Home Novel Komedi/Romantik Komedi Alamak! Lagi-Lagi Dia
BAB 24

DUA pasang mata saling berpandangan. Menatap tanpa sebarang suara yang keluar. Dua cawan kopi di atas meja mengeluarkan asap dan aroma yang harum, namun tidak dikisahkan kedua-duanya. Baru sebentar tadi juga ada pelayan meletakkan sepotong kek rose velvet yang sama untuk lelaki itu seperti dihantar Ebit sebentar tadi.

Cika resah. Kalau itu yang mahu ditanya. Kenapa resah? Untuk apa? Yalah, dia gadis yang mula terpesona dengan sisi lelaki itu yang lebih adorable. Lelaki super poyo itu seorang pemain piano. Selalunya pemain piano mempunyai aura dan tarikan tersendiri. Begitu juga dia melihat sisi baru Nadim Ammar kini. Dengan sut hitam itu, lelaki itu benar-benar seperti Prince Charming. Perawakan yang menarik perhatian sesiapa sahaja pada malam itu.

Hendak berpura-pura selamba, memang cukup susah kali ini. Wajahnya jelas gugup. Lelaki itu sedang merenung wajahnya sejak setengah jam yang lalu. Meski dia pernah menuduh lelaki itu celupar dan sengal kerana perselisihan mereka yang berlaku tempohari, namun hakikatnya dia tetap sahaja seorang perempuan. Lagipun marahnya segera padam apabila lelaki itu menyelamatkan dirinya tempohari. Kalau bukan kerana lelaki itu, mana mungkin dia akan berada di situ malam ini. Entah-entah tempatnya pasti di hospital, kalau bernasib baiklah.

Nadim berwajah serius. Merenung gadis itu kerana dia tahu wajahnya digeruni, Jika tidak masakan tangan gadis itu terketar-ketar. Dia menggunakan segala kelebihannya kali ini dengan berlagak macho dan terhormat. Tapi sebenarnya di dalam hati sudah seladung gelak ketawa cuba ditahan dari terhambur keluar.

Dia sendiri sebenarnya tidak menduga Cika akan datang mencarinya. Pelik! Baru sahaja dia berniat mahu mencari gadis itu dan memulangkan buku hitam milik gadis itu, tiba-tiba sahaja Syafika Nordin yang kerap bertembung dengannya sejak akhir-akhir ini kini sudah ada di hadapan mata. Muncul di Jumbo Jeep tempatnya mencari rezeki secara sambilan.

“Kenapa awak nak jumpa saya?” Tanya Nadim ingin tahu.

Cika menarik nafas panjang. Gementar hatinya cuba ditahan sedaya upaya.

“Sa..saya nak ucapkan terima kasih.” Ujar Cika. Mukadimah pertama haruslah lebih sopan. Itu yang berada di petak fikirannya saat ini.

Mata Nadim terus merenung wajah itu tidak berkelip. Agak lama. Cantik juga dia ni. Alis mata Cika dipandang ralit. Kelopak mata Cika melindungi sepasang mata yang cantik bersinar.

“Terima kasih untuk apa?”

Cika mengetap bibir. Dia ni pura-pura sahajakah? Mustahil lelaki itu tidak ingat setiap inci peristiwa di firma guaman tempohari. Semua stesyen televisyen membuat liputan tentang kisahnya, takkan lelaki itu tak ingat pulak?

“Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak selamatkan saya tempohari.” Ujar Cika berterus terang. Budi kena bayar dulu!

“Itu sahaja?” Nadim menyoal dengan wajah bosan. Dia segera bingkas bangun, bersedia untuk beredar. Cika tercengang. Tidak menyangka kalau bicaranya dengan lelaki bernama Nadim itu hanya sesingkat ini sahaja.

“Tunggu sekejap.” Tahan Cika sambil ikut bangun.

Nadim menoleh.

“Kalau setakat nak ucapkan terima kasih, benda itu bukan apa-apa bagi saya. Menyelamatkan gadis yang buat kerja bodoh macam awak is my pleasure Cik Syafika.” Sindir Nadim tersenyum sinis.

Wajah Cika berubah. Berdesing telinganya mendengar nada bicara mengusik kalbu lelaki itu. Cis langsung tak boleh buat baik! What? Kerja bodoh?

“Kalau itu kerja bodoh bagi awak, kenapa awak selamatkan saya tempohari? Kenapa awak tak biarkan sahaja perempuan bodoh ni tergelincir dan terus mati kat situ jugak?” Bidas Cika bengang.

Nadim berpaling. Kerutan di dahinya semakin bertambah sebaik mendengar suara Cika yang meninggi. Dia tahu gadis itu sedang panas hati. Cakap sikit pun nak marah ke?

“Sebenarnya saya datang ke mari bukan nak hadap sangat muka awak tu. Saya datang sebab nak tanya, ada tak awak ternampak atau terambil planner saya yang berkulit hitam?” Cika terus ke pokok persoalan. Tak payah mukadimah atau intro lagi. Buang masa!

Planner? Kenapa awak tanya saya? Awak ingat saya ambil barang awak?” Soal Nadim semula. Sengaja pura-pura tidak tahu apa yang Cika maksudkan. Hatinya entah kenapa seronok dapat mempermainkan gadis itu. Macam menang piala sumbangsih pulak!

“Saya ada duduk berdekatan dengan kereta Toyota Prius awak tempohari. Saya hilangkan buku tu di situ. Sebab tu saya cari awak, kalau-kalau awak ada nampak atau terambil.” Ujar Cika lagi dengan wajah masam mencuka.

“Sepatutnya saya yang tanya awak dulu, apakah awak yang tercalarkan kereta saya tempohari?” Soal Nadim dengan wajah serius.

Cika terkesima. Saat ini tuhan sahaja yang tahu berapa sakitnya hatinya. Dia yang bertanya tapi lelaki itu pula yang menyoalnya. Bukan susah sangat pun soalannya.Kalau ada jawab ada. Kalau tak ada pun jawablah tak ada supaya dia boleh angkat kaki dari tempat itu secepat yang mungkin. Boleh jadi gila dirinya kalau terus-menerus menghadap muka lelaki itu.

“Saya tak calarkan pun kereta awak. Tapi soalan saya awak tak jawab lagi. Jadi saya andaikan awak tak tahu apa-apa fasal buku saya tu. Terima kasih banyak-banyak sebab luangkan masa awak yang sangat berharga tu.” Ujar Cika benar-benar sakit hati. Dia sudah mengemaskan beg tangannya ke bahu, bersedia untuk beredar sahaja dari tempat itu.

Namun belum sempat dia melangkah pergi, suara Nadim kembali bergema.

“Kalau saya jumpa buku awak tu macamana pula?” Soal lelaki itu. Cika terpempan. Dia mengetap bibir, cuba menahan sabar. Perlahan-lahan dia berpaling ke arah Nadim yang sedang menghadap ke arahnya dengan senyuman menawan yang dirasakan lebih ke arah sindiran.

“Buku tu bukan milik awak lagi Cik Syafika.” Ujar Nadim.

Cika tersentak. Kata-kata Nadim gagal dicerna kali ini.

Tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari sisipan saku bajunya. Buku hitam itu dilayang-layangkan ke udara. Cika terkejut. Buku miliknya benar-benar ada di tangan lelaki itu. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. YA ALLAH! Gambar!

Dia meluru mahu mendapatkan buku itu, tapi Nadim lebih pantas melarikannya. Cika hampir mahu menangis. Dia lebih suka kalau bukan lelaki itu yang mengutip bukunya. Sekarang dia sudah tahu kenapa kata-kata lelaki itu lebih pedas dari kali pertama mereka bertemu dahulu. Pasti lelaki itu sudah melihat isi buku hitamnya. Aduh! Malunya.

“Pulangkan semula buku saya tu.” Pinta Cika.

“Saya dah kata, buku ni bukan lagi milik awak.”

“Awak..awak sengaja nak cari fasal kan?” Herdik Cika.

Nadim terdiam. Dia segera menyelak helaian mukasurat buku hitam itu lalu menayangkannya di hadapan a Cika. Senyumannya berlegar di bibir. Senyuman kemenangan!

“Ini buktinya kenapa saya kata buku ini bukan lagi milik awak. Gambar ini..boleh awak jelaskan? Jelaskan kenapa gambar saya boleh ada dalam buku hitam awak ni?” Soal Nadim.

Wajah Cika sudah merah padam. Dia benar-benar malu. Salahnya juga kerana melukis gambar lelaki itu di dalam planner hitamnya. Dan sekali lagi kebodohannya membuatkan airmukanya jatuh di hadapan lelaki kerek itu. Josh Duhamel yang kerek! Menyampah!

Don’t say to me that you are in love with me Cik Syafika.”

Cika tersentak.

Is it?” Nadim semakin galak mengusik. Perlahan-lahan dia mendekati gadis itu. Merenung wajah Cika yang sedang kaku. Namun sebaik dia melihat ada air jernih bertakung di kelopak mata gadis itu, Nadim tiba-tiba hilang punca. Terbit pula rasa bersalah. Dia menangiskah?

Airmata Cika semakin ringan mahu luruh. Tiba-tiba sahaja Cika menolak tubuh Nadim lalu segera berlari keluar dari tempat itu. Dia tidak ingin terus dimalukan lelaki itu seperti ini. Sejarah lamanya dengan Idham Hariz takkan dibiarkannya berulang lagi.

Tinggal Nadim sendirian mematung dalam keadaan bingung. Hendak dikejar gadis itu, namun egonya melarang. Sudahnya dia hanya terkebil-kebil merenung planner di tangannya yang tidak sempat diambil gadis itu. Kenapa dengan gadis itu? Bahagian manakah dari kata-katanya yang menikam hati Cika? Nadim tertanya-tanya separuh nanar.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh