Home Novel Komedi/Romantik Komedi Suamiku, Encik Sotong
Suamiku, Encik Sotong
Syikin Zainal
27/5/2013 15:35:23
493,208
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 12

“Papa, papa. Tolong Rica Pa. Habislah Rica. Kalau kawan-kawan Rica dapat tahu,” Erica menerpa ke arah Zahid yang baru sahaja keluar dari keretanya. Shirin yang ada disebelah sekadar mencebikkan bibirnya. Menyampah melihat keakraban antara suami dan anak tirinya.

“Apasal lak ni? Papa baru sampai je ni,” marah Zahid. Dia menekan penggera keretanya.

“Penting ni Pa. Antara hidup dan mati Rica, Pa,” kata Erica lagi. Dia menarik tangan Zahid masuk ke dalam rumah.

“Apa yang penting sangat ni. Kalau penting pun bagilah Papa masuk dulu. Mandi ke. Papa Rica bukan balik dari shooping, balik dari kerja tau,” Shirin berkata sambil menjeling. Geramnya jelas kelihatan.

“Hello, ini tak ada kena mengena dengan makcik. Ini urusan antara Rica dengan Papa. Makcik jangan masuk campur,” marah Erica kepada Shirin.

“Rica, kenapa cakap dengan Mama Shirin macam tu. Kan betul cakap Mama Shirin tu. Papakan baru balik kerja. Bagilah Papa masuk, rehatkan badan. Nanti kita bincang. Papa nak mandi dulu,” Zahid mempertahanka isterinya.

“Papa, ini hal penting tau. Hal Rica.”

“Abang masuk mandi dulu, nanti Shirin siapkan minuman,” Shirin sengaja menarik perhatian Zahid.

Zahid melonggarkan ikatan tali lehernya dan melangkah masuk ke dalam rumah, meninggalkan Erica di halaman. Shirin mengikut langkah suaminya, sambil menjeling sinis kepada Erica. Bangga rasanya bila Zahid mengikut katanya. Erica merengus marah.

Zahid melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang berwarna merah hati.

“Abang tak masuk mandi ke?” tegur Shirin, bila melihat Zahid hanya duduk di atas sofa, dan bukan menuju ke kamar milik mereka berdua.

“Sekejap. Rica!,” Zahid memanggil anaknya yang masih lagi ada di luar. Erica masuk dengan muka yang mencuka. Geram dihatinya bukan kepalang. Papanya lebih rela mengikut kata-kata Shirin dan tidak menghiraukan apa yang berlaku kepada dirinya.

“Apa yang Rica nak bincang dengan Papa?” tanya Zahid. Dia kalah dengan rajukan Erica.

“Tak payahlah. Papakan nak berehat. Rica selesaikan sendiri masalah Rica. Tak yah lah Papa nak susah,” rajuk Erica.

“Merajuk lah pulak. Papa minta maaf. Untuk anak Papa, Papa tak rehat pun tak apa. Apa masalahnya?” Zahid bertanya lagi.

“Abang, abangkan baru balik dari kerja, penat pun tak hilang lagi. Lagipun apa yang penting sangat masalah dia tu?” marah Shirin.

“Tak pa lah Shirin, abang bukan penat sangat pun. Kalau penat sekalipun, abang akan dahulukan Rica dari diri abang sendiri. Shirin tolong ambilkan air untuk abang ye,” Zahid memberikan jawapan yang benar-benar menyakitkan hati Shirin.

“Saya penat, abang ambik sendiri,” marah Shirin. Dia tidak jadi menuju ke dapur sebaliknya terus masuk menuju ke bilik tidurnya.

Zahid hanya melihat langkah marah isterinya. Entahlah dia pun tidak tahu bagaimana hendak mengambil hati isterinya. Jika hal yang berkaitan dengan anaknya sentiasa sahaja dipandang remeh oleh Shirin. Sebelum berkahwin Shirin setuju untuk sama-sama menyayangi dan menerima Erica Soffea di dalam hidupnya, namun kini semua itu ternyata hanya tinggal janji. Zahid sedar sehingga kini Shirin masih tidak dapat menyayangi Erica sepenuhnya. Dan Erica juga tidak dapat menerima kehadiran Shirin di dalam keluarga mereka.

“Papa duduk sekejap, Rica ambilkan air untuk Papa,’ kata Erica Soffea. Kasihan pula melihat layanan yang diterima Papanya. Zahid hanya menarik nafas yang panjang dan menganggukkan kepalanya.

Erica tiba dengan membawa segelas air oren yang dingin. Dihulurkan gelas itu kepada Zahid. Zahid mengambilnya dengan wajah yang manis walaupun ada sinar suram di dalamnya.

“Apa hal yang penting sangat ni?” tanya Zahid sejurus selepas tekaknya dibasahi dengan air oren hasil air tangan anaknya.

“Farish,” jawab Erica ringkas.

“Farish? Kenapa dengan dia? Rindu?” Soal Zahid. Sengaja mengusik Erica.

“Papa!” marah Erica. Dia membalingkan bantak kecil yang menghiasi sofa di ruang tamu itu kepada Zahid. Zahid menangkap dengan pantas. Dia kemudiannya ketawa. Zahid yakin itu tidak mungkin akan berlaku.

“Ialah. Tak pasal-pasal timbul cerita dia pulak ni.”

“Kalau Papa nak tahu sekarang ni dia ada kat K.L,” Erica memberitahu.

“Siapa?” soal Zahid.

“Siapa lagi, Farish lah. Sekarang ni dia ada kat sini, belajar sama kolej dengan Rica,” cerita Erica lagi.

“Dia buat apa belajat kat situ? Dia beritahu Rica ke?”

‘Itulah pasal. Punya banyak kolej kat K.L ni pasal kat situ dia belajar. Memanglah dia ni nak cari pasal dengan Rica tau. Dia sengaja nak bagi Rica sakit hati. Geramnya dengan sotong tu,” Erica meramas bantal kecil itu dengan geram. Jelas terukir di wajahnya rasa narah terhadap Farish.

“Dia beritahu Rica?” tanya Zahid lagi.

“Tak, Rica jumpa dekat cafee. Papa tahu tak sebelum ni dia dah cari pasal dengan Fatin, berebut lot parking.”

“Kejap, Papa sebenarnya agak blur sikit. Apa kena mengena Fatin dalam cerita ni?”

“Ish Papa ni, macam ni pun dah blur dah ke? Sebelum ni, Fatin ada bergaduh dengan spesis sotong berebutkan parking tapi cerita tu dah dua minggu. Alih-alih Fatin jumpa balik dengan sotong tu kat cafee. Apa lagi Fatin pergi sound lah, rupa-rupanya..” belum sempat Erica habis bercerita Zahid menyampuk.

“Kenapa? Rupa-rupanya sotong tu Farish? Menantu Papa?”

Yes. Dan jangan guna ayat ‘menantu Papa’. Nak termuntah tau,” balas Erica. Zahid ketawa.

“Papa! Sampai hati Papa gelak. Papa tahu tak ini semua bencana alam tahu? Bayangkan kalau rahsia ini terbongkar. Mana Rica nak letak muka Rica. Papa. Kalau dia tu macho macam Abang Iz, okey jugak. Ini, gelilah nak sebut,”

“Tak baik Rica. Buruk baik dia tu, dia tetap suami Rica. Lagipun Rica yang setuju dengan syarat tu kan?’

“Ialah, tapi kena rahsiakanlah. Kawan-kawan Rica seorang pun tak tahu. Yang Rica tak puas hati sangat dia boleh buat muka sardin dia masa Rica jumpa dia.”

“Agaknya dia pun tak tahu Rica belajar kat situ kot,” agak Zahid.

“Mana boleh tak tahu. Mama Lia tahu kan Rica belajar kat situ. Lagipun masa Fatin gaduh dengan dia hari tu, Fatin cakap dia datang dengan seorang perempuan, siapa lagi kalau bukan Mama Lia. Papa tak tahu ke Mama Lia datang sini?”

“Entah, tak tahu pulak. Emm... Apa yang Rica nak buat sekarang?”

“Rica akan buat dia sampai berhenti dari kolej tu. Biar dia rasa. Ini Erica Soffea. Dia belum kenal lagi Rica ni siapa.”

“Rica, tak baik buat macam tu. Biarkan lah dia. Lagipun Rica kan tak lama lagi dah nak habis belajar. Papa rasa dia pun tak mahu orang tahu pasal hubungan dia dengan Rica. Jadi Rica pun buat tak tahu sajalah. Kalau Rica asyik serang dia, nanti orang boleh syak pulak. Tapi Papa nak tanya sikit pasal Izhan. Rica ada apa-apa ke dengan dia. Papa tengok kerap sangat Rica keluar dengan Izhan sekarang ni?”

Erica tertunduk malu, bila papanya menimbulkan kisah hubungannya dengan Izhan.

“Malu pulak. Papa tak kisah siapa yang Rica nak kawan. Tapi Izhan tu kaki perempuan, lagipun jangan lupa status Rica. Rica tu isteri orang. Walaupun perkahwinan itu macam perkahwinan kotrak, tapi sah. Rica jangan buat hubungan dengan sesiapa selagi Rica bergelar isteri orang. Papa tak suka.”

Erica mengangkat mukanya, bertentangan dengan papanya. Zahid kemudianya bangun dari duduknya meninggalkan Erica sendirian di sofa.

Zahid menghampiri isterinya yang sudah siap mandi.

“Dah habis bersembang dengan anak kesayangan?” perli Shirin.

“Apa maksud Shirin ni?” Zahid bertanya. Dia membuka butang-butang kemejanya satu persatu.

“Maksud apa pulak? Emm, abang jom kita pergi KLCC. Ada sale,” pujuk Shirin.

“Bukan abang tak nak pergi, tapi kita pergi hari mingu boleh, abang nak rehat ni. Penat sikit,” jawab Zahid.

“Penat? O, dengan saya penat. Tapi dengan anak kesayangan abang tak kenal erti penat pulak?” Shirin sudah tidak dapat menyembunyikan perasaannya.

Zahid memberhentikan langkahnya untuk masuk ke bilik air sebaliknya dia memusingkan badannya.

“Apa yang Shirin cakap ni? Anak abangkan anak Shirin jugak,” Zahid cuba berlembut.

“Bila pulak Shirin beranakkan dia. Anak abang anak abang, tak kan jadi anak Shirin. Sudahlah kalau abang tak nak perg Shirin pergi sendiri,” jawab Shirin lalu mengambil tas tangannya.

“Shirin, jangan pergi.”

Shirin memberhentikan langkahnya seketika. Kemudian dia terus keluar tanpa menghiraukan Zahid. Zahid mengekori langkah Shirin.

“Shirin, abang kata jangan pergi,” Zahid berkata dan menarik tangan Shirin. Shirin merentapnya.

“Shirin bukan budak kecil lah. Abang duduk je kat rumah, mengadap muka anak abang yang cantik tu. Shirin nak keluar.”

“Shirin. Please,” Zahid cuba berlembut lagi. Erica yang masih ada di ruang tamu itu hanya melihat.

Shirin menarik nafas yang panjang. Kemudian dia menjeling ke arah Erica. Perasaannya mula terbakar bila melihat wajah Erica. Dia tidak menghiraukan kata-kata Zahid sebaliknya terus ke kereta. Zahid pula melihat dengan renungan mata yang tajam. Dia cuba menahan perasaannya di hadapan Erica. Dia tidak mahu Erica melihat pertengkarannya dengan Shirin. Shirin menghidupkan enjin kereta dan terus meninggalkan perkarangan rumah itu.

“Papa,” panggil Erica.

“Papa nak masuk mandi,” jawab Zahid dengan ringkas. Erica hanya mengelengkan kepalanya, Dari dulu lagi dia memang tidak bersetuju bila papanya ingin mengambil perempuan seperti Shirin untuk dijadikan isteri.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.