Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,586
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5
"Terima kasih sebab sudi keluar dengan saya"Ujar Emir sesudah mengambil tempat dihadapanku.Ya,kami kini berada di retaurant yang aku sendiri tak tahu dekat mana.


Setelah mendengar 'penerangan' daripada Eriqa akhirnya aku memberi kata putus untuk keluar bersama Emir.Selama hampir 11 bulan kami kenal,inilah kali pertama kami keluar bersama.Hanya kami berdua.


"Abang cakap ada benda nak bagitahu,apa?"Soalku pantas.Entahla,rasa sia-sia pula aku keluar ni.Rasa macam buang masa pun ada.Orang lain sibuk siapkan tugasan aku,sempat makan dekat restaurant mahal ni.


"Sekarang ka?Tak nak makan dulu?"Soalnya pula.


"Sekarang saja la.Tadi Lara dah makan tengah hari dengan Eriqa"Jawabku bersahaja.Nasib saja pertemuan ini pukul 5 petang,sempat juga aku berehat tadi.


"Tapi,abang tak makan tengahari lagi.Abang ingatkan nak belanja Lara makan alang-alang dah keluar kan."Ujarnya sambil memandangku.Timbul pula rasa kasihan terhadapnya.Tunggu aku nak makan sekali rupanya aku dah makan awal lagi.


"Tak apa la.Abang makan nasi Lara makan makanan sampingan.Chicken chop tu nampak sedap la."Ujarku lalu menujukan jari ke arah poster makanan tersebut.


"Ok sekejap abang panggil pelayan."Katanya lalu seorang pelayan lelaki datang ke arah kami.Menu yang berbeza kami pesan.


Setelah hampir 30 minit menunggu makanan kami akhirnya tiba jua.


"Sedapnya".Kataku riang.Walaupun belum makan,ambil bau saja pun dah tahu rasanya sedap.


"Comel".


"Apa?" Soalku hairan.Aku dengar macam dia puji aku...comel? Dia cakap aku comel?


"Comel"Katanya lagi.Ok,kali ini memang aku rasa malu.Dia cakap aku comel?


"Abang cakap Lara comel?"Soalku lagi.


"Abang cakap kucing belakang Lara tu yang comel".Jawabnya seraya tersenyum.Aku?Memang muka merah sangat ni,malu punya pasal.


"Abang,nak bagitahu apa?"Soalku untuk menghilangkan perasaan malu yang kian menebal ini.


"Bagitahu sekarang?Lara tak kisah?"Soalnya bertubi-tubi".


"Ok saja."Jawabku ringkas.Baru saja hendak memasukkan kentang goreng ke dalam mulutku,ayat yang dilontarkan tadi terbantut seketika.


"Abang suka Lara".Ujarnya yang tak berkelip memandang wajahku.


"Lara tak salah dengar kan?"Soalku inginkan kepastian.


"Abang suka Lara.Abang sayangkan Lara.Abang cintakan Lara".Katanya bertubi-tubi.Dan sekarang aku betul-betul terpaku.Nak jawab apa ni!


"Lara?"Soal Emir setelah aku mula menyepi.


"Lara minta maaf".Ujarku senada.Sepanjang lapan belas tahun hidup,inilah saat yang paling kekok pernah aku lalui.


"Kenapa Lara minta maaf?"Soalnya hairan.Makanan kami langsung tidak terusik.


"Lara minta maaf,tapi Lara tak sukakan abang."Kataku seraya menundukkan kepala.Saat ini memang tidak kuat untuk bertentang mata dengannya.


Macam mana kalau tiba-tiba dia bangun lepastu baling kerusi dan meja.Tumbuk dinding.Ya Allah,apa benda aki fikir ni.


"Lara cuma anggap Emir Mustaqim sebagai seorang abang saja.Tak pernah lebih.Lara minta maaf sangat-sangat.Maafkan Lara kalau abang rasa Lara bagi harapan dekat abang."Kataku lagi saat dia mula menyepi.Kali ini aku betul-betul bingung tak tahu arah tuju ke mana.


Kalau dalam drama,lepas luah perasaan diaorang akan pergi.Yes,Lara you should go now!


Baru saja hendak membuka langkah,beg tanganku pantas saja ditarik.


"Makanla dulu."Kata Emir senada.Riak wajahnya seakan menunjukkan yang ia sedang....kecewa? Aku memang dah hancurkan hati dia ka?


"Habis makan abang hantar Lara balik.Anggap saja Lara makan dengan abang Lara."Ujarnya lagi.Dan aku hanya mengikut perintah.Keadaan kekoknya memang tak dapat dibendung lagi.


Aku terus mula menjamah makanan.Berharap supaya ini bukan kali terakhir perjumpaan kami.


                            ******

"El"Laung seseorang seterusnya membantutkan perjalanan aku dan Eriqa ke kelas.


"Ya,ada apa?"Soalku pada Ammar rakan sekuliahku.Kotak yang dibalutkan dengan pembalut hadiah disuakan kepadaku.Aku terus mengambilnya tanpa sebarang kata.


"Ada orang pesan suruh bagi".Baru saja dia hendak berlalu Eriqa terlebih dahulu menarik begnya.


"Siapa yang suruh kau bagi?"Soal Eriqa.


"Orang tu suruh rahsiakan".Belum sempat kami berkata apa-apa Ammar terlebih dahulu memecut meninggalkan kami.


Sepucuk surat yang diselitkan pada pembalut tersebut kubaca.


Assalamualaikum and Hi El.This present is supposed to be yours since yesterday.But,I don't know the right time for me to give you this.A lot of suspended part make both of us too awkwarded yesterday.So,I'm decide to give you today.

El jangan risau,anggap saja hadiah ini sebagai tanda terima kasih sebab jadikan abang sebagai 'abang angkat' El.


"El kau ok tak?"Soal Eriqa tatkala aku hanya diam.


"Saya ok.Jom pergi kelas nanti lambat".Ajakku dan Eriqa seakan mengerti keadaanku sekarang.Dia juga tahu tentang apa yang telah terjadi semalam.


"El,aku dengar ada pelajar baru nak masuk"Kata Eriqa memulakan perbualan seusai mengambil tempat disebelahku.


"Ouh.Aku nak mesej abang aku sekejap".Ujarku lalu mengeluarkan telefon pintarku.Berkenaan pelajar baru tersebut ku biarkan saja.Tidak penting pun.



Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen