Home Novel Komedi/Romantik Komedi Suamiku, Encik Sotong
Suamiku, Encik Sotong
Syikin Zainal
27/5/2013 15:35:23
493,202
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 23

Semester baru telah bermula, setelah dua bulan bercuti. Farsih tidak sabar memulakan hari ini, yang paling dia tidak sabar adalah untuk bertemu dengan Dhia Adirra. Dua bulan dia tidak bersua muka dengan gadis itu, hanya sekadar mendengar suara. Hari ini Farish mengenakan jeans berwarna biru gelap, badannya di tutupi dengan T-Shirt berwarna merah terang. Rambutnya di sikat rapi. Wajah yang baru di cukur itu dibeleknya lagi, melihat jika ada apa-apa yang tidak kena. Dia mengambil kunci kereta yang ada di atas meja. Kemudian matanya ke arah sebungkus kain sutera yang berwarna merah hati. Kain yang dibeli oleh Mama Lia untuk Erica, isterinya. Farish berhenti sejenak. Memikirkan bagaimana hendak dia serahkan kain itu kepada Erica.

Rasanya dia perlu menyelesaikan satu perkara dengan Erica. Perkara yang membabitkan dirinya dan Erica. Farish mengambil telefon bimbitnya. Sebelum penggal ini bermula, dia akan bersemuka dengan Erica.

“Rica, ini aku Farish.” Farish memulakan bicara, selepas mendengar suara Erica di hujung talian.

“Em, kau nak apa?”

“Aku nak jumpa dengan kau, boleh?” soal Farish dengan lembut. Kalau boleh dia hendak membaiki hubungannya dengan Erica. Dah tua-tua malas nak bergaduh.

“Ada apa pulak? Rindukan aku?” usik Erica. Farish tersenyum sendirian.

“Aku ambil kau kat rumah sekarang. Boleh?”

“Ish, kau ni Farish. Apa lagi.”

“Ada hal aku nak bincang dengan kau. Tolonglah. Aku dah malas nak gaduh-gaduh.”

Erica ketawa, “Okey. Kau ambil aku. Tapi kita bincang kat tempat lain.”

Erica sesekali menjeling ke arah Farish yang semakin pandai bergaya. Kolar bajunya sengaja tidak dilipat kemas.

“Sah kau ni dah kena kejutan budaya Farish,” tegur Erica.

Farish hanya tersenyum. Marah pun tidak. Dia merasakan dia boleh berbaik dengan Erica.

Farish memberhentikan kenderannya, dari atas bukit itu jelas nampak bangunan KLCC yang menjadi kebangaan Malaysia.

“Makin kurus aku tengok kau sekarang, makan hati ke?” soal Farish dengan berani.

“Dua bulan cuti, Mama Lia bagi kau makan apa? Sampai hilang segala kelembutan?” Soal Erica dengan berani.

Farish tersenyum lagi. Kali ini sikit pun dia tidak merasa marah dengan apa yang dikatakan oleh Erica.

“Rica, aku nak tanya pasal kita.Macam mana?”

“Maksud kau?”

“Ialah. Kau tak rasa apa-apa ke?’ serkap Farish. Erica memandang wajah Farish dengan serius.

“Aku tak berapa nak fahamlah maksud kau ni Farish. Jangan-jangan kau ni dah falling in love dengan aku ni?”

Farish ketawa.

“Boleh tahan jugak kau ni Erica. Memang aku in love, tapi bukan dengan kau.”

“Aku teka, dengan budak yang suka pakai topi kaler-kaler tu ke. Atau dengan.. kau jangan Farish, kau dah macho-machi macam ni jangan nak jatuh cinta dengan kaum sejenis pulak.”

“Kau ni tak habis-habis nak kutuk aku. Aku tahu dulu aku salah sebab cuba menukar apa yang ALLAH telah tentukan. Tapi tak lah sampai aku nak buat hubungan songsang. Kau ni ingat aku ni tak ada iman ke?” Farish berkata.

“Amin,” Erica menadahkan tangannya.

“Jadi kau memang sah lah ni jatuh cinta dengan perempuan tu?”

“Tak declare lagi.” Jawab Farish selamba.

Erica ketawa sambil mencucuk bahu Farish.

“Kau ni pasal?” tanya Farish kehairanan dengan tingkah Erica.

“Aku suka dengar kau dah pandai main cinta. Macam ni baru lelaki. Bukan kepit sana patah sini. Pandai pulak perempuan tu ubahkan kau ek?”

“Itulah, sekarang hubungan kita macam mana,” Farish tersepu-sipu malu setelah diketawakan oleh Erica.

“Macam mana apa lagi, macam biasa je. Kejap je Farish lagi setahun lebih sahaja. Setahun ni kita boleh tempoh, tanpa siapa pun tahu kecuali keluarga kita. Kalau ikutkan aku, aku nak je tamatkan ini semua. Tapi iya lah, dah syarat dia tiga tahun.”

“Lepas tu kau jadi Pengerusi lah.” Usik Farish.

“Kau percaya tak, jauh di sudut hati aku, bukan sebab untuk jadi Pengerusi, tapi aku tak mahu hampakan apa yang Nenda usahakan selama ini. Kau sendiri tahu kan, sepanjang hidup dia, hubungan aku dengan dia tak sebaik hubungan kau dengan dia. Aku sebenarnya cemburu lihat dia baik dengan kau Farish. Cemburu sangat-sangat,” Erica cuba menahan air matanya.

“Rica, kau dah salah faham pada dia. Dia sayangkan kau lebih dari dia sayangkan aku. Kau cucu dia, darah daging dia. Aku hanya menumpang kasih sayang dia.” Erica tidak dapat menahan sedihnya rasa menyesal kerana mengabaikan kasih sayang neneknya. Erica menangis. Farish memgang bahu Erica dengan lembut. Selama ini dia salah faham dengan keegoaan dan kekasaran Erica.

“Maafkan aku Farish, aku banyak sakitkan hati kau.”

“Aku pun macam tu jugak. Dah lah. Kita lupakan apa yang berlaku. Aku sayangkan kau Rica. Aku kenal dari kau kecil. Kalau kau ingat, masa kecil-kecil dulu kita baik je. Sampailah masa arwah mama kau tiada, barulah hubungan kita jadi macam tu.”

“Aku sebenarnya sayangkan kau jugak, tapi geram sebab kau baik dengan Nenda. Lagi satu aku menyampah sangat tengok kau gedik macam sotong rebus yang tak masak-masak.”

“Wei, sempat lagi nak mengata aku.” Marah Farish sambil menarik telinga Erica.

“Kau akan tetap jadi adik aku sampai bila-bila,” kata Farish lagi.

“Kenapa susah sangat kita nak baik selama ini? So bila kau nak pikat budak tu?” Erica bertanya bila keadaannya semakin baik.

“Em,, itulah tengah fikirlah ni. Aku bimbang nanti kalau kau tengok dengan dia, kau akan rosakkan program aku. Mana tahu lah kan. Kau nak sakitkan hati aku, maka kau akan war-warkan pada orang ramai tentang kita.”

“Gila kau Farish. Simpang malaikat empat puluh empat. Tapi bestkan kalau dapat bersama dengan orang kita sayang. Tak macam aku,” rintih Erica perlahan. Sejak dari pertemuannya dengan Izhan di KLCC, langsung Izhan tidak menghubunginya. Dan Erica sendiri tiada keberanian untuk menghubungi Izhan.

“Kau memang cintakan dia kan? Dari air muka kau aku tahu kau tengah kecewa. Boleh aku tahu siapa?”

“Biarlah, tapi aku janji pada diri aku, setelah aku bebas dari jadi isteri kau. Aku akan dapatkan dia.”

“Rica, hubungan kita hanya atas kertas, perkahwinan tanpa rela kau dengan aku. Aku izinkan kan berhubungan dia selagi tak melanggar batas. Kenapa nak tunggu nanti, rebutlah sekarang. Bukan dia tahu pun pasal kita.”

“Masalahnya dia tahu,” Erica menundukkan kepalanya.

“Dia tahu? Siapa? Izhan ke?” soal Farish bertalu-talu. Dia bagaikan tidak percaya ketika melihat Erica menganggukkan kepalanya.

“Izhan tu playboy lah Rica. Carilah orang lain,” pujuk Farish.

“Kata orang cinta tu buat kita buta. Dan sekarang aku menang buta pun. Buta cintakan dia.” Jawab Erica bersahaja.

Farish menarik tangan Erica, dia merenung ke dalam mata Erica yang berkaca dengan air mata yang ditakungnya.

“Kau memang betul-betul cintakan dia?” Erica menganggukkan kepalanya.

“Dan kau rasa dia betul-betul cintakan kau?” Erica mengangguk lagi. Dia yakin Izhan turut menyintainya.

“Dan hubungan kita jadi pengahalang?” soal Farish lagi. Erica mengangguk lagi.

Farish mengambil telefon bimbitnya. Di dailnya nombor Izhan.

Izhan terkejut bila melihat nama Farish terpampang di skrin. Sudah lama Farish tidak menelefonnya.

“Hello,” jawab Izhan ringkas. Cuba mengagak kenapa Farish menelefonnya di pagi-pagi buta ini.

“Sibuk ke?”

“Taklah, buat-buat sibuk je. Apa hal kau telefon aku ni. Setahun lebih kau tak reti-reti nak telefon aku. Siotlah kau ni Farish. Lupa daratan,” kutuk Izhan. Namun hatinya sedikit bungkam kerana Erica milik Farish.

“Ada orang nak cakap dengan kau ni.”

“Siapa pulak? Kau ni ada-ada je lah.” Balas Izhan.

Farish kemudiannya menghulurkan telefom bimbitnya kepada Erica. Erica menolaknya tetapi dipaksa juga oleh Farish. Erica menarik nafas yang panjang.

“Hello, Abang Iz,” kata Erica. Kemudiannya suaranya terputus di situ. Telefon dihulurkan kembali kepada Farish. Dia sudah tidak mampu untuk bersuara.

“Rica,” panggil Izhan. Terkejut juga dia mendengar suara Erica melalui telefon bimbit Farish pagi-pagi. Jangan-jangan Farish apa-apakan Erica. Syak Izhan.

“Terkejut ke Iz?” tanya Farish. Izhan menelan air liur.

“Pasal lak nak terkejut. Dia kan bini kau?” balas Izhan. Tidak disangka lembut-lembut Farish ada hati juga nak mengapa-apakan Erica.

“Kalau kau dah tahu dia bini aku, pasal kau nak kacau?” suara Farish sedikit kuat. Erica tersentak. Dia memandang Farish. Sebaliknya Farish hanya tersenyum. Izhan mendiamkan diri.

“Kenapa kau diam?”

“Kau dah tahu aku nak kata apa. Aku minta maaf. Lagipun aku dah tak hubungi dia. Kau jangan nak salahkan dia. Salah aku.”

“Memang salah kau pun, dia dah separuh mati cintakan kau sekarang,” kata Farish pura-pura marah. Izhan diam.

“Aku pun dah separuh mati rindukan dia,” bisik Izhan di dala hati.

“Kalau kau nak dia, tunggu lagi setahun setengah, boleh? Tapi kau jangan kecewakan dia pulak. Kau jangan susah hati aku tak sentuh dia. Aku simpan dia untuk kau,” Farish kemudiannya ketawa.

“Kau ni bagi aku gabra je lah. Panggil dia sekejap boleh?” pinta Izhan. Dia tahu dan maklum sangat tentang hubungan antara Erica dan Farish.

“Nah, buah hati kau nak cakap,” Erica mengambil telefon yang dihulurkan oleh Farish.

“Kenapa tak bagi tahu Abang sendiri. Kenapa nak suruh Farish bagi tahu?” Izhan bertanya.

“Kita jumpa petang ni Abang ambil Rica kat rumah. Ajak Farish sekali.” Sambung Izhan lagi. Erica menganggukkan kepalanya, walaupun dia tahu Izhan bukannya nampak.

“Boleh tak?” tanya Izhan lagi kerana dia tidak mendengar pun suara dari Erica.

“Boleh, pukul lapan Abang Iz ambil Rica kat rumah.” Erica menjawab.

“Okey. Bye.” Erica kemudiannya menyerahkan telefon itu kembali kepada tuannya.

“Terima kash Farish.” Kata Erica kepada Farish. Tangan Farish digengamnya erat.

Farish mengangguk lega. Kini masalahnya dengan Erica sudah selesai, yang tinggal kini hanya lah untuk dia memburu cintanya. Bagaimana dia hendak memenangi hati Dhia Adirra.

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.