Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,540
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14
"Kenapa kau nampak cuak ni El?"Soal Eriqa padaku.


"Taklah mana ada.Saya ok saja."Jawabku sambil memandang telefon pintar ditangan.


"Kau fikir apa ni?Cuba kongsi dengan aku."Pujuk Eriqa sambil memandangku.


"Imran,dia nak bawa saya jumpa keluargadia."Jawabku perlahan.Telefon yang dipegang tadi ku letak di sebelah.


"Baguslah tu.Sekurang-kurangnya kau tahu yang dia betul-betul sayangkan kau.Kau ni risau apa sebenarnya?"Soal Eriqa kurang pasti dengan jawapanku tadi.


"Bukan risau.Tapi lebih kepada...kecewa."Jawabku apabila dikerah.


"Kenapa cakap macam ni pula?Kau ada sorok apa-apa ka daripada aku?"Soal Eriqa pula.


"Tak"Dengan pantas Eriqa bergerak kehadapanku lalu memegang jari milikku.


"Kau tak ok.Bagitahu aku kenapa.Kita dah janji kan takkan ada rahsia antara.kita."Desaknya lagi dalam nada mendayu.


"Bukan saya tak nak bagitahu.Tapi memang tak boleh!"Jawabku dengan nada suara yang agak tinggi.Eriqa kelihatan agak terkejut kerana inilah kali pertama suaraku ditinggikan kepadanya.


"Kau dah lain.Kau bukan Lara Elliana yang aku kenal sebelum ni."Ujar Eriqa secara tiba-tiba.Tanganku yang digenggam tadi dilepaskan.


"Tak bukan macam tu maksud saya.Awak jangan salah faham.Saya tak berniat nak timggikan suara dekat awak."Kataku bersalah.Jujur memang tiada niat mahu menggunakan nada yang tinggi.Ia diluar kawalan.


"Kau mesti jadi macam ni sebab rasa menyampah dengan aku kan.Tak apa aku dah biasa kena macam ni.Kau dah tak perlu ambil tahu tentang aku,dan aku takkan ambil tahu tentang kau lagi."Belum sempat aku mebalas apa-apa,Eriqa terlebih dahulu tinggalkan aku.Entah kenapa kaki ini serasa berat mahu mengejarnya.


Pesanan ringkas yang baru dapat aku baca.


From:Imran Eiden<3

Lagi 10 minit saya sampai,awak dah boleh siap sekarang.See you soon my future wife:)


Tiada balasan yang aku berikan.Pelbagai perkara mula bermain difikiranku.


Betulka apa aku buat ni?

Boleh ka aku terima kenyataan tu?


Tanganku letakkan didada.


"El,kau buat benda ni semua sebab kau betul-betul sayangkan Imran.Ini cuma ujian permulaan dalam hubungan kau."Pesanku lalu bergegas menuju ke bilik air.


                                   *****

"Kau tak boleh terus cakap macam tu,kau tak ada dekat tempat dia."Ujar Eiman lembut kepada Eriqa.


"Kenapa kau back-up dia pula.Semua orang kisahkan perasaan dia.Aku?Ada dekat sebelah pun orang tak layan.Aku luah dekat kau sebab aku rasa kau boleh sokong aku!"Luah Eriqa geram.


"Eriqa Syazani,berdasarkan cerita yang kau sampaikan dekat aku tu,aku 100% yakin yang dia tak sengaja cakap macam tu.Kau pun tahu dia macam mana kan?Mana pernah marah-marah."Kata Eiman sambil memandang Eriqa.


"Kalau kau nak tahu,kau tak terasa pun dengan dia,kau cuma takut kehilangan dia macam yang kawan baik kau pernah buat dulu.Kau dengar apa aku nak cakap ni.Masa silam kita tak semestinya sama dengan masa depan kita.Kau boleh berhati-hati dengan kisah masa silam kau,tapi jangan terlalu berharap benda tu jadi pada masa depan'"Pesan Eiman lagi.


"Aa..aku tak tahu kenapa jadi macam ni."Kata Eriqa dengan takungan air di mata.


"Dah la jangan nangis,sekejap lagi aku bawa kau jumpa Elliana ok?Dah tak nak nangis."Pujuk Eiman lalu memberikan milo ais yang dibelinya tadi kepada Eriqa.


                                  *****

"El,awak ok tak ni?Kenapa dari tadi senyap ja.Sakit ka?"Soal Imran bertalu-talu.


"Saya ok saja.Cuma penat sikit."Jawabku lalu mengukir senyuman.


"Tidur la dulu nanti dah sampai saya kejut awak."Katanya sambil tekun memandu.


"Tak apalah.Saya nak menikmati pemandangan sekejap."Ujarku seraya mengalihkan pandangan ke arah cermin kereta.


"Awak jangan risau.Walau apapun jadi,you'll always be mine.Forever."Katanya lalu mengukirkan senyuman.Tanpa aku sedari,air mata mula bertakung.


 'Tolonglah Elliana,berjuang demi perasaan sayang kau.'


Hampir 1 jam perjalanan akhirnya kereta audi milik Imran berhenti dihadapan sebuah rumah banglo.


"Are you ready barbie?"Soalnya sambil memandangku.


"Yes,I am.Sekejap,kenapa awak panggil saya barbie?"Soalku hairan.Cermin mata aku betulkan.


"Barbie cantik,awak pun cantik."Jawab Imran lalu mengangkat sebelah keningnya.


"Tapi saya cantik lagi."Kataku bangga.


"Itu pasti la.Dah jom masuk,jangan takut-takut ok."Pesan Imran lalu mengenyit sebelah matanya.


Senyumanku ukir seusai keluar daripada kereta milik Imran.Sedaya upaya aku memohon ketenangan.


"Cantiknya bakal menantu ibu ni."Sapa seorang wanita lingkungan 40-an.


"Tak adalah,biasa-biasa saja."Jawabku tersipu malu.


"Tadi beria cakap dia lagi cantik dari barbie."Potong Imran lalu tersenyum mengusik kepadaku.Serta-merta aku rasakan perasaan malu makin menebal.


"Dah dah jom masuk.Kesian Elliana malu kena usik dengan Eiden."Pujuk ibu tiri Imran.


"Mak cik tahu nama saya?"Soalku seusai mengambil tempat diatas sofa bersebelahan ibu Imran.


"Imran dah cerita semuanya tentang Elliana."Jawab ibu Imran lalu mengukir senyuman padaku.Imran betul-betul buat aku malu sekarang!


"Segan pula saya.Mak cik tahu nama saya,tapi saya pula tak tahu nama mak cik."Kataku sanbil memandang wajah ibu Imran.Pandanganku jatuh pula pada bapa Imran yang berada bersebelahan Imran.Pandangan kami berpaut tapi tidak lama.


Pandangan tersebut seolah berada dalam perasaan...kesal.


"Nama mak cik Sakinah tapi panggil mak cik ibu.Berlatih daripada sekarang nanti lepas kahwin tak adalah kekok."Pesan ibu Imran yang setia memegang jariku.


"Banyak pula kita sembang,jom la makan dulu."Ajak ibu Imran seraya menarik lembut tanganku.Dan saat ini aku mula rasa nikmatnya kasih sayang seorang ibu.


Sedang enak kami menjamu selera,ibu Imran mulakan bicara.


"Bila nak adakan majlis?"Soal ibu Imran kepada kami berdua.


"Kami rancang lagi dua bulan."Jawab Imran bagi pihakku.


"Kenapa awal sangat?"Soal ayah Imran,Encik Azman.


"Tempoh 2 bulan tu lama.Sempat saja kalau nak bincang apa-apa."Jawab Imran seraya menyuap nasi ke dalam mulutnya.


"Imran yakin Elliana boleh jadi isteri Imran?Imran dah selidik latar belakang keluarga dia?Macam mana dia bergelar anak yatim piatu dalam masa singkat?"Soal papa Imran bertubi-tubi.


"Macam mana papa tahu Elliana anak yatim piatu?Imran tak pernah buka cerita pun tentang tu."Soal Imran hairan.Ibu Imran turut berasa hairan dengan soalan yang diutarakan suaminya itu.


"I am asking you pa,macam mana papa tahu?"Soal Imran dengan nada yang sedikit meninggi.Tiada lain yang aku pinta melainkan pergaduhan ini berakhir dengan cepat!


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen