Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,648
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Mataku tenung telefon pintar ditangan.Mengharapkan sebarang mesej daripada Eriqa.


Katanya hendak berjumpa Eiman seketika.Tapi ni nak dekat 30 minit dah tunggu.


"Assalamualaikum."Sapa seseorang lalu mengambil tempat disebelahku.Masih ada jarak antara kami.Tidak perlu lihat pada rupa,jamnya sudah menunjukkan siapa gerangan disebelah ini.


"Waalaikumsalam."Jawabku ringkas.


"Tenung telefon tu lama-lama buat apa?Tunggu saya call ka?"Soal Imran padaku.


"Perasannya."Ujarku menyampah.


"Kalau jawab pendek-pendek ni tak lain tak bukan mesti sebab lapar kan?"Tekanya sambil tersenyum melihat diriku.Waktu macam inilah dia nak bagi orang cair!


"Kalau lapar kenapa?"Soalku masih lagi berlagak tenang.Padahal dalam hati dah lama bersorak riang melihat Imran ada bersamaku.


Meskipun kami mengambil kos yang sama,tapi semenjak dua menjak ni sibuk sangat.Assignment,presentation tak menang tangan nak dibuat.


"Jom aku bawa kau pergi makan."Ajaknya lalu tersenyum.


"Tapi,Eriqa"


"Eiman dengan Eriqa kena jumpa Prof Nisa.Nak bincang tentang tugas diorang."Imran pantas memotong percakapanku.


"Nak ke tak?"Soalnya lagi.


"Asalkan awak belanja saya on ja."Ujarku lalu mula berdiri.


"Nasib baik comel,kalau tak memang dah kena tinggal tau tak."Katanya sambil tersenyum melihat teletahku.


Perempuan bila bersama orang tersayang,automatic jadi manja.Bukan mengada!Tapi manja.


Baru saja hendak membuka pintu kereta,satu suara menjerit namaku dari belakang.


Badanku toleh ke belakang.Serta merta aku berlari ke arah pemanggil tersebut.


                                   *****

Suara si pemanggil membuatkan Imran turut berpusing ke arah empunya suara.


Belum sempat berkata apa,Elliana pantas berlari ke arah pemanggil tersebut.


Jarak mereka bertiga yang agak jauh menyukarkan Imran mendengar apa yang dibicarakan mereka.


Jelas senyuman terukir di wajah Elliana.Perasaan cemburu mula memenuhi hati Imran.Tambah pula,Elliana tiba-tiba saja memeluk jejaka tersebut.Tanpa berfikir panjang,Imran terus menuju ke arah mereka.


"El,awak kenal ka dia siapa?"Soal Imran pada Elliana.


"Siapa ni Lia?"Belum sempat Elliana menjawab,lelaki itu terlebih dahulu bertanyakan soalan.


"Aku Imran,bakal suami Elliana.Kau siapa?Suka hati saja peluk dia dekat tempat terbuka.Tak ada adab ka?"Soal Imran melulu.


Senyuman yang dilemparkan lelaki itu sedikit sebanyak mencabar kemarahannya.


"Tumpang mencelah.Imran ni abang saya,Luqman Eyzad.Abang Luq ni kawan tapi mesra Lia,Imran Eiden."Ujar Elliana bagi mengelakkan ketegangan antara dua jejaka ini.


"Aik,mana satu ni?Tadi cakap bakal suami tiba-tiba kawan tapi mesra pulak."Kata abang Luq sambil memandang Imran dan Elliana.


"Masih dalam perancangan lagi...abang."Jawab Imran lalu tersenyum malu.


"Alang-alang Imran dengan Lia nak pergi makan,apa kata abang Luq ikut sekali.Lagi ramai lagi meriah."Ajak Elliana riang.


"Abang ok ja,Imran setuju ka?"Soal Luqman pada Imran.


"Saya lagi ok..abang Luq."Jawab Imran sedikit gagap.


"Ok lah.Lia naik dengan Imran.Abang naik kereta sendiri.Send location kat abang."Arah Luqman kepada Imran dan Elliana.


Masuk saja Imran dan Elliana ke dalam kereta,Imran terus membuka mulut.


"Kenapa tak bagitahu awak ada abang.Malu la saya."Ujar Imran lalu menutup mukanya.Tak semena-mena Elliana tersenyum melihat teletah Imran.


"Mana la saya tahu awak nak terus serang.Imran Eiden yang saya kenal akan selidik dulu sebelum terjah."Jawab Elliana sambil tersenyum melihat Imran.


"Jangan suka sangat.Minggu depan hari jumaat giliran awak pula jumpa keluarga saya."Kata Imran seraya memandang Elliana.


"Eh,bila pula kita bincang?"Soal Elliana.Cemas la tu.


"Tak perlu bincang.Saya jumpa abang awak pun tak bincang dulu."Jawab Imran lalu tersenyum kemenangan.


"Dah la jom pergi makan.Kesian abang ipar saya tunggu dalam kereta tu."Kata Imran seraya keluar daripada kawasan universiti.


"Gedik."Ujar Elliana sepatah.


Perasaannya kini mula bercampur baur.Ada rasa gembira yang teramat,ada juga rasa cemas.Seperti akan terjadi sesuatu yang malang.


Nauzubillahiminzalik.Semoga kebahagiaan ini tidak terhenti disini.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen