Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,496
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

"El".Laung seseorang yang telah membantutkan perjalanan aku dan Eriqa untuk ke kafeteria.Bila kelas dah habis,makan la jawabnya!



"Eiman rupanya.Kenapa panggil saya?"Soalku apabila melihat Eiman yang sedang berlari menuju ke arah kami.



"Prof Nisa nak jumpa kau.Dekat dewan kuliah sekarang."Ujarnya kepadaku.


"Awak pergi la kafeteria dulu,saya nak jumpa Prof Nisa.Boleh luang masa dengan Eiman,kan."Usikku pada Eriqa.


"Kau memang dah lama tak makan penampar ka?Nak cuba aku punya?"Soalnya garang.Mungkin bagi orang lain,ianya perkara luar biasa.Tapi,bagi aku ianya sudah biasa.Walaupun Eriqa ni nampak garang,tapi dia ni lembut juga.


"Saya pergi dulu.Bye"Kataku lalu meninggalkan Eriqa bersama Eiman.Tak nampak pula Imran,selalunya dimana ada Eiman disitu ada Imran.


"Jadi,sekarang jom kita pergi kafe sama-sama."Ajak Eiman.


"Mana Imran?"Soal Eriqa pada Eiman.


"Jumpa ibu dia.Kau ni,aku ada dekat depan ni sempat pula tanya tentang Imran."Kata Eiman pura-pura merajuk.


"Tak la,selalunya dimana ada Eiman Lutfy disitu ada Imran Eiden".Jawab Eriqa sambil memandang Eiman.


"Biasalah.Kami kan sepupu".Kata Eiman.


"Sepupu?Imran Eiden tu sepupu kau."Soal Eriqa terkejut.


"Ya la.Kenapa kau terkejut sangat.Satu universiti dah tahu,tak sangka kau ni lapuk juga".Kata Eiman diikuti gelak tawa.


"Tak nampak macam sepupu pun.Dia macam sombong sikit,kau peramah nak mati".Ujar Eriqa lalu menjeling Eiman.


"Saya mesra dengan orang yang saya sayang ja".Ujar Eiman lalu meninggalkan Eriqa dibelakang.


                              *****

Knock Knock


"Assalamualaikum Prof".Sapaku lalu mula memasuki dewan kuliah ini.


"Waalaikumsalam,El boleh saya tanya?Awak sibuk ka?"Soal Prof Nisa padaku.


"Tak Prof".Jawabku  sambil memandang wajahnya.


"Kalau awak tak sibuk.Awak berangan ka waktu saya mengajar?"Soalnya lagi.


"Tak"Jawabku sepatah.Mataku pula menatap lantai dewan ini.Tidak kuat untuk bertentang mata.


"Habis kenapa awak bagi saya kerja macam ni?"Soalnya lalu menunjukkan assignment milikku.Ya,aku akui ianya tidak sempurna.Salah aku,buat kerja 'last minute'.Padanlah kena marah.


"Macam ni la El,awak dah besar.Dah tahu mana betul dan mana tidak.Saya nak awak buat balik assignment ni.Ingat tujuan awak masuk universiti ni.Awal-awal lagi saya dah pesan,universiti bukan tempat awak bercinta.Saya harap masalah awak dengan Emir takkan jejaskan prestasi awak di sini."Katanya panjang lebar.


"Saya tak ada masalah dengan Emir Prof".Jawabku perlahan.


"Saya tak suka ambil tahu hal peribadi pelajar saya.Tapi kalau ia faktor awak abaikan pelajaran,saya harap awak dapat ambil tindakan dengan cepat".Pesannya sebelum mengarahkan aku untuk keluar.


Beberapa hari yang lepas,bekas mahasiswa disini memberitahu bahawa Emir Mustaqim mengalami depression disebabkan hal-hal tertentu.Lepas saja berita itu tersebar,semua orang mula menyalahkan aku kerana beranggapan aku penyebab Emir depression.


Tiada apa yang dapat aku lakukan untuk menidakkan perkara ini.Aku hanya diam dan beranggapan perakara ini akan berakhir dengan sendiri.


Keluar saja daripada dewan kuliah,banyak suara halus mula berbunyi sepanjang perjalananku.


"Dia ingat cantik sangat sampai nak tolak lamaran orang lain"


"Sebabkan dialah abang Emir aku depression"


"Dasar anak yatim piatu"


Serta-merta langkahku terhenti.Badanku pusingkan ke arah pemilik suara terakhir tadi.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen