5
AKU mencoret
sebaris ayat di atas kertas kosong di hadapanku. Sambil termenung menongkat
dagu, aku ulang menyebutnya berkali-kali di dalam hati. Cuba mentafsir, mencari
makna daripada sebaris ayat itu mengikut situasi yang aku alami kini. |
‘Hidup tidak selalu indah, hati
tidak selalu gelisah’.
"Ifti!"
Suara itu
menghanyutkan lamunanku. Aku memandang Jesse Mark yang tercegat di hadapanku.
"Berangan ya!" usiknya sambil
tersenyum.
Aku tidak menghiraukan usikannya. Malas
hendak me-nafikan atau mengiakan. Dia tergelak.
"Bos cakap dia nak tengokdesign projek yang kita bincang semalam," sambung Jesse Mark.
"Sekarang?" soalku inginkan
kepastian.
Jesse Mark menegakkan tiga anak jari.
Aku -mengangguk tanda faham. Dia meninjau pelan reka bentuk hiasan da-laman
yang aku hamparkan di atas meja. Meminda lagi mana-mana yang dirasakannya
perlu.
Aku memberi perhatian kepada tambahan
lakaran yang dibuatnya. Sesekali aku memandangnya. Teringat ketika dia mula
masuk bekerja dahulu. Ramai yang menyangka dia orang Melayu. Rupa-rupanya dia
anak kacukan. Ayahnya berketurunan India dan ibunya berasal dari New Zealand.
Jadi mukanya hendak kata macam orang India, tidak dan hendak kata macam orang
putih juga tidak. Sekali pandang, dia memang nampak macam orang Melayu.
Hubungan cinta-nya dengan Dhivia, bukanlah rahsia lagi. Sebuah potret mereka
yang terletak di atas mejanya jelas tertulis gandingan nama mereka ber-dua, JC & Via.
Aku tiba-tiba terkenang pula kepada
seseorang. Memikir-kan apakah mungkin akan ada pertemuan lagi dengannya.
Fikiranku menerawang. Aku tersenyum sendiri.
"Okey, I rasa dah cukup perfect!"
Terlepas pensel di tanganku. Jesse Mark
tercengang-ce-ngang memandangku.
"Memang sah you tengah berangan
ni!" ujarnya.
Aku tersipu malu. "Oh ya, Via
mana?" Aku cuba meng-alih tumpuannya. Sedikit menggelabah.
Sekali lagi Jesse Mark mentertawakan
aku. "Kalau you tak berkhayal, you tentu nampak Via... dia baru aje lalu
kat sini tadi."
Aku mengutip kembali serpihan khayalan
aku tadi. 'Dia' masih lagi menabiri ruang mataku.
"You macam orang yang sedang
dilamun cinta." Jesse Mark memberi komen. Aku tersenyum dan mengangguk. Di
wajah Jesse Mark terlukis seribu tanda tanya. PETANG
itu aku sendirian ke Mid Valley. Tujuanku untuk mencari novel-novel baru di
kedai buku MPH. Sebenarnya, sudah lama aku ingin ke sana tetapi tertangguh
sejak aku putus kasih dengan Alfredo.
"Puan Ifti!"
Aku berpaling mencari suara itu. Untuk
seketika kami saling berpandangan. Aku tidak menyangka akan bertemu Nazmi di
situ bersama seorang gadis. Entah mengapa, harapanku seperti berkecai tetapi aku
sembunyikan di se-balik senyuman yang dibuat-buat.
"Saya Nazmi," ujarnya
seakan-akan cuba mengingatkan aku. Sangkanya tentulah aku sudah terlupa,
sedangkan aku sebenarnya sengaja berpura-pura, yang aku tidak ingat namanya.
Kali ini barulah aku memberi reaksi bahawa kami saling mengenali.
Aku nampak gadis di sebelahnya sudah
semacam -sahaja gelisahnya. Tentulah hatinya tertanya-tanya siapa yang sedang
berbual dengan Nazmi. Mungkin di pandangan -mata--nya kami nampaknya begitu
mesra.
"Ifti..." Aku menghulurkan
tangan dan memperkenalkan diriku sendiri apabila Nazmi tidak menampakkan
tanda-tanda untuk memperkenalkan gadis itu kepadaku.
Anna Haryati. Cantik namanya, semanis
orangnya. Sama padanlah apabila digandingkan dengan Nazmi.
"Anak-anak mana?"
Aku terpinga-pinga seketika. Kemudian
tersenyum apabila teringat kepada Adura, Aiman dan Elida. Sudah pastilah mereka
yang Nazmi maksudkan. Tiba-tiba hatiku seakan pasti bahawa pertanyaan itu
sebenarnya sekadar hendak me-legakan hati gadis di sisinya.
"Budak-budak kat rumah... I dari
tempat kerja, I terus ke sini." Ramah benar pula aku memberitahunya.
Anna Haryati tersenyum lega. Kemudian
dia berjalan ke hadapan sambil membelek buku-buku di atas rak. Seolah-olah dia
ingin memberi ruang kepada kami untuk terus berbual-bual.
"Err... err... you dari
mana?" soalku tersekat-sekat.
"Oh, I dari tempat kerja! Err...
saja jalan-jalan," balasnya.
Aku tersenyum nipis. Terasa keanehan
berbaur lucu ke-rana kami seolah-olah sedang berkongsi perasaan yang sama,
gementar dan menggelabah.
"Selalu ke you datang sini?"
soalku sambil mengerling sekilas ke wajahnya.
"Ah, selalu jugak... beli
barang."
Walaupun faham maksudnya, tetapi aku
sengaja memanjangkan bualan. "Beli barang?" soalku tersenyum nakal.
Terpinga-pinga Nazmi membalas
pandanganku. Aku mengambil kesempatan itu menatap wajahnya buat meng-hilangkan
rasa rindu.
"Maksud I... beli buku dan
majalah." Nazmi bersuara lambat-lambat. Kemudian dia ketawa. Spontan aku
sedar, aku tidak boleh menaruh sebarang harapan terhadapnya
Namun desakan hatiku begitu menekan.
Terasa ringan mulutku untuk bertanya tentang gerangan gadis tadi.Your wife ke?
Mujurlah pertanyaan itu hanya di dalam hatiku sahaja. Kalau isteri, sudah
tentulah Anna Haryati akan menyebutnya ketika kami bersalaman tadi.
Akhirnya aku meminta diri untuk pergi.
Aku pasrah pada takdir bahawa aku dan dia tidak ditakdirkan untuk bercinta!