1
SUdah
tiga malam berturut-turut aku mendirikan solat Istikharah. Kemudian lama pula
aku berdoa memohon -daripada ALLAH S.W.T agar diberikan petunjuk. Kalau tidak
di dalam -firasat mimpi atau gerak hati, aku mohon ditunjukkan dalam apa cara
sekalipun sama ada aku perlu mempertahankan hu-bungan cintaku dengan Alfredo
atau sebaliknya.
Sesungguhnya terlalu sukar bagiku untuk
meneka apa yang sebenarnya berlaku. Dalam situasi begini sudah tentu hatiku
tertanya-tanya, masih setiakah Alfredo dalam -berkasih? Apakah selama ini
ungkapan kata cinta yang selalu di-ucapkan lahir daripada hatinya yang tulus
suci? Atau -apakah dia juga seperti aku yang terperangkap dalam jerat cinta
yang diciptakan sendiri?
Aku kembali teringat perbualanku dengan
Nivel tentang Alfredo tiga hari yang lalu. Entah betul, entahkan tidak, aku pun
tidak pasti. Namun untuk tidak memanjangkan cerita, aku membuat andaian;
mungkin Alfredo -keluar -dengan pelanggannya. Aku cuba melunakkan hati
sebenarnya.
Ya ALLAH, selama ini aku pasrah dan
berdoa agar KAU memberikan aku yang terbaik, biarpun aku menerimanya dengan
tidak sesungguh hati. Aku telah cuba -membuka se-luas-luasnya pintu hatiku
untuk Alfredo. Mengharap agar suatu hari nanti aku akan benar-benar jatuh cinta
-kepadanya. Aku melakukannya demi emak dan abah, atas rasa -hormat bahawa
pilihan mereka sudah tentulah yang terbaik -untuk-ku. Lantaran itu apabila
Alfredo kata cinta, aku mengiakannya. Entah sungguh-sungguh atau tidak, aku
sendiri tidak pasti. Namun tidak pernah pula aku merasakan bahawa kehangatan
cinta-nya membakar jiwaku.
Kalau aku fikir-fikirkan memang agak
aneh percintaan kami. Keinginan dan harapan emak, abah, Auntie Azlina dan Uncle Fahmi sebenarnya yang telah mencipta keanehan
itu, sehingga aku terpaksa melakukan sesuatu yang di luar keinginanku.
Keterpaksaan beginilah yang membuatkan aku semakin merasakan ke-hambaran
bercinta. Bukan seperti kemanisan bercinta yang aku impikan selama ini. Rasa
cinta yang lahir dari hati yang tulus, tiada paksaan atau pura-pura.
Namun semua itu sekadar khayalanku
sahaja kerana aku sendiri bimbang untuk memilih jalan lain. Ini kerana aku tidak tahu apa yang se-dang
menanti di hadapan, sedang-kan di sini aku hanya perlu mengikut lorong yang
sudah tersedia, meskipun kebahagiaannya masih belum pasti.
Sejenak aku melihat jauh hingga ke dasar hati.
Cuba mengusir perasaan jahat dan hanya me-mikirkan yang baik-baik sahaja
tentang Alfredo. Namun hakikatnya, aku sedar kedinginan semakin mengintai
hubungan kami. Aku biarkan sahaja -kerana terlalu banyak perkara lain yang
menuntut perhatianku sehingga aku keburuan waktu. Pemergian Kak Aida kiranya
telah meninggal-kan kesan yang mendalam di jiwaku. Perasaanku kacau-bilau dan
tempias yang melanda sekali gus menggugat keinginanku untuk hidup berteman.
Walaupun tidak begitu mempercayai
kata-kata Nivel, te-tapi aku tetap cuba mengesan perubahan sikap Alfredo
akhir-akhir ini. Tengah hari tadi aku mengajaknya keluar makan bersama, tetapi
dia sudah ada temu janji dengan pelanggan.
Penolakan itu semerta mengingatkan aku kepada Nivel. Nivel yang mengakui itu
bukanlah kali pertama dia nampak Alfredo keluar dengan gadis yang sama. Ketika
dia meng-gambarkan orangnya, aku sekadar meneka, mungkin Alfredo keluar dengan
Juita, setiausahanya.
"Bos keluar makan dengansecretary... tu memang biasa. Tapi bagi I, kalau
bos jalan berpimpin tangan dengan -secretary, itu dah jadi luar biasa Ifti...
melainkan kalau -mereka memang ada apa-apa," jelas Nivel tenang.
Memang aku berasa terpukul dengan
khabar yang tidak terduga itu. Masakan Alfredo curang dan tidak sayang pada
hubungan kami yang telah lama terjalin ini. Tidak mungkin Alfredo tergamak
menghancurkan harapan orang tua kami. Celupar benar mulut Nivel, getusku dalam
hati.
"I tak ada niat nak buat you susah
hati... tapi I rasa you perlu lakukan sesuatu," tegas Nivel memberi
penekanan pada perkataan 'sesuatu' yang cukup aku fahami maksudnya.
Di dalam hatiku, geloranya hanya ALLAH
sahaja yang tahu. Atas desakan hati,
akhirnya aku bertanya juga kepada Alfredo. Tetapi Alfredo selamba sahaja. Malah
de-ngan tenang dia menjawab. “I faham you rasa tertekan sejak pemergian Kak
Aida. I tak suka memaksa, malah I sedia menunggu hingga you benar-benar
bersedia. Kalau dah jodoh kita, -takkan ke mana Ifti!”
Itulah
kata-kata Alfredo. Jadi bagai-mana?