Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,612
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

Hari ini,genap 6 hari aku di hospital ini.Pandanganku alihkan ke arah langit sebelum memandang semula gambar keluargaki di dalam telefon pintar.


"Kenapa mama papa tinggalkan adik?Adik nak ikut mama papa.Adik tak nak duduk sini,adik sakit mama..."


"Adik tak kuat.Adik perlukan mama papa,"rintihku sambi diiiringi air mata yang mengalir deras.Gambar aku bersama mama yang menggayakan blouse berwarna turqouise kupandang.


"Adik dah tak ada sesiapa.Abang Luq dah tinggalkan adik.Adik tak kuat ma,"jariku leretkan ke sebelah kiri.Kini muncul pula gambar ku bersama abang Luq.Gambar sewaktu menghantar aku ke universiti.


'Abang Luq akan sentiasa ada dengan Lia."Ungkapan itu seakan berbisik di telingaku.Entah mengapa,air mataku makin deras mengalir.


"Lia perlukan abang Luq sekarang,"ujarku teresak-esak sambil memegang erat telefon pintarku yang memaparkan gambar kami berdua.


Bulan yang separa kelihatan seakan mengerti separuh perasaanku hilang.

Angin yang sepoi-sepoi seakan mengerti perasaan hiba yang ku alami.

Waktu malam seakan berputar lebih lama seperti memberi ruang padaku untuk meluahkan perasaan.


Dan saat ini.Aku masih berharap semua ini mimpi dan tak akan jadi realiti.


                           *****

Encik Azman melihat kelibat pemuda itu meninggalnya.


Dia yakin dengan setiap tindakan yang dilakukannya.


Bukan untuk kepentingan sendiri,malah untuk kebaikan semua pihak jua.


Teringat ayat akhirnya sebentar tadi,


"Pak cik tak akan benarkan Imran dan Elliana jumpa lagi."


'Papa harap Eiden faham.Papa buat semua ni demi Eiden,'bisik hati kecilnya.Baru saja hendak mengorak langkah,telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.


"Hello,"sapanya seusai menjawab panggilan.


"Abang datang cepat.Nadi Eiden tiba-tiba berhenti,"kata puan sakinah cemas kepada suaminya.


Dengan pantas Encik Azman mematikan telefon bimbit lalu menuju ke wad Imran.


"Eiden,papa datang ni,"ujar Encik Azman lalu memegang erat jari jemari anak lelakinya itu.


"I need you Eiden.Please don't leave me like this.Eiden,please"katanya lagi sebelum diarah keluar oleh jururawat.


Gugur air matanya melihat satu-satunya anaknya berada di wad kritikal.Dirinya lebih rela menggantikan tempat anaknya sekarang.


Hampir 30 minit doktor merawat Imran sebelum keluar.


"Encik waris kepada pesakit?"soal doktor itu.


"Ya saya,macam mana keadaan anak saya sekarang doktor?"soal Encik Azman cemas.


"Saya harap encik dan puan dapat terima berita ini dengan redha,"jawab doktor tersebut.


"Allahuakbar,"hanya ungkapan ini yang terungkap di bibir Encik Azman.Hatinya benar-benar remuk sekarang.


                           *****

"Kau ada nak buat panggilan ka?Daripada tadi asyik tenung phone tu,"soal Eriqa padaku.


"Tak adalah,"jawabku ringkas.'Kenapa abang Luq tak telefon aku?dia sibuk sangat ka?'soal hati kecilku.


"Kalau macam tu,jomlah.Eiman dah tunggu kita dekat bawah,"ajak Eriqa.Baru saja hendak berdiri,Eriqa pantas bergerak ke arahku menghalang aku berbuat demikian.


"Kau tak boleh berjalan banyak sangat.Jadi,aku dah sediakan kerusi roda untuk kau,"kata Eriqa lalu membantuku duduk di atas kerusi roda tersebut.


Aku menunggu Eriqa di ruang menunggu sementara dia membuat pembayaran di kaunter.Jam tangan dipandang sekilas,4:30 petang.Sekarang sudah tamat waktu bekerja bagi abang Luq.


'Kenapa aku masih tak nampam dia?Dia betul-betul tinggalkan aku ka?'fikirku.Serta merta air mataku mengalir,mengingatkan kejadian pergaduhan kami hari itu.


'El,jangan nangis.Kau kena kuat.Abang Luq takkan tinggalkan kau,'bisik hati kecilku.Air mataku seka perlahan.


"El,jom.Maaf lambat.Eiman tak bagitahu aku pun dia dah tolong bayarkan,"kata Eriqa lalu membawaku keluar.


"Eriqa,saya nak minta tolong awak sikit boleh tak?"soalku padanya.


"Tolong apa?Kalau bolej tolong,aku tolong,"jawabnya.


"Tolong bawa saya pergi kubur Imran.Saya nak jumpa dia buat kali terakhir.Walaupun saya tak boleh tengok muka dia,tapi sekurangnya saya dapat rasa yang dia ada dengan saya.Walaupun cuma sekejap.Tolong Eriqa,"pujukku pada Eriqa.Air mata sedaya upaya ku tahan.


"Aku kena tanya Eiman dulu.Tapi,lain kali boleh?Sebab lepasni aku dengan Eiman nak kena pergi universiti.Ada kerja sikit,"jawab Eriqa sambil memegang erat jari jemariku.Hanya anggukan dibalas olehku.


Sesampai di kereta Eiman,Eriqa membantuku nasuk ke dalam kereta proton saga tersebut.Pandanganku alihkan ke arah cermin kereta,pamparan kereta bmw putih dihadapanku sedikiy buatku terkejut.Nombor plat kereta aku pandang.


'Macam kereta abang Luq.Kenapa boleh lupa pula nombor plat kereta tu,'desisi hati kecilku.


"El,kau ok?"soal Eiman padaku.


"Hah,ok"jawabku padanya.Sebuah senyuman terukir sebelum terus membelah jalan.


"Halusinasi aku mungkin.Bukan Abang Luq saja yang ada kerta tu,'fikirku untuk menenangkan perasaan.


Tepat jam 7 malam,aku tiba di sebuah apartment.Eriqa membantuku masuk ke dalam rumah manakala Eiman hanya tunggu di luar saja.


"Barang kau semua ada dalam bilik.Aku tak susun lagi sebab tak tahu kau suka ka tak cara aku susun tu.Kau kan cerewet,"ujarnya lalu memutarkan bola mata ke atas.Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya.


"Barang makanan semua aku dah beli.Kalau ada yang tak cukup kau call aku.Aku datang.Ha,lagi satu kau jangan ingat aku halau kau keluar daripada rumah lama tu pula.Aku cuma rasa kau perlukan masa lagi.Assignment kau jangan risau.Professor kita faham situasi kau sekarang,"kata Eriqa lagi.


"Terima kasih,"ujarku benar-benar ikhlas.Tidak terucap betapa hargainya aku pada mereka berdua.


"Sama-sama.Kami balik dulu El,apa-apa kau call kitorang,"pesan Eiman padaku.


"Thank you so much,"ucapku lagi.


"Anything for you,babes"bisik Eriqa pada telingaku.Hanya anggukan ku balas.


Aku tuju ke tandas untuk membersihkan diri dahulu sebelum menunaikan solat maghrib.


                            *****

"Eiman,awak dah bayar ka yuran El?"soal Eriqa pada Eiman yang khusyuk memandu.


"Eh,belum.Kenapa?"soal Eiman semula.


"Tadi orang yang jaga kaunter tu cakap dah ada orang bayarkan untuk El.Tapi,orang tu minta rahsiakan nama dia,"kata Eriqa sambil memandang wajah Eiman.


"Mungkin abang El yang tolong bayarkan.Nanti saya tanya dia,"ujar Eiman sambil fokus terhadap pemanduannya.


"Eiman,macam mana kalau El dapat tahu benda betul.Tadi pun dia asyik tanya tentang Imran.Saya tak nak gaduh dengan El lagi,"kata Eriqa perlahan.


"Sekarang ni kita tolong apa yang termampu saja.Yang selebihnya biar El dengan abang dia selesaikan.Okay?"ujar Eiman lembut.Hanya anggukan kecil dibalas oleh Eriqa.


"Awak percaya saya tak?"soal Eiman lagi.


"Mestilah percaya,"jawab Eriqa ringkas.


"Kalau percaya jom kita pergi makan.Saya lapar ni,"ajak Eiman sambil tersenyum.


"Apa kena mengena percaya dengan makan,"soal Eriqa lau tertawa kecil.


"Adala.Nak makan dekat mana ni?"soal Eiman.


"Mana-mana pun tak apa.Tapi,tak nak mamak,"jawab Eriqa pula.


"Subway,"soal Eiman.


"Tak nak"jawab Eriqa.


"Tadi kata mana-mana pun tak apa,"kata Eiman sedikit geram.


"Ya la,mana-mana pun tak apa"ujar Eriqa pula.


"Mc Donald?"soal Eiman lagi.


"Tak nak,"jawab Eriqa.


"Yahh Eriqa Syazani!"jerit Eiman kuat.Terhembut tawa Eriqa melihat gelagat Eiman yang mencuit hati.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen