Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,570
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1
"Aamiin".Hampir saja aku terlelap namun setelah tamat bacaan doa oleh abangku terus saja mataku jadi segar.Inilah syaitan,bila kita nak beribadah ada saja tingkah lakunya yang melalaikan kita.


" Salam la tunggu apa lagi?"Soal abangku yang sudah mengalihkan tubuhnya menghadap diriku.Luqman Eyzad bin Khairul jejaka yang telah menjagaku sejak berusia 13 tahun.


Sejak mama dengan papa tinggalkan kami disebabkan kemalangan ,dialah satu-satunya yang masih ada dengan aku.


Walaupun kadang perangainya amat menyakit hati,namun dia tetap seorang abang yang baik.Aku yakin,tak akan ada sesiapa yang dapat menggantikan dirinya dalam hidup aku.Sejauh mana pun kami berpisah dia akan tetap menjadi abangku.Selamanya.


"Sabar la.Abang Luq selalu marah Lia.Tak kesian ka dekat Lia?" Kataku lalu menyambut huluran abangku.


"Alololo kesiannya adik kesayangan abang ni.Nak cendol?"Ujarnya seraya menarik telekungku.


" Dah lapuk la ayat tu."Kataku seraya mula melipat telekung pemberian arwah mama.Terdetik pula perasaan rindu arwah papa dan mama.Betullah orang cakap,rindu yang paling perit ialah rindu kepada orang yang sudah tiada di muka bumi ini.Dan kini,aku sendiri yang alaminya.


"Lia,nak pahala tak?" Soal abangku.


"Mestilah nak". Jawabku acuh tak acuh.


" Ha lipat sejadah abang.Sayang Lia"Belum sempat aku membalas,dia terlebih dahulu meninggalkan aku di bilik solat ini.


Sedang aku melipat sejadah mataku tertancap pada sebuah bingkai gambar yang memaparkan wajah kami sekeluarga.Jujur aku katakan,aku redha jika ini takdir kami untuk berpisah.Tapi masih susah untukku menerima kenyataan bahawa mama dan papaku pergi disebabkan tingkah laku orang lain.


12 April 2020 telah berlakunya kemalangan di jalan batu lapan,Johor.Kemalangan ini berpunca daripada kelalaian kereta Alphard yang merempuh sebuah kereta myvi akibat memandu dalam keadaan mengantuk.

Sepasang suami isteri maut ditempat kejadian.Manakala pemandu kereta yang bersalah tidak mengalami kecederaan yang serius.


Dalam sekelip mata,aku dan abangku diberi gelaran anak yatim piatu.Bingkai gambar diambil lalu kupeluk erat.


"Adik rindu mama papa" Air mata yang kian mencurah kubiarkan saja.Mata terasa berat untuk buka akhirnya aku terlelap sambil menahan perasaan rindu yang tiada akhirnya.


"Abang Luq cepatlah.Lia dah lambat ni". Laungku dari luar rumah.Sekarang bukan masanya untuk rasa malu.Biarlah jiran nak cakap aku ni gila ka apa.Aku memang betul-betul dah lambat untuk pendaftaran ke Universiti  Teknologi Mara.


" Padan muka.Abang suruh Lia mandi lepas subuh tapi Lia pergi tidur pula."Katanya  lalu memasuki kereta miliknya.


"Bukannya sengaja" Bisikku perlahan lalu cepat masuk ke dalam Audi kepunyaan abangku.Nasib baik aku dah masukkan luggage dalam  kereta siap-siap.


"Nasib baik sempat daftar.Kalau tak sempat siap abang Luq." Rungutku padanya.


"Ya Lia ya.Abang nak kena balik dah ni,ada kerja nak kena buat." Katanya seraya mengeluarkan luggage dan barangku yang lain.Aku faham sangat dengan kerjanya sebagai seorang polis,memang sibuk.Asalkan dia dapat hantarku ke universiti itu sudah cukup buatku gembira.


"Ok,jaga diri elok-elok." Pesanku lalu menyalam tangannya.


"Lia pun,apa-apa telefon abang tau." Ujarnya lalu mengukirkan senyuman buatku.Inilah kali pertama kami berpisah.Sebelum ini kami hanya berpisah dalam tempoh beberapa jam sahaja.Pasti berat buat dirinya juga diriku.


Dan kini,mulalah hidupku sebagai mahasiswi di Universiti Teknologi Mara.


Doakan adik mama papa.





Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen