Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
14,560
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 15

15


Sofia merendam kakinya kedalam air parit yang jernih itu. Kelihatan anak-anak ikan berenang disebalik tumbuhan didalam air itu. Angin pula meniup lembut petang itu. Terasa selesa sekali. Dirinya terasa tenang melihat sawah padi yang menghijau, jauh beza dengan suasana kota.


''Termenung jauh nampak?''


Sofia terperanjat pabila ditegur secara tiba-tiba, nyaris sahaja dia terjatuh kedalam parit itu.


''Awak ni, lain kali bagilah salam dulu..kalau saya jatuh tadi macam mana?''


“Hahaha..kalau awak jatuh..saya biarkan jelah… bolehlah awak berkubang dengan kerbau-kerbau tu!”


"Yelah tu.”


Irfan tersengih sambil duduk di tepi isterinya.


''Saya tak pernah tinggal dekat tempat-tempat macam ni. Seronok juga ye tinggal dekat kampung ni'.


Irfan hanya mendiamkan diri memerhatikan pemandangan sawah padi itu. Memang tenang kalau hidup di kawasan kampung ini.


Oleh kerana itulah juga dia sering pulang menjenguk neneknya di kampung itu. Dia berpaling kearah Sofia pula.


''Boleh saya tanya something?''


''Apa dia? Tanyalah''


''Kenapa awak setuju dengan perkahwinan ini? Awak boleh je tak nak setuju..maksud saya. awak boleh cakap dekat parents kita yang awak tak sedia nak berkahwin. Masih muda dan banyak lagi perkara yang awak nak lakukan.”


Sofia tersenyum mendengar pertanyaan Irfan.


“Tipulah kalau saya cakap saya totally setuju..banyak lagi benda saya teringin nak buat..hangout dengan kawan-kawan..travel merata-rata..nak bercinta lagi…Haiii…dah nasib saya kot kena kahwin dengan awak..”


“Eleh..ingat saya pun nak sangat ke kahwin dengan awak? Saya baru ingat nak tackle Miss Tasha..sekali ummi suruh saya kahwin dengan dengan awak! Potong stim betul!”


“Ha? Awak suka Miss Tasya yang ajar subject Marketing tu? Hahaha…beranganlah..orang macam awak ni takkan dia nak pandang..Ish..ni nak dengar saya cerita ke tak ni?”


“Eh lupa pula..ha..sambunglah cerita.”


''Ingat tak malam saya datang rumah awak dan tak lama kemudian minta awak hantar saya kehospital sebab ayah sakit?''


Irfan mengangguk.


''Malam tu kak Syasya cakap saya anak angkat ibu dan ayah, sebab tu saya lari kerumah awak….. tapi waktu dekat hospital, bila ayah sedar, ayah ceritakan hal yang sebenarnya saya...Actually.. Saya bukan anak angkat, tapi anak kandung ayah. Cuma saya anak isteri nombor dua ayah. Ayah tak pernah cerita langsung pada kami adik beradik... "


Sofia berhenti bercerita seketika.Selepas menarik nafas dia menyambung ceritanya. Irfan masih setia menunggu Sofia menghabiskan ceritanya. 


“Ibu kandung saya sebenarnya anak angkat keluarga ayah. Anak perempuan yang mereka jumpa ketika dia masih kecil. Nenek dan atuk bela ibu kandung saya macam anak mereka sendiri. Jadi sebelum nenek dan atuk meninggal, diorang minta ayah nikahi ibu kandung saya sebab risaukan ibu kandung saya hidup sebatang kara. Waktu tu ayah dah berkahwin dengan ibu tiri saya dan sedang menetap di Australia. Bila ayah dengar nenek tenat, ayah cepat-cepat pulang ke Malaysia. Pada mulanya ayah langsung tak setuju untuk bernikah dengan ibu kandung saya, namun sebab itu wasiat nenek, ayah berkahwin dengan ibu kandung saya senyap-senyap.''


''Senyap-senyap? Kenapa waktu itu ibu tiri awak tak balik ke malaysia sekali dengan ayah awak?''


''Sebenarnya atuk tak izinkan mereka berkahwin waktu belajar. Tapi mereka kahwin juga dan menetap di Australia. Ayah tak balik bertahun lamanya sampai dapat berita nenek tenat. Tak lama selepas nenek meninggal, sebulan lepas tu, datuk juga meninggal. Ayah pula memandangkan sudah hampir dua bulan tinggal di Malaysia, dia ambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa ibu kandung saya. Dia janji dia akan pulang jemput ibu kandung saya bila dia beritahu isteri pertamanya pasal perkahwinan mereka. Tapi…’


“Tapi apa?”


“Ayah tak kotakan janjinya…. Dia tinggalkan ibu kandung saya begitu sahaja tanpa sebarang berita. Lapan bulan kemudian, ayah dapat berita yang ibu kandung saya meninggal dunia waktu lahirkan saya. Ayah langsung tak tahu ibu mengandungkan saya waktu dia pulang ke Australia. Ayah menyesal sebab dia tinggalkan tanggungjawab dia sebagai suami. Dia tak ada pilihan lain, sama ada tinggalkan saya di rumah anak-anak yatim atau bawa saya pulang ke Australia sekali. Akhirnya dia nekad bawa saya ke Australia. Ibu tiri saya pula langsung tak tahu pasal perkahwinan itu dan kewujudan saya. So bila ayah bawa saya pulang kerumah mereka, ibu tiri saya langsung tak boleh terima hakikat. Sebab saya, mereka nyaris bercerai. Tapi jodoh mereka kuat, sampai ke hari ini.”


Irfan memerhatikan wajah isterinya. Mata Sofia kelihatan digenangi air. Perasaan kasihan terbit di hatinya tatkala melihat riak diwajah Sofia.


“Dulu saya selalu sangat pertikaikan kenapa ibu tak layan saya macam mana dia layan kak Sya, abang Adam dan abang Zikry. Apa sahaja saya buat, mesti ada je tak kena di mata ibu.Tapi lepas ayah ceritakan perkara yang sebenar, baru saya faham kenapa ibu layan saya begitu. Pasti dah lama ibu tahan perit bila tengok saya membesar di depan matanya sedangkan saya lahir dari pernikahan suaminya dengan wanita lain..patutnya saya bersyukur yang selama ini dia masih sanggup benarkan saya tinggal dengan keluarga dia…''


Sofia sekali lagi berhenti bercakap seakan-akan menahan sebak.


''Ayah pula, baru-baru ni tahu penyakit jantungnya makin serius. Ayah takut tak ada siapa yang akan dapat jaga saya. Sebab tu dia nak kahwinkan saya dengan awak. Kalau boleh dia nak seseorang yang dia percaya untuk jaga saya. Tapi yang pastinya, saya tahu ini satu-satunya cara untuk dia hilangkan rasa bersalahnya pada saya dan arwah ibu.''


Irfan terdiam mendengar cerita Sofia. Dia tidak menyangka gadis yang seceria Sofia pun mempunyai masalah di masa silamnya. 


''Awak pula? Kenapa setuju bernikah dengan saya?''


Irfan hanya mendiamkan diri lagi, namun tiba-tiba sahaja dia bangun.


''Panjang ceritanya, nantilah saya ceritakan. Sekarang saya nak ajak awak pergi main layang-layang. Nak ikut tak?''


Wajah Sofia yang suram bertukar ceria.


''Nak! mana awak dapat layang-layang? Awak beli ke?''


''Eh, ini Luth Irfan la, mana main beli-beli, buat sendiri lah! Jom cepat, nanti maghrib, tak sempat main.''


Sofia terus bangun dan menyarung seliparnya sebelum berlari mengejar Irfan yang sudah jauh di hadapannya.


“Awak pandai main ke?”


“Eh! Mestilah..Ini Iris Sofia la..setakat main layang-layang ni kacang je”


“Hahaha..yela Cik Iris Sofia..awak memang semuanya kacang”


“Salah la…”


“Apa yang salahnya?”


“Yela..salah cara awak panggil saya tu..Kita tak pernah berkenalan secara betul kan? So let me introduce myself..Nama saya Puan Iris Sofia. Im 20 years old and already married!”


“Hahaha…ok…Nama saya Luth Irfan, umur 33 tahun dan saya baru berkahwin dengan seorang budak kecil!”


“Hei! Saya dah besarlah!”


Sofia cuba memukul tangan suaminya itu namun sempat dielak oleh suaminya.


“Hahaha…tak kena langsung!”


“Eeee..kalau saya budak kecil..awak tu orang tua tahu tak?”


Sofia lantas cuba mengejar suaminya yang sudah jauh dihadapannya. Irfan pula sengaja berlari meninggalkan isterinya keseorangan dibelakang.


“Cepat sikit lari tu! Petang-petang macam ni banyak penunggu tau!”


Mendengar kata-kata suaminya itu membuatkan bulu romanya berdiri. Lantas dikejarnya suaminya itu.


..... 


"Sofia tak apa ke ni kalau nenek tak ada?" 

"Eh x apa nenek.. Sofia ok je. Lagipun abang Irfan kan ada. Nenek kirim salam ye dekat mak ngah. Kirim salam sekali dekat menantunya yang baru bersalin tu. Inshaa Allah ada masa nanti bolehla Fia dengan abang Irfan pergi melawat baby. Nak ikut nenek, abang pula ada hal esok."


" Alah nenek ni.. Risau sangat dekat Sofia ni, Irfan kan ada. Nenek pergi je, rumah esok Irfan kunci elok-elok, Irfan pass kunci dekat Tok Aki skandal nenek. Hah tu Pak Ngah pun dah tunggu lama tu! Nanti lambat pula nenek sampai ke Parit Buntar tu. "


"Yela..nenek bukan apa, kesian Sofia tu datang jauh-jauh, sekali nenek pula nak kena pergi ke Parit Buntar. Mak ngah kamu pun, cucu sulung la katakan, kelam kabut jadinya dia. Nak harap nenek juga.Baiklah, nenek gerak dulu. Irfan jaga Sofia elok-elok. Esok bawa kereta hati-hati tau. " 


"Ye nek, jangan risau. Nenek pergi la melawat cicit nenek kat sana nun, tahun depan nenek standby rumah Irfan pula tau! Irfan kasi nenek cicit kembar terus!"


Merah padam muka Sofia tatkala mendengar kata-kata Irfan itu. Terus tangannya spontan mencubit pinggang Irfan. Nasib le kau! Depan nenek ke tak, aku kisah apa! Lantas Irfan menjerit kesakitan sambil menggosok tempat dicubit oleh isterinya itu. 


" Aduh nek! Ha tengok! Dia dah tak sabar tu! "


Nenek tergelak kecil melihat gelagat cucunya itu. 


"Inshaa Allah, kalau ada rezeki dapat kembar seronokla nenek nanti. Ok lah.. Nenek gerak dulu. Ingat tau pesan nenek tadi tau. Assalamualaikum..." 


" Waalaikumussalam.. Hati-hati nenek!" 


Mereka melambai-lambai kearah kereta yang kian jauh dari pandangan mata lalu masuk kedalam rumah. 


Sofia merenung kearah Irfan. Geram betul dirinya dengan lelaki dihadapannya itu. 


" Seronok usik saya depan nenek? "


" Bolehla... Tutup pintu tu cepat, nanti kalau ada yang mengikut saya tak tahu. Awak kan dah plan nak tidur seorang malam ni. Saya nak tengok bola.. Ok bye!" 


Irfan berlalu masuk ke rumah sambil tersengih-sengih. Sofia pula mendengar kata-kata Irfan, terus dia menutup pintu cepat-cepat. 

Dia ni kan.. Geramnya! Dah la aku tidur seorang malam ni! 


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.