Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Angle Airiza
16/4/2020 17:20:30
1,204
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Keluar saja daripada dewan kuliah,banyak suara halus mula berbunyi sepanjang perjalananku.


"Dia ingat cantik sangat sampai nak tolak lamaran orang lain"


"Sebabkan dialah abang Emir aku depression"


"Dasar anak yatim piatu"


Serta-merta langkahku terhenti.Badanku pusingkan ke arah pemilik suara terakhir tadi.


"Saya minta maaf kalau ada buat awak sakit hati.Saya tahu dan saya sedar yang saya ni anak yatim piatu.Tapi gelaran saya ni langsung tiada kaitan dengan masalah sekarang.Awak tahu tak macam mana anak yatim piatu ni nak teruskan hidup!Tanpa ibu bapa disisi.Awak tahu tak?Tak tahu kan,jadi tolonglah jangan panggil seseorang tu dengan gelaran anam yatim piatu terutama dekat kawasan terbuka".Ujarku panjang lebar lalu pergi meninggalkan mereka.


Air mata yang mula menitik aku seka.Dapatku lihat mata-mata yang sedang memandang aku.Laluan yan agak sunyi aku gunakan dan berharap tidak bertembung dengan sesiapa.


Kali terakhir aku diejek "anak yatim piatu" ialah sekitar umurku 13 tahun.Lepas saja abang Luqman berjumpa dengan budak lelaki itu,aku suda lagi tidak diejek oleh sesiapa.


Tapi sekarang perkara itu berulang kembali dan perlu dihadapku sendiri.Air mata yang tidak dapat kutahan akhirnya mengalir dengan lebih banyak.Kaki terasa berat untuk berjalan lalu aku terduduk diatas tangga.


"Adik rindu mama papa.Abang Luqman,tolong adik".Mukaku sembamkan pada lututku.


Telefon pintarku buka tatkala bunyi pesanan ringkas masuk.


Abang Luq:'Assalamualaikum,adik abang sihat?'


Me:'Waalaikumsalam Lia sihat.Abang?'


Abang Luq:'Abang sihat.Lia ok ka belajar dekat sana?'


Me:'Ok ja.Kenapa?'


Abang Luq:'Tadi abang mimpi Lia nangis.Sebab tu abang terus mesej Lia.Betul ka Lia ok ni?'


Serta-merta air mataku mengalir lagi.


'Tak abang,Lia tak ok.Lia nak abang sekarang'.Bisik hati kecilku.


Me:'Lia ok,abang jangan risau.Sebabtu orang cakap jangan tidur petang nanti mimpi pelik-pelik.'


Dan saat ini,tiada yang lebih perit berbanding menunjukkan riak wajah ceria demi mengawal kesakitan dalaman.


Abang Luq:'Lia jaga diri.Apa-apa telefon abang.Abang sentiasa ada untuk Lia'


Me:'Lia kena pergi dulu,assalamualaikum.Lia sayang abang Luq'


Tamat saja mesej dariada aku,telingaku terdengar akan satu suara yang amatku kenal.Langkahku hayunkan ke arah suara tersebut.


Rasa ingin tahu tiba-tiba saja membuak.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Angle Airiza