Home Novel Cinta Hati Awak Milik Saya!!
Hati Awak Milik Saya!!
Syikin Zainal
18/12/2015 15:27:39
7,812
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

DatinMaria merenung tajam ke arah anak gadis di hadapannya. Dia cuba mengamati wajah itu. Alahai, lagak sahaja seperti lelaki tetapi masih ada kelembutan di wajahnya. Entah kenapa hatinya terus tertarik untuk mendekati gadis itu. Ini kali pertama dia melihat seorang gadis berani menengking anaknya. Dan yang paling tidak terduga olehnya, gadis ini langsung tidak mengenali siapa dirinya. Rasanya dia sudah cukup terkenal di Malaysia. Siapa tidak kenal Datin Maria pengasas produk kecantikkan jenama Anggerik. Tambahan pula kecoh di dada akhbar tentang anaknya yang sedang bermain cinta dengan Iris Edora.

“Awak memang tak kenal siapa saya?”

“Maaflah, saya tak kenal.”

“Tak pernah dengar nama Anggerik Kosmetik?”

“Tak.”

“Langsung tak pernah dengar?” tanya Datin Maria lagi. Tidak boleh jadi. Fikirnya setiap orang sudah tahu akan kewujudan produknya. Salah strategi pemasaranlah.

Aishah masih mengelengkan kepalanya. Datin Maria menarik nafas yang panjang.

“Awak tahu ini syarikat apa? Macam mana awak boleh tak tahu, sedangkan awak bekerja di sini?”

“Saya baru tahu hari ini. Itu pun sebab saya kena bertugas kat sini.”

“Apa cerita tadi?” kini dia bertanyakan soalan tentang pagi tadi. Aishah mendiamkan diri.

“Kenapa tak nak cerita?”

“Datin, kalau datin nak repot kat bos saya. Terpulanglah. Saya tak kisah. Saya boleh kerja kat tempat lain. Tapi satu aje saya nak beritahu datin. Anak datin tu memang tak sesuai dengan doraemon tu. Cuba kalau lap segala make-up kat muka dia, cantik lagi beruk kat zoo tu,” Datin Maria cuba menahan gelaknya. Bukan apa, dia sendiri pun tidak berkenan dengan Edora. Gediknya mengalahkan artis nombor satu Malaysia. Dato’ Siti Nurhaliza pun terkenal bagai nak rak tidak lah tergedik-gedik macam Edora.

“Awak tak kenal siapa Edora?”

“Tak.”

“Awak ni rakyat Malaysia ke, rakyat mana ni?”

“Hek elleh, mak datin ni. Ingat aku ni minah Indon ke?” Aishah berbicara sendiri.

“Mak Datin, saya ni rakyat Malaysia. Tak kan lah sebab saya tak kenal Doraemon tu tak kenal Anggerik Kosmetik maka saya di cap minah Indon. Mak Datin nak tengok I.C saya ke? Tak ada maknanya saya nak kenal Doraemon tu.”

“Nama betul awak siapa?”

“Aishah. Aishah Qadeeja tapi orang panggil saya Shah aje.”

“Cantik nama tu. Aishah orang Kuala Lumpur?”

“Mak Datin nak tahu hal saya ni kenapa? Mak Datin kalau nak report kat bos saya, report aje lah. Saya tak kisah. KL ni berlambak kerja tau. Nak dengan tak nak aje,” marah Aishah. Lebih-lebih pulak mak datin ni.

“Aishah. Saya bukan nak buat laporan tentang Aishah. Saya cuma nak tanya apa yang berlaku sebentar tadi. Lagipun Haiqal tu anak saya.”

“Saya tahu Mak Datin mesti masuk belah anak Mak Datin punya. Tapi Mak Datin jangan lupa. Dia dah sentuh saya tau.”

Datin Maria mengerutkan dahinya. Susah betul hendak berkompromi dengan gadis ini.

“Sebenarnya Edora suruh saya bukak pintu. Dia nak masuk kononnya nak buat suprise hari jadi. Saya tak bagi dia masuk. Belum pukul sembilan lagi kan. Salah ke? Lagipun dia tak tunjuk pas kerja. Kalau dia ada pas kerja pun saya tak boleh dia bagi dia masuk jugak, saya kena tunggu Kak Milah. Sebab saya bukan kenal pun siapa yang kerja kat sini. Lepas tu bila buah hati dia datang siap mengadu lagi. Yang saya tak tahan tu, boleh dia panggil anak Mak Datin tu baby. Hish, geli lah. Saya bukan buat apa pun. Saya gelak aje.”

Datin Maria masih menahan gelaknya.

“Itu yang Encik Haiqal marah tu,” akui Aishah dengan perlahan.

Datin Maria terus ketawa. Dapat dia bayangkan bagaimana dengan muka anaknya dan muka Edora kerana diketawakan oleh pengawal keselamatan ini.

“Er, kenapa Mak Datin ketawa ni?”

“Awak jangan panggil saya Mak Datin lah. Pelik sangat saya dengarnya. Tak pe lah Aishah. Awak jangan susah hati. Saya suka awak kerja kat sini. Awak memang tetap kerja kat sini ke?”

“A’ah. Saya baru kena tukar kerja kat sini.”

“Okeylah, awak balik kat tempat kerja awak. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Betul ke Mak Datin tak nak report saya pada manager saya?”

“Tak. Awak jangan susah hati.”

Aishah meninggakanl bilik itu dengan penuh tanda tanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.