Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,628
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

"El,maaf tau"ujar Eiman bersalah.


"Kenapa?"soalku ringkas.Kawasan restaurant yang ditempah Eiman semalam kupandang sekilas.


"Benda ni jadi tak sama macam kita rancang.Maaf,"jawab Eiman seraya menundukkan kepalanya.


"Apa kata kita lupakan saja tentang tu.Sekarang,fokus.Okay?"kataku seraya mengukirkan senyuman.Hanya anggukan dibalas Eiman.


"Assalamualaikum,"sapa seseorang.Badanku kalihkan ke arah belakang.


"Waalaikumsalam,"jawabku dan Eiman serentak.Eiman terus memeluk erat insan dihadapan kami ini manakala aku hanya tersenyum nipis.


"Lara sihat?"soal Emir padaku.


"Sihat,"jawabku ringkas.


"Abang tanya El saja,Eiman?"soal Eiman seraya membuat mimik muka comel.


"Diamlah kau.Sebab kaula rancangan kena tukar last minit,"jawab Emir lalu menjeling Eiman disebelahnya.


"Dia nak datang dah ni.Eiman pergi sembunyi dulu,"arahku pada Eiman.


"Baik boss,"katanya lalu pergi meninggalkan kami.Usai Eiman meninggalkan kami,satu pesanan suara masuk.Seperti yang dijangkakan,Eriqa sudah tiba di restaurant ini.


"Eriqa dah sampai.El pergi bawa Eriqa,"ujarku pada Emir seraya melangkah keluar dari restaurant yang berhadapan dengan laut ini.


"Eriqa!"laungku lalu menuju ke arahnya.


"Ada apa kau suruh aku datang sini?"soal Eriqa sedikit beku padaku.Aku tidak menyalahkannya kerana salah fahan antara aku dan Eiman.Perempuan,bila dah sayang perasaan lebih cepat bertindak berbanding akal.


"Jomlah masuk dulu,"ajakku lalu memegang tangannya.


"Ya la,"ujar Eriqa lalu menarik lengannya.Hanya senyuman ku balas.Masuk saja Eriqa dalam restaurant,


"Surprise!"laung aku dan Eiman bersama.


"Apa benda korang buat ni"kata Eriqa seraya memandangku.Pandanganku lirikkan pada Emir.


"Macam mana korang sambut birthday aku tanpa kek,"ujar Eriqa lagi seraya mengukirkan senyuman.


"Sekejap abang panggil.Kek,sila masuk"kata Emir ke arah pintu restaurant.Pintu restaurant dibuka,


"Happy birthday Eriqa"ujar Eiman seraya menuju ke arah Eriqa.Tulisan pada kek dipandang Eriqa.


SAYA HARAP KITA AKAN BERSAMA HINGGA NAFAS TERAKHIR SAYA❤️


"Ayat ni bukan awak tulis untuk El?"soal Eriqa pada Eiman.


"Apa yang awak fikir tu tak betul.Saya minta El tulis ayat ni atas kek,sebab kek ni El yang buat"jawab Eiman seraya mengukirkan senyuman.


"Kenapa awak baru bagitahu sekarang,"kata Eriqa sebak.Tanpa sebarang kata,Eriqa terus mendakapku erat.


"Aku minta maaf El.Aku minta maaf sebab tuduh kau macam-macam.Aku minta maaf..."ujar Eriqa sebak.Belakang badannya ku usap perlahan.


"Tak apalah.Saya ok ja,"jawabku seraya tersenyum.


"Awak memang tak nak tiup lilin tu ka?"soalku pada Eriqa.Eriqa tertawa kecil sebelum meniup lilin yang berada di atas kek tersebut.


"Kan bagus kalau Imran ada dengan kita sekali,"kata Emir lalu memandang ke arahku.Hanya senyuman kubalas.


"Korang makanla dulu.El nak pergi tandas sekejap"ujarku lalu pergi meninggalkan mereka.


Cermin dihadapanku pandang kosong.Gelang pemberian arwah Imran ku genggam erat.Nafas ku tarik perlahan lalu mula melangkah keluar.


Kelihatan Eriqa,Eiman dan Emir bergelak tawa bersama-sama.


'Hari jadi Eriqa tahun lepas,kita bersama.Hari jadi Eriqa tahun ni,kita berpisah.29.09,tarikh bermakna kita.Walau dimana awak berada saya nak awak tahu,saya sentiasa sayang dan rindu pada awak'bisik hati kecilku.Gelang yang digenggam tadi ku pakai semula.


"Kenapa tak makan lagi?"soalku pada mereka seusai mengambil tempat di sebelah Eriqa.


"Mana boleh aku makan tanpa kawan baik aku ni,"ujar Eriqa seraya tersenyum.


"Dah la.Jom makan,"ajakku lalu mula mengambil kek yang dipotong Eriqa itu.


                        *****


"El,kau pasti tak nak aku teman kau naik atas?"soal Eriqa padaku.


"Ya.Saya boleh naik sendiri.Eiman bawa kereta elok-elok tau,"pesanku seraya kebelakangkan sedikit langkahku.


"Baik boss,"ujar Eiman lalu meninggalkan ruangan parking lot ini.Jam tangan dipandang sekilas,10:45 malam.


Punat lift ku tekan sambil menunggu sendirian.Tiba-tiba,bunyi barang jatuh mengejutkan diriku.


"Siapa tu?"soalku.Tiada sahutan.Mujur saja ketika itu lift sudah tiba.Tanpa pandang sekeliling,aku terus melangkah masuk ke dalam lift.


Kawasan sekeliling ku pandang sebelum  menutup pintu rumahku.


'Tak ada apa-apa,El'fikirku sejenak.


                        *****


"Today is the day!"laung Eiman kuat.


"We did it!"jerit Eriqa pula.


"Satu dua tiga!"kiraku seraya melemparkan topi ijazah kami bersama-sama.


"Cepat abang nak tangkap gambar"arah Emir Haqim pada kami.Eriqa terus mendakapku erat manakala Eiman melakukan gaya V-line.


1 2 3 click!


Banyak gambar yang ditangkap bersama.Pelbagai gaya dilakukan.Comel.Mengada.Gambar Eiman bersama keluarganya.Eriqa juga bergambar bersama keluarganya.Aku hanya melemparkan pandangan ke sekeliling.Sehinggalah satu suara datang menyapa,


"Assalamualaikum Lia,"katanya seraya mengalihkan pandanganku ke arahnya.


"Abang..."ujarku seraya memeluknya erat.


"Lia rindu abang.Abang jangan tinggalkan Lia lagi,"kataku sambil menangis teresak-esak.


"Ya,abang takkan tinggalkan Lia.Abang ada dekat sini,"ujar Luqman seraya mengusap lembut kepalaku.Cermin mataku yang senget dibetulkan.


"Siapa lelaki tu?"soal Emir pada Eiman.


"Abang,El.Luqman Eyzad"jawab Eiman.Serta-merta Emir teringat akan pertemuan mereka itu hari.


"Assalamualaikum,dik"sapa seorang lelaki pada Emir yang sedang menikmati Laici Kang yang dipesannya tadi.


"Waalaikumsalam,ya bang"jawab Emir.


"Adik boleh tak tolong pergi tengok perempuan dekat hujung pantai tu,"minta lelaki tersebut pada Emir.


"Errr,boleh.Abang ada apa-apa ka dengan perempuan tu?"soal Emir pelik.Dah kenapa dalam ramai-ramai orang dia juga yang kena.


"Tak ada apa.Cuma masyarakat yang prihatin"jawab lelaki tersebut.


"Masyarakat yang prihatin,"kata Emir seraya mengukirkan senyuman.


"Abang cakap dekat Eiman ka?Awww terima kasih,"ujar Eiman seraya tersenyum malu.


"Bukan kau.Kau tu masyarakat yang menyusahkan,"kata Emir seraya menjeling Eiman.Tanpa membalasnya,Eiman terus berada di tengah-tengah antara keluarganya dan keluarga Eriqa.


"Memandangkan semya dah ada dekat sini.Minta bagi masa dekat Eiman sekejap,"ujar Eiman seraya mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.


"Eriqa,bagi saya peluang buat sekali lagi"kata Eiman sambil memandang Eriqa.


"Buat apa?"soal Eriqa pelik dan risau.Emir terus memasang camera miliknya lalu menumpukan perhatian kepada Eiman dan Eriqa.


"Eriqa Syazani,will you be my senorita forever?"soal Eiman seraya mengeluarkan sebentuk cincin.Eriqa memandang sekeliling sbelum menjawab,


"Yes,I will"jawab Eriqa seraya mengambil cincin tersebut.Eiman hanya tersenyum lalu mendakap wajahnya.Malu mungkin.Sedang ralit perhatianku tertumpu pada mereka.Mataku tertancap pada susuk tubuh yang amatku kenali.


'Tu bukan ibu dan papa Imran'bisik hati kecilku.


"Lia,jom tangkap gambar sama-sama"ajak Luqman seraya mengalihkan pandanganku.


"Biar Emir tolong ambilkan,"ujar Emir lalu mengambil telefon pintar milik Luqman Eyzad.Senyuman manis ku ukir di wajah.


Now I realise,nothing happier than being surround by your loves.


                        *****


"Abang tak sangka Lia dah nak sambung belajar dekat luar negara,"kata Luqman sambil membawa bagasi milkku.


"Abang la,tinggalkan Lia lama sangat"ujarku seraya memandangnya.


"Mana ada abang tinggalkan Lia.Abang sentiasa ada dengan Lia,Lia yang tak perasan"kata Luqman sambil memandang wajahku.


"Bila?"soalku pelik.


"Pertama,waktu Eiman dan Eriqa bawa Lia keluar hospital.Abang ingat Lia perasan sebab Lia pandang luar kan waktu tu.Kedua,waktu Eiman dan Eriqa hantar Lia balik rumah.Ketiga,abang yang minta Emir tengokkan Lia dekat hujung pantai tu.Keempat,waktu Lia balik rumah selepas sambut hari jadi Eriqa.Kelima,abang muncul waktu Lia konvo"terang Luqman panjang lebar.


"Wah,pandai juga abang sembunyi"ujarku kagum dan terkejut.


"Lia lupa ka abang ni polis"katanya lalu mengangkat sebelah keningnya.Hanya senyuman dibalas olehku.


"Flight Lia dah sampai"ujar Luqman lalu memberi bagasi tersebut kepadaku.


"Lia,saranghae"sambil membuat bentuk hati.Aku hanya membalas dengan mini love.Habis semua mata tertumpu ke arah aku.Malu betul.


Usai mengambil tempat,telefon pintarku buka.Mesej daripada Eriqa ku baca.


HAVE A SAFE JOURNEY BABE❤️

Gambar sepanjang majlis pertunangannya hari ini ku pandang.Senyuman manis terukir diwajahku.


Gelang ditangan kupandang.


"Eriqa dengan Eiman selalu cakap kita akan kahwin dulu.Tapi,jodoh diorang datang dulu.Imran,you'll be forever in my heart.No one can replace you"kataku seorang diri sebelum menukarkan telefon kepada airplane mode.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen