Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,616
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

"Eiman,awak tak rasa ka kita dah lama tak keluar sama-sama?"soal Eriqa pada Eiman.


"Sekarang ni bukan kita sama-sama ka?"soal Eiman balik.


"Maksud saya keluar makan sama-sama.Macam yang kita selalu buat sebelum ni,"jawab Eriqa sebelum meneruskan perjalanan ke cafeteria.


"Bukan sekarang ni kita nak pergi makan ka?"soal Eiman lagi sambil membalas pesanan seseorang.


"Eiman awak ni kenapa?"soal Eriqa sambil memerhati teman lelakinya itu.


"Apa?Saya tak buat apa-apa pun,"jawab Eiman pelik.


"Dah la.Penat saya cakap dengan awak ni,"kata Eriqa lalu pergi meninggalkan Eiman di belakang.


Eiman ikut langkah Eriqa tanpa sebarang kata.Meja di penjuru dipilih lalu mengambil makanan masing-masing.


Keadaan di meja sunyi sebelum Eriqa memulakan bicara.Memecahkab kesunyian.


"Awak mesej siapa tadi?"soal Eriqa seraya menyuapkan mi goreng ke dalam mulutnya.


"Tak ada siap pun,"jawab Eiman lalu menyisip sedikit air milo panasnya.


"Eiman awak tahu tak awak tak pandai menipu?"soal Eriqa sedikit geram dengan perangai Eiman.


Eiman memandang sekeliling sebelum memandang Eriqa dihadapannya itu.


"Awak ni kenapa Eriqa,"soal Eiman masih mengawasi nada suaranya.


"Saya kenapa ka awak yang kenapa!"ujar Eriqa lalu mengetuk meja makan mereka.Rata-rata mata mula melihat ke arah mereka berdua.


Eiman terus lalu menarik tangan Elliana keluar dari kawasan cafeteria itu.Taman botani mereka tuju bersama memandangkan di situ tidak ramai orang di sana.


"Eiman lepaslah!"kata Eriqa lalu menarik semula tangannya.Pergelangan tangannya dipegang perlahan.


"Awak tak nampak ka semua orang pandang kita tadi,"ujar Eiman geram.


"Sebatu ka awak tarik tangan saya?Atau awak saja nak lari daripada jawab soalan saya tadi?"soal Eriqa berturut-turut.Belum sempat Eiman menjawab,Eriqa terus merentap telefon bimbit Eiman yang dipegangnya.


"Eriqa!"laung Eiman.Sakitnya perasaan Eriqa ketika itu tatkala sebuah ayat terpampang di skrin telefon Eiman.


SAYA HARAP KITA AKAN BERSAMA HINGGA NAFAS TERKAHIR SAYA❤️


Lagi sakit hatinya apabila mesej itu dihantar oleh sahabat baiknya sendiri,Lara Elliana.


Saat ini tiada apa yang dapat digambarkan betapa sakit hatinya.


"Eriqa dengar dulu apa saya nak cakap,"kata Eiman sambil memandang wajah Eriqa.


"Apa salah saya dekat awak Eiman.Saya sentiasa cuba jadi yang terbaik untuk awak.Macam ni ka awak balas jasa saya,"ujar Eriqa teresak-esak.


"Eriqa dengar dulu apa saya nak cakap,"kata Eiman masih lagi berusaha perbetulkan masalah.


"Kalau betul pun awak nak curang,perlu ka dengan kawan baik saya sendiri,"ujar Eriqa lagi.Air mata yang mengalir dibiarkan tanpa diseka.


Perasaan kecewanya kini sukar diungkapkan dengan kata.Biar saja air matanya ungkapkan betapa sakit hatinya kini.


"Eriqa awak dah salah faham ni,"kata Eiman lembut.


"Salah faham apa lagi.Patutla awak beria nak tolong El.Beria bagitahu El yang Imran dah tak ada.Kenapa?Awak nak gantikan tempat Imran dalam hati El ka?Awak sedar tak Imran tu sepupu awak,Eiman!"jerit Eriqa kuat.Tidak kiralah apa orang nak cakap tentang mereka sekarang ni!Hatinya benar-benar sakit sekarang!


"Padam sajalah angan-angan awak nak masuk meminang saya.Saya takkan terima,"ujar Eriqa lalu terus meninggalkan Eiman.


"Eriqa!Eriqa!dengar dulu apa saya nak cakap ni,"kata Eiman lalu menghalang laluan perjalanan Eriqa.


"Saya sayang awak sepenuh hati saya Eriqa.Takkan sebab salah faham ni kita nak batalkan pertunangan tu.Eriqa tolong jangan buat keputusan terburu-buru,"pujuk Eiman lembut.


"Macam mana awak boleh ungkapkan kata sayang tu pada saya walaupun awak tak pernah maksdukan pun perkataan tu,"ujar Eriqa teresak-esak lalu meneruskan perjalanannya.


"It hurts me Eiman.It's hurt,"ujar Eriqa lagi.


                                       *****


Kereta Audi milik Eiman diparkir bersebelahan kereta BMW milik bapanya.Langkah diatur perlahan masuk ke dalam rumah.


"Eiman dah balik.Eiman cuba tengok gambar pelamin ni,cantikkan"ujar Datin Maria kepada anak lelakinya itu.Usai Eiman meberitahu Dato' Rizal serta Datin Maria tentang ingin menghalalkan Eriqa,mereka terus pulang dari Barcelona lalu menuju ke Malaysia.


Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila satu-satunya anak mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada usia muda.Tambah pula,ia merupakan majlis pertama dan terakhir bagi mereka.


"Mama,"panggil Eiman lembut.


"Warna dia malap sangat ka?Tak apa mama cari yang lain.Pelamin ni mesti kena terang barulah boleh nampak seri bakal pengantin.Walaupun baru tunang,rasa teruna nak kahwin tu mesti kena ada,"kata Datin Maria lagi.


"Teruja betul mama kamu ni Eiman.Padahal baru nak pergi merisik,"kata Dato' Rizal.


Mata Eiman mula berkaca sebelum meneruskan perbualan.


"Mama dengan papa dah boleh berhenti buat ni semua,"ujar Eiman lalu terus meninggalkan ibu bapanya.


"Tapi kenapa?Eiman!Eiman!"panggil Datin Maria.Langsung tidak diperdulikan oleh Eiman.


"Kenapa dengan dia tu,bang?"soal datin Maria kepada suaminya.


"Biarlah dia dulu.Bila dia dah bersedia dia sendiri yang akan cerita pada kita.Awak jangan nak kacau dia,biarkan dia dulu,"jawab Dato' Rizal.Datin Maria hanya ikut saja arahan suaminya itu.


Pintu bilik ditutup rapat.Gambar Eriqa yang dijadikan wallpaper telefon dipandangnya.Terus saja air matanya jatuh tatkala teringat kejadian tadi.


"Saya sayang awak Eriqa.Saya tak pernah terfikir untuk curang dengan awak,"kata Eiman lalu menyembamkan muka pada lututnya.Air matanya terus mengalir tanpa henti.


                                        ******

Pandanganku halakan ke arah laut didepanku.Memori bersama Imran terus saja menjelma dalam fikiranku.


"Kenapa awak bawa saya datang sini?Assignment saya banyak lagi tak siap,"soalku pada Imran.


"Awak cakap stress kan sebab kerja banyak?Jadi,saya bawalah awak datang sini,"jawab Imran lalu mengukirkan senyuman dihadapanku.


"Jom ikut saya,"ujar Imran lagi.Tanpa sebarang kata,aku hanya mengikutinya dari belakang.


"Ok,dah sampai.Duduk sini,"kata Imran lalu membuka sandalnya.Aku turut melakukan perkara yang sama lalu duduk di atas kasut masing-masing.


"Awak tahu,kalau saya stress saya selalu datang sini.Kalau tak ramai orang,saya akan baring atas pasir ni dan hadapkan pandangan ke arah langit,"ujar Imran bagi memecahkan kesunyian.Aku teruskan mendengar ceritanya.


"Setiap kali saya pandang langit,saya mesti teringat arwah mama.Sampai sekarang saya masih rasa bersalah.Kalau la saya tahu mama ada kanser,saya takkan bazirkan masa saya dengan kawan-kawan,dengan benda tak ada faedah.Saya akan sentiasa ada dengan mama walaupun mama cuma ada beberapa hari ja lagi untuk hidup.Saya selalu salahkan diri saya.Setiap kali saya tengok muka mak tiri saya,saya mesti akan ingat arwah mama,"kata Imran lagi sambil menahan tangisannya daripada terhembur.


"Sebabtu saya selalu marah mak tiri saya.Walaupun dia tak buat apa-apa pada saya.Saya tahu dia selalu cuba jadi ibu tiri yang terbaik.Saya akui,dia memang baik.Saya selalu cuba nak kawal marah saya,tapi tak boleh.Bila papa marah saya,dia mesti pujuk saya.Sama macam arwah mama.Bila saya jatuh,dia bantu saya bangun.Sama macam arwah mama.Bila saya senang,dia gembira.Sama macam arwah mama," topi yang dipakainya tadi kini diletakkan di muka.Mungkin tidak mahu aku melihatnya menangis.


"Saya takut kalau saya rapat dengan ibu tiri saya,saya akan mula lupakan mama.Memang adat,yang pergi hanya akan diingati sehingga penggantinya muncul lenyapkan segalanya.Kalau saya dah tak ada nanti,awak akan lupakan saya juga ka?"soalnya sambil memandang wajahku.


"Awak takkan pergi mana-mana.Dan saya pun tak akan pergi mana-mana.Kita akan harungi semuanya bersama-sama.Ok?"jawabku seraya mengukirkan senyuman.Imran hanya senyum lalu memandang ke arah laut dihadapan kami.


"Laut ni jadi saksi janji kita,"ujar Imran lagi.


"Saya belum bersedia nak kehilangan awak,Imran"kataku lalu menyembakan muka pada kakiku.


"Cik tak apa-apa ka?"soal seseorang padaku.Kepala ku dongak menghadap si pemanggil.


"Lara,"panggil Rmir sedikit terkejut melihat diriku.


"Abang buat apa dekat sini?Tak pa,tak perlu jawab.Cara El tanya macam El seorang saja yang boleh ada dekat sini,maaf"ujarku sedikit malu.


"Abang makan dekat gerai tu tadi.Lepastu ada orang minta abang tengokkan perempuan kat hujung ni.Abang pun tolongla.Tak sangka pula,Lara yang duduk dekat sini,"jawab Emir lalu mengambil tempat disebelah kananku.


"Siapa yang minta abang tengok Lia?"soalku padanya.


"Abang pun tak kenal siapa dia.Mungkin dia pelik dan risau tengok Lara dekat sini.Duduk seorang diri dekat bawah terik matahari ni.Unik juga la Lara boleh duduk sini dengan tenang,"jawab Emir lalu tertawa kecil dihujung ayatnya.


"Lara ok ka abang panggil guna nama 'Lara' bukan 'El'?"soal Emir takut gadis dihadapannya ini tidak selesa.


"Ok ja.Lara ka,El ka...lia ka.Semua tu nama El juga,"jawabku sambil memandang ke arah laut didepanku.


"Mesti panggilan 'Lia' tu dari seseorang yang istimewa buat Lara kan?Lara nampak macam teragak-agak nak cakap tadi,"ujarnya lalu memandang wajahku.


'Abang Luqman panggil El,Lia'bisik hati kecilku.


"Tak adalah.Kalau Lia panggilan istimewa kalau Lara apa pula?"soalku padanya.


"Pengakhirannya mesti duka lara.Eh tak la,abang gurau ja,"kata Emir lalu menundukkan kepalanya.Malu mungkin.


"Lara ada masalah ka?Lara boleh kongsi abang,"ujar Emir lagi.


"Kalau abang rindu seseorang,apa yang abang buat?"soalku padanya.Pandangan kini kualihkan padanya.


"Abang akan pergi tempat yang kami bina memori bersama.Dengan cara tu,abang dapat rasa yang dia dekat dengan abang.Walaupun tu cuma sekejap,tapi cukup untuk kurangkan rasa rindu pada dia,"jawab Emir lembut.


"Lara,ingat pesan abang.You are BRAVER than you beleived,you are STRONGER than you seem.You deserve to feel anything that you want,"pesan Emir lagi sebelum mula berdiri.


"Abang kena pergi dulu.Jaga diri,"katanya sebelum meninggalkanku dengan sebuah senyuman.


Dan saat ini,ku berfikir sejenak.


"How could I became stronger when I don't have anyone that I need?"


                                       *****

Jam tangan dipandang sekilas menunjukkan jam 4:30 petang.Mesyuarat yang dihadirinya tadi tamat lebih awal daripada sangkaannya.Emir terus saja bergerak ke pantai yang sering dikunjunginya.


"Mak cik,laici kang satu"pesannya lalu mengambil tempat duduk.


'Lara dah balik rumah ka?'bisik hati kecilnya.


Laici kang yang dipesannya diletakkan di atas meja.


"Mak cik,perempuan yang dekat hujung pantai tadi tu dah balik ka?"soal Emir pada mak cik tersebut.


"Lepas saja kamu pergi dia terus balik.Siapa dia?Kekasih Emir ka?"soal mak cik tersebut.


"Eh,bukanlah.Kawan ja,"jawab Emir sambil tersenyum.


"Ingatian kekasih tadi.Mak cik pergi buat kerja dulu,"kata mak cik tersebut lalu meninggalkan Emir.


"Dugaan muka kacak.Bila single dikatakan ada kekasih,bila taken dikatakan ada scandal,"ujarnya sendiri sambil membuat gaya V-line.


BAM!!


"Oh mak kau terpelanting!"latah Emir terkejut.Pandangan dialihkan ke belakang.


"Bang ok ka?"soal Emir pada lelaki tersebut.


"Maaf,saya tak sengaja,"ujar lelaki tersebut lalu menundukkan sedikit kepalanya.Saat kepala lelaki tersebut diangkat,riak wajah Emir terus berubah.


"Eiman Lufias!"panggil Emir seraya tersenyum.


"Emir Haqim!"ujar Eiman jua.


"My little brother already be a big brother,brotherhood"kata Emir teruja melihat junior di universitinya dulu.


"Wah,abang punya english makin rancak,"ujar Eiman gembira.


"Tengok kaki la.Eh kau buat apa dekat sini?"soal Emir pada Eiman.Eiman hanya tersenyum kelat dengan persoalan yang dilontarkan itu.


"Kau buat masalah apa?"soal Emir lagi.


"Saya cuma ada salah faham sikit dengan kekasih saya,"jawab Eiman lalu menundukkan kepalanya.Rasa bersalah mula timbul dalam hatinya.


"Kekasih?Siapa?Kenapa aku tak tahu pun,"soal Emir bertalu-talu.


"Nama dia Eriqa Syazani,"jawab Eiman lalu menyisip air kopi yang dibelinya tadi.


"Kawan baik Lara kan?"teka Emir.


"Amboi Lara.Ya,dia la,"ujar Eiman sambil mengangkat kening kirinya.Hanya jelingan dibalas oleh Emir.


"Macam mana boleh gaduh?"soal Emir pelik.


"Cerita dia macam ni..."kata Eiman selepas menarik nafas.


"Berdasarkan cerita kau,aku yakin dan percaya ini semua salah kau...dan Eriqa,"ujar Emir sambil menatap wajah Eiman.


"Kenapa pula salah Eiman?"soal Eiman tidak puas hati.


"Kenapa kau tak bagitahu dia benda betul waktu,"jawab Emir.


"Dia tak bagi saya peluang nak cakap apa pun,"kata Eiman lagi.


"Eiman,perempuan bila bercinta memang nampak macam budak-budak.Dia lebih percaya dengan apa yang dia nampak,berbanding dengan apa yang dia dengar.Tapi,percayalah lepas saja kau cerita benda betul,dia akan dengar dan terima sepenuh hati.Kau tahu kenapa?"ujar Emir seraya bertanyakan soalan pada Eiman.Hanya gelengan dibalas olehnya.


"Love.It's all about love.When you love each other,it means you can complete each other.Bila dia tak percaya,kau percayakan dia.Dia marah,kau tenangkan dia.Kau susah,dia tolong.Kau sedih,dia bahagiakan kau.That's what love means,"kata Eiman panjang lebar.


"Mama papa kau dah sediakan macam-macam untuk merisik Eriqa.Takkan sebab salah faham ni,kau nak musnahkan cinta korang berdua,"ujar Eiman lagi.Tanpa sebarang kata,Emir terus menutup muka dengan jarinya.


"Sejak bila abang pandai bagi nasihat dekat orang ni?"soal Eiman dengan mukanya yang masih ditutup.


"Pengalaman mengajar erti hidup sebenar,"ujar Emir ringkas.


"Kalau betul abang sayangkan El,kenpa tak untuk dapatkan dia?"soal Eiman pelik.


"Kau tahu,bahagian terbesar dari mencintai adalah melepaskan dan melihat dia bahagia dengan yang dia harapkan.Bahagian tersakiti dari mencintai adalah menerima kenyataan bahawa adanya aku tak sedikitpun bermakna dalam hati dia.Kenapa aku perlu paksa dia cintai aku,walaupun aku tau hati dia bukan milik aku,"jawab Emir lalu tersenyum kecil.


"Tapi,tak apalah,"ujar Eiman separuh ayat.


"Kau nak tanya kenapa aku depression bagai?Bila kita lepaskan orang yang kita sayang,mesti rasa sakit kan?Aku cuma sedih sekejap saja.Orang lain yang melebih.Jangan risau,aku ok saja sekarang.Bahagia kerja dengan syarikat ayah aku,"kata Emir seraya tersenyim untuk meyakinkan Eiman.


"Saya sayang Eriqa lagi,bang.Saya tak nak dia bahagia dengan orang lain,"ujar Eiman perlahan.


"Betul kau sayang dia?Kau kan tetap bahagiakan dia walaupun korang dah ada anak?Kalau dia minta kau basuh baju,kau sanggup?Kalau dia minta kau sapu rumah,kau sanggup?"soal Emir bertalu-talu.


"Sanggup!"jawab Eiman pada Emir.


"Tak dengar.Sanggup ka tak?"soal Emir lagi.


"Sanggup!"laung Eiman kuat.


"Tapi,apa saya nak buat sekarang?"soal Eiman lagi.Nafas ditarik sebelum soalan Eiman dijawab.


"Pergilah minta maaf!Kau ingat kau boleh jadi suami dia ka kalau kau tak pergi minta maaf sekarang,"jawab Emir sedikit geram.


"Terima kasih abang.Saya sayang abang!"laung Eiman kuat sebelum pergi menuju ke kereta miliknya.


"Tulah kau.Orang nak bercinta,kau nak bercinta.Orang nak kahwin,kau pun nak kahwin.Siapa nak hidup single kat bumi ni kalau semua nak kahwin,"ujar Emir bersendirian.


"Dia suka sama jantina ka?"soal seorang mak cik kepada anaknya.


"Tak tak.Saya suka perempuan makcik,"jawab Emir kepada mereka yang berada di sebelah mejanya.Hanya anggukan dibalas mak cik tersebut.


'EIMAN LUFIAS!'jerit Emir dalam hatinya.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen