Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,536
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

Sofia memandang kakaknya yang sedang menangis teresak-esak di pangkuan ibu mereka. Dia juga masih kebingungan. Peristiwa yang berlaku sebentar tadi masih segar di ingatannya.

''Mukhriz, aku cakap terus terang jelah ye..tak pandai pula aku nak bermadah-madah ni..kau pun dah tahu niat kami datang ke sini. Jadi kita tetapkan jelah tarikh pertunangan dan nikah Irfan dan Sofia ni.''

Sofia yang ketika itu sedang mengangkat dulang minuman terkejut pabila mendengar namanya yang disebut,bukan kakaknya. Hampir sahaja dulang air yang dipegangnya itu terjatuh ke lantai. Semua tetamu yang hadir juga kelihatan terkejut pabila mendengar nama Sofia yang disebut. Oleh kerana terperanjat dengan kata-kata ayah Irfan, Puan Aida lantas menyampuk.

''Sofia? Abang Mat dah silap ni, anak saya yang nak dikahwinkan dengan Irfan itu namanya Syasya. Bukan Sofia…Sofia tu adik Syasya.''

''Eh tak lah, memang kami datang ni nak merisik si Sofia. bukan Syasya!''

Buat seketika majlis merisik itu menjadi riuh rendah gara-gara berlaku salah faham diantara dua keluarga itu. Namun oleh kerana ramai tetamu luar yang hadir, bagi mengelak malu, pinangan itu diterima oleh keluarga Sofia. Sebaik sahaja semua tetamu sudah beredar pulang, Puan Aida terus mendekati suaminya.

''Apa ni bang? Kenapa Sofia yang mereka nak kahwinkan dengan Irfan? Syasya yang selama ni sukakan Irfan..kita pun dah janji nak kahwinkan mereka. Kenapa tiba-tiba Sofia pula yang mereka mahu jadikan isteri Irfan?''

Anak matanya memerhatikan anak perempuannya yang masih menangis teresak esak. Dia tahu Syasya kecewa apabila rombongan tersebut datang untuk merisik adiknya. Dia juga tahu Syasya sudah lama menyukai Irfan.

“Iyelah ayah, Sofia tu baru 20 tahun, belajar pun tak habis lagi, takkan nak dikahwinkan dengan Irfan? Irfan tu kan sebaya saya?''

Adam menyampuk. Dia juga terkejut dengan peristiwa sebentar tadi. Mana mungkin dia mahu membiarkan adik kesayangannya itu dikahwinkan dengan lelaki yang 10 tahun lebih tua darinya.

''Awak dengar sendiri kan tadi? Ahmad sendiri cakap dia nak jadikan Sofia menantu, bukan Syasya..mesti ada sebabnya!''

Ujar encik Mukhriz kepada isterinya. Mendengar kata-kata ayahnya itu Syasya lantas menerpa kearah adiknya itu.

''Ini semua salah kau Sofia! Mesti kau yang goda irfan kan? Kau tahu aku suka dia, sebab tu kau nak rampas dia dari aku!''

Sofia terkejut tatkala kakaknya itu menerpa kearahnya.

“Ya Allah kak, Fia tak pernah buat macam tu, tak terfikir pun nak buat perkara macam ni dekat kakak!''

Sofia menjawab bersungguh-sungguh untuk membuktikan dia tidak melakukan perkara yang dikatakan kakaknya itu. Namun Syasya yang tidak dapat mengawal rasa marahnya itu terus menampar Sofia hingga adiknya itu terjatuh.

''Syasya! Kau gila ke tuduh adik sendiri!''

Jerkah Adam. Lantas dia membantu Sofia untuk bangun. Dilihatnya di tepi mulut adiknya itu kelihatan sedikit berdarah. Syasya mendengus kuat sebelum menyambung percakapannya.

''Adik? Perempuan ni bukan adik aku! Ayah, ibu, Sya dah tak tahan dah! Selama ni Sya buat tak tahu je! tapi sekarang Sya dah tak kisah dah dengan perempuan tak tahu malu ni! Sya dah tak sanggup hidup dengan anak angkat ni! Entah dari keturunan perempuan jalang mana dia datang, dia tak layak langsung jadi adik Sya!”

“Syasya! Tutup mulut kau!”

Syasya merenung abangnya tatkala Adam menyuruhnya mendiamkan diri.

“Abang suruh Sya diam? Dari dulu sampai sekarang Sya selalu dengar jiran-jiran kita kata kita bela anak buangan. Kawan-kawan Sya kata adik Sya anak angkat! Anak luar nikah! Sya senyap je walaupun Sya malu..tapi hari ni Sya dah tak sanggup dah tengok muka anak angkat ni! Biar dia tahu taraf dia dalam rumah ni!''

“Syasya!”

Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut kakaknya itu membuatkan tubuh badannya mengeletar. Air matanya mula bergenang.

''Fia..Fia ni anak angkat ibu dan ayah ke? “

Dipandangnya kedua ibu bapanya, namun kedua-duanya seakan akan mengelak dari memandang kearahnya. Adam lantas memegang tangan adiknya itu.

''Fia jangan dengar cakap Syasya, tak betul semua tu! Fia adik abang!'

Sofia memandang pula wajah abangnya itu. Air matanya mula menitik dan mula membasahi wajahnya.

“Abang pun tahu yang Fia ni anak angkat? Kenapa….Kenapa tak beritahu Fia? Kenapa tak cakap Fia anak angkat!!!”

Sofia lantas berlari keluar dari rumahnya tanpa sempat dihalangi oleh sesiapa dan terus memandu keretanya keluar. Encik mukhriz mengeluh kuat sambil memerhatikan kereta Sofia keluar dari perkarangan rumah mereka.

Rahsia yang selama ini tersimpan rapi telah terbongkar pada malam itu. Hatinya jadi tidak keruan dan tiba-tiba sahaja dia merasa tidak boleh bernafas dan dadanya teramat sakit. Pandangannya bertukar gelap tidak lama kemudian. Seisi rumah menjadi kelam-kabut sebaik sahaja melihat ayah mereka rebah ke lantai.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.