Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,618
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

3 tahun kemudian...


"Welcome back peguam Lara Elliana!"laung Eiman,Eriqa dan Luqman Eyzad serentak usai melihatku menuju ke arah mereka.Aku hanya tersenyum melihat gelakat mereka.


Tangan abangku itu kukucup lembut.Terus ku dakapnya erat.Rindu.Usainya,aku terus mendakap Eriqa pula.


"Makin berseri-seri bakal ibu ni,"usikku pada Eriqa.Rasa sebak pula tak dapat datang majlis kahwin kawan baik sendiri.


"Betullah tu.Pipi pun makin berseri-seri juga,"kata Eiman lalu tersengih.Eriqa hanya menjeling saja ke arah Eiman.


"Tak sekarang ni,yang kau makin cantik ni kenapa?"soal Eriqa padaku.


Tiada lagi cermin mata ala-ala pelajar 'nerd'.Berat badan yang dulunya di paras obesiti,kini normal.Ketinggian yang dulu hanya 170 cm kini 184 cm.Ya,itulah aku.Aku yang baru.


Aku hanya tersenyum pada Eriqa mendengar pujiannya itu.Tempoh 3 tahun lepas,banyak yang telah berubah.Dari fizikal mahupun mental.Tekadku kini,mulakan 'hidup' baru.


"Semua mesti lapar kan?Jom,El belanja makan.Minta ja apa-apa pun"ujarku pada mereka bertiga.Apa lagi,semyum riang masing-masing.


"Aku tahu kau rindu makanan malaysia kan?Sebab dekat Australia tak ada makanan melayu kan.Jadi,ayuh kita makan"ajak Eriqa seraya menarik lenganku.Hanya gelengan serta gelak tawa dibalas oleh abangku dan Eiman.


'Sama ja perangai macam 3 tahun lepas'bisik hati kecilku seraya tersenyum.


Usai kenyangkan perut.Kami menuju pulang ke rumah masing-masing.


"Lia balik apartment terus ka?Atau nak balik rumah kita dulu?"soal Luqman padaku.


"Balik rumah abang dulu la.Esok petang,Lia balik apartment tu,"jawabku padanya.Hanya anggukan dibalas.Pandanganku jatuhkan ke arah cermin kereta.


May everything move smoothly.


                              ******


Usai meletakkan pin pada tudung bawalku,langkah terusku hayunkan ke arah ruang tamu.Bilik tidurku dipandang sekilas sebelum menutup pintu rapat.


'Tak ada banyak yang berubah'bisik hati kecilku.Sticky note yang tertera tulisan tanganku itu kulekat di atas remote tv.


Lia balik dulu!Thank you for everything! 


Disebabkan urusan kerja yang tak dapat dielakkan,abang Luqman terpaksa membiarkanku pulang ke apartment sendirian.Tugas seorang polis,bukan mudah.Perlu etika dan amanah dalam jalankan sesuatu tugasan.


Kunci kereta milik abang Luqman ku ambil sebelum menghala keluar dari rumah.


Bismillah.Keretaku terus membahagi jalan raya setelah lama tidak memandu di Malaysia.


Hampir 30 minit di jalan raya.Satu dentuman kuat mengejutkan diriku lalu memaksa aku menghentikan kereta di bahu jalan yang agak lekang.


Perlahan aku melangkah keluar dari kereta seraya membuka bonet.Asap yang agak banyak memerlukan pengipasan manual dari tanganku.


"Apa jadi ni?Enjin meletop ka?Minyak bocor ka?Apa yang meletop ni?Apa ni?Apa ni?"soalku sendirian.Pantas aku membuka telefon seraya mendail nombor abang Luqman.


"Angkatla,angkatla"ujarku lagi.Panggilan tamat tanpa diangkat.Bonet dihadapanku pandang kosong.


"Kenapalah aku tak belajar tentang kereta-kereta ni.Sekarang dah tak tahu nak buat apa,'kataku seorang diri.


"Nak call Eiman atau Eriqa tapi takut susahkan diorang.Lagipun jauh nak kena datang.Call abang Luqman tak angkat.Nak sentuh enjin tapi takut!"ujarku lagi.


"Tapi kalau dalam drama,selalu kejadian macam ni akan ada seorang lelaki kacak akan tolong,"ujarku sambil membayangkan kedatangan lelaki 'bayangan' itu.


"SUCH A DRAMA QUEEN!"fikir akalku.


Pandanganku alihkan ke sekeliling mengharapkan lelaki 'idaman' itu benar datang.Tolonglah!Tolonglah!


"Adik,"panggil seseorang lalu dengan pantas ku menghala ke arahnya.


"Adik apa pasal lu stop sini?Itu kereta ada masalah ka?Mau apek tolong apa?"sapa seorang lelaki cina yang agak berumur.Seperti dihempap oleh batu bata,aku baru sedar.Tiada drama lelaki 'idaman' kerana semuanya berakhir dengan 'bayangan'.Bak kata Cakra Khan,kekasih bayangan.


"Haah uncle.Saya pun tak tahu apa yang rosak ni"jawabku sambil memandang ke arah enjin kereta.Tak sanggup nak bertentang mata.


"Kalau lu tadak kisah,apek panggil pomen datang baiki kereta lu.Boleh ka?"soal lelaki tersebut yang memanggil dirinya 'apek'.Baru sedar aku berhenti dekat depan kedai makan Cina.Ni tauke kedai la.


"Boleh juga"jawabku ringkas.Rasanya tu saja jalan yang aku ada sekarang ni.


Hampir 20 minit menunggu akhirnya pomen itu tiba.Usai diperiksa olehnya terus dia mengarahkan 


"Adik kena hantar pergi bengkel ni.Barang uncle tak cukup nak repair"arah uncle pomen tersebut.


"Kalau hantar bengkel bila boleh siap uncle?"soalku cemas.'Takkan nak biarkan abang Luq pergi kerja naik grab hari-hari.Kalau bagi kunci kereta aku,macam mana nak pergi kerja esok' fikir akalku.


"Dalam dua tiga hari saja,"jawabnya pula.Usai berfikir aku memberikan kata putus.


"Hantar pergi bengkellah uncle.Lepas dah siap uncle call saya,"kataku seraya menghulurkan kad nama milikku.Usai tamat perbincangan tentang kereta abang Luq itu,langkah terus kuhayunkan ke station bas.Ingat nak tunggu grab dekat tepi jalan tadi,boleh pula tiba-tiba hujan.Lebat pula tu.


'Malang betul kau harini El'bisik hati kecilku.


Baru hendak mengikat tali kasut yang terbuka,satu suara datang menyapa.


"Miss can I use your phone for a while?"soal lelaki itu seraya mengalihkan pandanganku kearahnya.


Jantungku mula berdegup kencang.Peristiwa lama seakan kembali semula.Air mataku mula bergenang.


"Miss?"soal lelaki itu lagi.Kelihatan grabcar yang dipanggil olehku tadi sudah tiba.Tanpa sebarang kata aku terus meluru masuk ke dalam kereta tersebut.


"El tolong sedar.Apa yang kau nampak tadi hanya halusinasi,"ujarku cuba tenangkan diri sendiri.


"Kenapa hati aku rasa sakit,"ujarku lagi sambil meletakkan tangan dibahagian hatiku.


Apa yang jadi ni...


                              *****


"Eiman,saya risaula.Macam mana kalau El dengan Imran terserempak?"soal Eriqa agak cemas sambil mengikat rambutnya.


"Sayang,tak ada apa yang awak perlu risaukan.Kalau El dengan Imran bertemu semula,bukanka tu maksudnya jodoh diorang kuat?Lepas apa yang diorang harungi sebeleum ni,kemudian jumpa semula.Bukankah tu akan lagi kuatkan rasa cinta antara diorang?"ujar Eiman pula yang berada di sebelah isterinya itu.


"Imran ingat El ka?Awak tak fikir El akan rasa kita perbodohkan dia?"soalku pada Eiman.Tangan Eriqa digenggam oleh Eiman sebelum meneruskan perbualan.


"Saya tau El akan sedih.Tapi apa yang kita boleh buat?Tu permintaan abang El juga.Tindakan yang abang Luq buat tu bagi saya sangat tepat.Papa Imran,Tengku Azman boleh buat apa-apa ja kalau arahan yang dia keluarkan tak dipatuhi.Kita kena fikir keselamatan El juga"jawab Eiman mahu tenangkan isterinya.


"Awak jangan risau.Insyaallah tak ada benda serius yang berlaku.Jangan stress,kesian baby tu.Due awak ni nak dekat dah,"pesan Eiman lagi seraya memeluk erat isterinya itu.


                      *


"Dah besar Sofia sekarang"ujarku seraya mencuit pipi tembamnya itu.


"El,kau pergila makan dulu.Aku jemput datang majlis akikah ni bukan untuk main dengan Sofia ja"sapa Eriqa seraya menyuruhku makan.


"Comel sangatla dia.Tak boleh nak jauh-jauh,"ujarku seraya bermain jari kecil Sofia Liyana.


"Cepatla kahwin.Lepastu dapat anak.Boleh Sofia kawan dengan anak kau,"kata Eiman pula.Amboi,senang betul cakap!


"Kalau semua orang kahwin,makin kurangla orang single dekat dunia ni.Biarlah saya jadi satu-satunya penyambung warisan,"ujarku lagi.Terburai gelak tawa kami bertiga.


"Saya nak pergi tandas sekejap,"ujarku lalu meninggalkan mereka bertiga.


Cermin dihadapanku pandang.Nafas kuatarik dan hembus perlahan.Sejak 'kejadian' tempoh hari,perasaan gelisah mula meneyerang diriku.Pelbagai persoalan mula timbul.Persoalan tanpa jawapan.


Baru saja ingin mengatur langkah mataku melihat keluarga yang amat ku kenali.Ibu bapa Imran.


Sudah tiga tahun kami tidak bertemu,lebih baik aku tidak jumpa sekarang.Telefon yang berada di dalam beg tanganku bawa keluar.Pesanan suara dihantar kepada Eriqa.Maklumkan aku terpaksa pulang kerana urusan kerja.


Tanpa menunggu balasannya,aku terus keluar dari kawasan dewan ini.Aku terus melintas jalan sehingga hon kereta mengejutkan diriku.


PIN!!!!!!


Hampir saja jantungku tercabut akibat terlalu terkejut.Nasib saja ada yang sempat menarik lenganku.


Baru saja hendak mengalihkan pandangan ke arah orang tersebut,sapaan Eiman buatku tersentak seketika.


"El,Imran korang ok ka?"soal Eiman agak cemas.


"Aku ok,dia tak tahu"jawab lelaki tersebut lalu menunding jari ke arahku.


Wajah lelaki tersebut ku pandang.Saat itu dapat kurasakan,air mataku mula bertakung.


"Imran Eiden?"soalku padanya.


"Ya saya"jawabnya ringkas.Air mataku mula mengalir perlahan.


"El,aku..."belum sempat Eiman habiskan ayatnya aku terus memotong.


"Apa semua ni Eiman?Apa yang saya tak tahu?Apa ni Eiman?"soalku bertubi-tubi pada Eiman.


"Tak El,ni bukan apa yang kau nampak.Aku boleh terang benda betul,"ujar Eiman lagi.Tanpa sebarang kata,aku terus meninggalkan mereka lalu menuju ke arah keretaku.Air mata yang mengalir ku biarkan saja.Hatiku benar-benar sakit saat ini.


                               *****


"Eiman,kau kenal ka perempuan tu?"soal Imran pada Eiman.


"Kau memang betul-betul tak ingat dia ka?"soal Eiman pula.


"Aku pernah jumpa dia?Kenapa dia nangis?"Soal Imran lagi.


Pandangan Eiman halakan ke arah Eriqa.Ternyata wajah isterinya itu benar-benar risau.Apa yang kami risaukan,akhirnya jadi kenyataan.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen