Home Novel Komedi/Romantik Komedi Suamiku, Encik Sotong
Suamiku, Encik Sotong
Syikin Zainal
27/5/2013 15:35:23
493,752
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 11

Farish mematikan enjin keretanya. Mujurlah ada bantuan GPS. Kalau tidak haruslah sesat untuk sampai ke kolejnya, walaupun sebenarnya kolejnya tidaklah begitu jauh dari kondominiumnya. Sudah seminggu dia bergelar pelajar di kolej ini. Farish membetulkan rambutnya yang terjurai. Pada mulanya dia mendaftar sebagai pelajar seni halus, tetapi setibanya dia di kolej ini, dia menukar kepada kursus rekaan dan fesyen. Rasanya kursus itu lebih bersesuaian dengan jiwa. Sesekali dia mengenyeh matanya. Sudah hampir seminggu matanya terkedip-kedip tanpa sebab. Farish melajukan langkahnya. Dia telah berjanji dengan Dhia Adirra, rakan sekelas yang baru seminggu dikenalinya.

“Farish!!” Farish mematikan langkahnya bila dia mendengar ada satu suara yang memanggil. Farish memusingkan 90 darjah badannya. Dia melemparkan senyuman bila dilihatnya Dhia Adirra dan Shua yang nama sebenarnya Juan Shua, kacukan cina dan India tetapi amat fasih berbahasa melayu memanggilnya.

“Hai,” Shua memeluk Farish. Serba tak kena Farish bila menerima pelukan dari orang yang sejantina dengannya.

“Ish, main peluk-peluk pulak. Tak malu ke?” marah Dhia Adirra, gadis cantik tetapi ada lagak tomboy namun tidak keterlaluan. Dhia Adirra hanya mengenakan T-Shirt ringkas yang tertera namanya dan capri separas lutut. Kepalanya ditutupi dengan topi yang dikait. Ringkas tetapi menarik.

“Itulah, kalau kau peluk aku, okey jugak,” jawab Farish sambil berpura-pura ingin memeluk Dhia Adirra.

“Hah, tak kuasa aku nak melayan korang ni. Wei, dah siap belum design semalam?” tanya Dhia Adirra.

“Dah, siap warnakan lagi wak. Tapi, entahlah cantik ke tidak. Maklumlah kita tak ada basic macam awak,” Farish merendahkan diri.

Humble lah tu,” balas Shua. Mereke bertiga berjalan menuju ke studio yang berada di dalam bangunan yang dikenali sebagai Bangunan STUDIO.

“Amboi, lenggoknya berjalan, leh kenal yang pakai baju pink tu?” ada suara yang berbunyi tatkala mereka melalui tempat lepak sekumpulan jejaka, mungkin pelajar-pelajar dari kejuruteraan kerana ada buku kejuruteraan di atas meja mereka. Dhia Adirra hanya menjeling ke arah mereka. Shua hanya tersenyum manakala Farish berpura-pura tidak mendengar dengan apa yang mereka katakan.

“Menyampah betul aku. Dia orang ni rabun ke apa?” marah Dhia Adirra.

“Kau ni pasal, naik angin je? Jangan pedulikan dia orang tu,” Farish memujuk.

“Mana aku tak hangin. Wei, dalam tiga orang ni aku yang perempuan tau. Sah-sah tapi pasal dia orang nak berkenalan dengan kau jugak? Apa dia orang tu gay ke?” rungut Dhia Adirra lagi.

“Ish, mulut perempuan ni. Jahatnya. Nanti kena ganyang tau,”Shua mencubit lengan Dhia Adirra.

“Sakitlah Shua. Ialah kalau lelaki dah minat kat lelaki bukan ke gay namanya,” Dhia Adirra menjawab sambil mengosok lengannya yang dicubit oleh Shua.

“Hey, memang mulut dia ni, tak cover insuran ke. Walaupun aku ni lembut tapi aku tetap lelaki. Tak mainlah kaum sejenis ni, betul tak Shua?” Farish bersuara.

“Aku dah ada bini tau,”bisik Farish di dalam hati.

“Ish, jangan salah faham. Aku bukan cakap kau orang. Aku cakap dia orang tadi. Sensetif lah kau ni Farish,” Dhia Adirra cuba membetulkan kenyataannya sebentar tadi.

“Bukan sensetif. Tapi stigma masyarakat. Asal lembut je, pondan lepas tu kena tuduh gay. Nak buat macam mana, redha jer,” balas Farish.

“Sokong sangat-sangat,” Shua menyokong pendapat rakan sealirannya. Dhia Adirra hanya menjeling, antara percaya dengan tidak dengan apa yang dikatakkan oleh Farish.

“Tak percaya?” duga Farish bila melihat jelingan Dhia Adirra.

“Percaya. Dah lah cepat sikit,” ajak Dhia Adirra. Langkah mereka semakin laju menuju ke bangunan yang menempatkan studio untuk pelajar rekaan fesyen.

“Kejap, kejap. Aku sebenarnya lapar, jomlah kita singgah kat cafe, makan dulu. Lapar dah tahap cipan dah ni,” Farish menarik tangan Dhia Adirra.

“Makan, makan, makan. Orang nak cepat kau sibuk nak makan pulak,” marah Dhia Adirra.

“Lain kali makan kat rumah dulu sebelum datang,” sampuk Shua.

“Korang tak apa, duduk dengan keluarga, aku ni duduk sorang-sorang. Kalau tak nak tak pa lah,’ rajuk Farish.

Dhia Adirra melihat ke arah Shua, sambil mengelengkan kepala.

“Merajuk lah tu. Okeylah, jom kita pergi ke kafe,” ajak Dhia Adirra. Dia kemudiannya menarik tangan kanan milik Farish. Farish hanya membiarkan sahaja.

Erica serba gelisah. Entah apa yang tidak kena padanya dia sendiri pun tidak tahu. Cuma sejak dari tadi dadanya berdegup dengan kencang. Dia hanya membeli segelas Teh o ais dan sekeping roti yang berintikan sardin.

“Kau makan yang ini sahaja ke Rica?” tanya Sarah. Dari tadi dia hanya memerhatikan tingkah Erica yang macam kucing kehilangan anak.

“Ala, biasalah tengah angau bercinta memang macam tu. Kejap okey kejap k.o,” tokok Fatin pula.

“Bukan lah, aku tak sedap hati macam ada sesuatu yang nak berlaku je. Emm, cakap kat korang pun tak ada maknanya,” jawab Erica.

“Nanti malam hilanglah, bila tengok muka Izhan tu,” usik Fatin lagi. Erica tersenyum. Antara marah dengan tidak.

Farish mengambil tempat duduk di sebelah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang rancak berbual. Kemudian matanya tertumpu kepada seorang gadis yang bertentangan dengannya, macam pernah dilihat gadis itu, tapi dia terlupa di mana.

Farish terus memerhatikan gadis itu, dan gadis itu terasa seolah-olah sedang diperhatikan lalu membalas pandangan dari Farish, tidak lama. Kemudian gadis itu menjengilkan matanya dan bangun dari duduknya. Farish menyoroti langkah gadis itu yang sedang menuju ke mejanya.

“ O, kau belajar kat sini ye..?” kata gadis itu sejurus dia sampai ke meja Farish.

“Kita pernah jumpa ke?” tanya Farish dengan sopan.

Gadis itu mengajuk percakapan Farish dengan mimik muka yang buruk. Farish terkejut dengan perbuatan gadis itu, Begitu juga dengan Dhia Adirra dan Shua.

“Fatin, kenapa ni?” tanya satu suara yang lain.

“Inilah sotong yang berebut tempat parking dengan aku, minggu sudah,’ jawab Fatin. Farish segera teringatkan peristiwa itu.

“Amboi sedap hatinya panggil orang sotong. Kalau dia sotong, awak tu apa? Kayu?” soal Shua.

“O, ada back up. Dulu bawak kakak, hari ni bawak jellyfish?” Fatin bersuara lagi.

“Dah, saya minta maaf. Kalau awak nak parking tu, ambik je, gantung kat leher,” jawab Farish dengan selamba. Dia meneruskan kunyahan makanannya tanpa mempedulikan gadis yang bernama Fatin itu.

“Kurang ajar lah ni? Baru masuk dah nak tunjuk besar kepala,” Fatin tidak dapat menahan marahnya. Kalau diikutkan hatinya rasa macam ringan sahaja tangannya untuk menampar muka sardin si Farish.

Erica bangun dari duduknya. Hatinya turut merasa geram dan panas bila mendengar apa yang dikatakan oleh Fatin.

“Tak boleh jadi. Aku bab-bab sotong ni memang pantang betullah. Nak kena panggang sotong ni,” rungut Erica. Dia memusingkan badannya, Dari tadi dia tidak melihat langsung ke arah sotong yang dimaksudkan oleh Fatin. Dibiarkan sahaja Fatin menyelesaikannya sendiri. Nampak gayanya terpaksalah juga dia campur tangan.

“Mana sotong yang nak kena masak tu?” tanya Erica sejurus dia sampai di sebelah Fatin, sahabatnya.

“Inilah dia, sotong katak,” jawab Fatin sambil menunjukkan ke arah lelaki lembut itu.

Erica hilang kata-kata bila dia melihat sotong yang dimaksudkan oleh Fatin adalah ‘sotong miliknya’. Hampir tersembur sandiwish yang sedang dikunyah oleh Farish bila melihat gadis dihadapannya adalah Erica Soffea, isteri merangkap musuhnya.

“Er, er, er.. So..so..sotong kau buat apa kat sini?” Erica bertanya dengan tergagap-gagap.

“Ak.. ak.. Aku punya sukalah nak buat apa pun,’ jawab Farish pula. Kemudian dia bangun dari bangkunya dan terus berlari meninggalkan Erica dan Fatin. Shua dan Dhia Adirra mengikut langkah Farish sambil Shua menyumpah-nyumpah Fatin.

Erica kembali ke tempat duduknya, bagaikan tidak percaya bila dia melihat Farish ada di sini. Di Kuala Lumpur dan yang paling haru Farish satu kolej dengannya. Erica mengambil buku dan begnya, Fatin menegur.

“Kau nak pergi mana Rica. Best lah. Nampak kau terus menonong je sotong tu lari, kau pakai ilmu apa Rica?” tanya Fatin.

“Aku nak balik. Sakit kepala,” jawab Erica ringkas.

“Wei kenapa dengan dia tu?” tanya Sarah.

“Entah, angin satu badan lah dia ni,” jawab Fatin. Tapi dia berasa lega bila melihat sotong-sotong tadi sudah hilang di celah bangunan itu.

“Hey, Farish kenapa kau lari tadi? Buat malu je lah,” rungut Dhia Adirra.

“A’ah. Ikutkan hati nak je aku ganyang muka perempuan yang perasan cantik tu. Tapi, aku kan jaga martabat kaum wanita. Tak suka lah ganyang-ganyang ni,” Shua menyampuk.

“Iya lah tu, ganyang-ganyang tak mainlah konon, tapi maki hamun sampai sakit telinga aku ni tau,” marah Dhia Adirra kepada Shua.

“Relekslah, aku bukan maki kau pun, aku cuma maki mereka je lah. Tapi kenapa kau lari tadi Farish. Masa perempuan tu sampai, kau macam nampak mak mertua je,” Shua bertanyakan hal yang sama.

“Er, tak, aku. Aku malas nak layan perempuan gila tu,” jawab Farish.

“Perempuan gila? Kau kenal ke dia tu siapa? Dia tu Erica Soffea. Konon-konon diva kat sini. Elleh diva konon. Dia belum tengok lagi aku macam mana, kalau aku make-up, letak blusher kat pipi ni ha, Cameron Diaz pun kalah. Masa tu baru dia tahu siapa diva, kan Dirra?” kata Shua sambil membuat aksi manja.

“Banyaklah kau punya diva. Dia bekas awek kau ke Farish?” Dhia Adirra meneka.

“Hey, mulut perempuan ni jahatnya. Hello tak kan perempuan macam tu kot. Kita tak pandang lah wak, perempuan macam tu,” Shua menjawab bagi pihak Farish. Farish sekadar menjeling.

“Kita tanya awak ke?” soal Dhia Adirra kepada Shua.

“Ialah, kita menjawab bagi pihak Farish,” Shua mempertahankan dirinya. Masing-masing terus melangkah laju.

“Farish, bekas awek kau ke dia tu?” Dhia Adirra masih lagi bertanya. Hatinya masih belum puas selagi Farish tidak menjawab soalannya.

“Mana ada, kita tak kenal pun dia. Baru pertama kali tengok muka macam tu. Kita lari pasal kita tak nak gaduh dengan perempuan macam tu. Tak ada faedah lah. Buang air liur je tau,’ jawab Farish.

“Iya ke? Ingatkan bekas awek kau. Manalah tau,” Farish mengelengkan kepalanya bila mendengar balasan jawapan dari Dhia Adirra. Otaknya hanya sedang memikirkan banyak-banyak kolej di Kuala Lumpur, kenapa di kolej ini juga menjadi tempat dia dan Erica belajar.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.