejar abangnya. Merah padam mukanya tatkala diusik sebegitu rupa.

''Saya tak sengajalah..cuba awak jadi saya, mesti terkejut juga kan?''

''Saya lagi terkejut pagi tadi, semalam pengantin perempuan saya punyalah cantik, tapi tengok dia bangun subuh tadi, masyaAllah, terkejut saya tengok muka awak tahu tak?''

Irfan mengusik Sofia sekali lagi. Dia tahu Sofia menarik muka masamnya lagi. Suka benar dia melihat muka masam Sofia tiap kali dia mengusik isterinya itu. Mahu sahaja dicubitnya pipi tembam isterinya itu. Sofia pula malas mahu menyambung perbualan itu, lantas berpura-pura tidur. Baginya jika bercakap dengan Irfan hanya membuatkan hatinya bertambah geram. Ada sahaja akal Irfan untuk mengenakannya.

Beberapa jam kemudian mereka sampai ke chalet penginapan yang telah ditempah oleh bapa Irfan. Sofia melangkah masuk kedalam chalet itu. Dia berasa kagum melihat perhiasan dalaman chalet itu.

“Cantiknya tempat ni!”

“Cantik kan? Sayang betul mak ayah saya dengan awak. Siap tolong sponsor lagi honeymoon ni. Ikutkan hati saya tak payah honeymoon pun tak apa. Bukan seronok pun datang sini dengan awak!”

“Huh! Awak ingat saya nak ke datang sini dengan awak..ikutkan hati saya pun tak sudi.”

“Eleh..padahal dengar je nak datang sini, bukan main seronok lagi awak kan? Siap beli baju-baju baru lagi..”

“Malas saya nak layan awak..pusing-pusing kawasan ni lagi bagus!”

“Pergilah..jangan sesat sudahlah.”

Irfan lantas merebahkan dirinya keatas katil. Katil yang empuk itu benar menarik perhatiannya. Baru sahaja dia mahu melelapkan mata tiba-tiba sahaja Sofia menggerakkannya.

“Awak! Bangunlah!”

“Ish budak ni..nak apa? Tadi kata nak keluar jalan-jalan?”

“Kenapa chalet ni ada satu bilik je?”

“Memanglah…ini chalet honeymoon..mana ada orang honeymoon bawa family…”

“Habis tu satu katil jelah ni?”

“Yelah..cukuplah tu..awak nak berapa katil?”

“Mana boleh! Kalau macam ni baik awak turun. Katil ni saya punya!”

“Eh kenapa pula? Saya suami awak..apa masalahnya?”

“Tak boleh! Tak boleh! Saya tak nak tidur sekatil dengan awak!”

“Lah…apa susah..kalau tak nak..tu..beranda tu ada..awak tidurlah luar…awak ingat saya pun nak ke berkongsi katil dengan awak?”

“Saya perempuanlah! Mana boleh tidur luar!”

“Kalau tak nak..kita kongsi ok..dah saya malas nak layan awak..saya nak tidur kejap.”

“Awak! Bangunlah!”

Irfan berpura-pura tidak dengar. Malas dia mahu bertekak dengan isterinya itu. Melihat suaminya itu menyambung tidurnya, Sofia mengeluh. Mahu atau tidak dia terpaksa berkongsi katil dengan suaminya itu. Lantas dia menyusun bantal membahagikan kawasan katil itu kepada dua bahagian. Belah kanan untuknya, manakala belah kiri katil untuk suaminya.

Irfan menunggu Sofia di luar chalet. Perutnya sudah berkeroncong gara-gara lapar. Dilihatnya jam ditangannya. Sudah hampir pukul 8.30 malam namun isterinya itu masih belum selesai bersiap. Lantas dijenguknya kedalam bilik mereka.

“Awak ni nak pergi makan ke tak nak? Dah 15 minit saya tunggu kat luar.kalau lewat, nanti makanan habis macam mana?”

“Sekejap..saya cari baju saya..dari tadi tak jumpa..awak ada nampak tak luggage baju saya yang warna purple? Baju untuk saya berjalan semua dalam luggage tu…”

“Ha? Err…tak nampak..pakai jelah baju saya dulu..Ambil je dalam beg saya tu.”

“Baju awak? Mana boleh! Dahla besar…Eh sekejap…seingat saya, awak yang angkat luggage tu turun waktu dekat rumah tadi kan?”

Irfan mula gelisah tatkala mendengar pertanyaan isterinya itu. Sebenarnya dia baru sahaja teringat yang dia telah meninggalkan luggage dimuka pintu dan terlupa mengangkatnya masuk kedalam kereta.

“Awak?”

Irfan berpura-pura tidak dengar.

“Awak! Saya cakap dengan awak ni”

“Ye saya dengar..kalau tak jumpa pakai jelah baju saya dulu…”

Sofia mula mengsyaki suaminya itu terlupa membawa beg bajunya.

“Awak terlupa angkat beg saya kan? Eeeee…Awak tahu tak semua baju saya ada dalam tu! Sekarang saya nak pakai baju apa?”

Melihat wajah isterinya yang hampir menangis itu membuatkannya berasa serba salah.

“Err…saya tertinggal..bukan sengaja..pakai jelah baju saya dulu…”

“Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan…tak apalah..pergilah makan sendiri..saya lagi rela tak keluar bilik dari pakai baju awak!”

“Betul ni? Kalau tak nak..tak apalah..saya pun dah lapar ni..dengar kata menu malam ni sedap-sedap. Ada udang galah..ikan bakar..awak jangan menyesal pula nanti..ok lah..saya pergi dulu ye. Bye!”

Sofia menelan air liurnya tatkala mendengar Irfan menyebut mengenai makanan. Ternyata perutnya juga mulai lapar. Diperhatikannya Irfan dari jauh. Suaminya itu sudah berjalan agak jauh dari chalet mereka. Sofia mula terbayangkan aroma ikan bakar yang menyelerakan. Akhirnya dia cepat-cepat masuk kebilik dan menukar bajunya.

Irfan tersenyum melihat isterinya itu menuju kearahnya. Dia tahu isterinya itu pasti mengalah tatkala dia mendengar Irfan menyebut mengenai ikan bakar. Walaupun baru berkahwin, Irfan sudah lama tahu mengenai kesukaan isterinya itu.

Sofia pula dari jauh dapat melihat suaminya itu menahan ketawa melihat dirinya. Lantas dia pergi kearah meja dimana suaminya itu sedang duduk.

“Awak jangan nak sengih-sengih macam tu..awak hutang saya satu luggage baju tahu tak?”

“Yela-yela..salah saya..saya minta maaf..nanti awak pilih je baju yang diorang jual kat kedai tu. Saya bayar..nanti sebelum balik kampung kita balik KL dulu ambil luggage awak..Boleh?”

Sofia menggelengkan kepalanya.

“La..marah lagi?’

“Mestilah..sebab awak saya terpaksa pakai baju besar gedabak ni! So awak kena belanja saya makan udang galah yang besar-besar!’

Irfan tergelak lagi tatkala mendengar jawapan isterinya itu. Dia juga kasihan melihat isterinya itu memakai pakaiannya. Memandangkan tubuhnya agak besar, pakaiannya benar-benar terlalu besar untuk dipakai oleh isterinya itu.

“Ok lah tuan puteri…malam ni awak pilih je nak makan apa..saya belanja..Puas?’

Sofia tersenyum tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.

“Ok..awak yang cakap nak belanja..jangan menyesal!”

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.