2
KEPULANGANKU dari pejabat disambut riang oleh Adura dan Aiman yang
segera menghadiah-kan kucupan di kiri kanan -pipiku sambil menuntut janji.
Reaksi -mereka meyakin-kan aku bahawa memang sudah tidak ada ruang untuk
berkompromi lagi. |
"Mama cakap semalam, balik kerja kita
terus pergi!" Nada suara Aiman penuh protes.
"Mama penat," balasku sambil
menyandarkan tubuh di sofa. Aku sengaja mempamerkan wajah yang penuh lesu.
Sebenarnya aku lebih senang kalau
Izelea pergi bersama. Tidaklah nanti aku terkejar-kejar melayan kerenah mereka. Kalau pergi
bersama-sama Adura dengan Aiman sahaja, tidak ada masalah. Tetapi apabila Elida
ikut bersama, tentulah semakin susah hendak melayan ragam mereka bertiga.
"Nak pergi sekarang jugak!"
Aiman semakin mendesak.
Entah pe-rangai
siapa yang diwarisinya kerana tak ada to-leransi langsung! Kadangkala panas
juga hatiku dibuatnya.
"Ajak nenek
ikut sama ya?" Aku cuba memancing reaksi emak. Kalau emak mahu pergi
bersama, lebih mudahlah aku.
"Kalau susah-susah sangat, tak
payah bawak Elida." Emak mula mengusul sebagai menolak secara halus
pelawaanku.
Aku memandang Elida yang sedang
didukung oleh emak. Demi menatap matanya yang bening, aku tidak sampai hati
pula hendak meninggalkannya.
"Okey, kalau sesiapa nak pergi,
picit kepala mama dulu," pintaku
sambil memejamkan mata.
Serentak itu berdahulu Adura dan Aiman
melompat ke atas sofa. Geli hati pula apabila melihat tingkah mereka. Hanya
semata-mata kerana hendak pergi ke McDonald's, mereka sanggup mengikut segala
arahanku. Namun cepat sahaja sesi itu selesai.
Aku naik ke bilik untuk membersihkan
diri dan solat Asar. Untuk nampak ringkas, aku mengenakan sehelai blaus warna
putih yang dipadankan dengan sehelaimaxi
denimberwarna biru. Apabila
turun semula, Adura dan Aiman sudah menanti di dalam kereta. Elida pula sudah
terlena di atas dukungan emak. Kasihan pula kalau aku tinggalkan dia di rumah.
Akhirnya emak meletakkan Elida di atas tempat duduk khas untuknya.
"Janji jangan buat nakal... kalau
siapa nakal, lain kali mama tak mahu bawak pergi jalan-jalan lagi." Sekali
lagi aku memberi ingatan sebelum kami meninggalkan rumah. Adura dan Aiman
serentak mengangguk.
Aku
mengeluarkanstroller, dan mendudukkan Elida yang baru
terjaga sebaik sahaja kami sampai. Kami memilih -tempat duduk di hujung sekali
kerana sekiranya mereka -berbuat -bising, tidaklah terlalu mengganggu orang
lain.
Aku meletakkan makanan dan minuman yang
aku beli di atas meja. Kemudian aku mendudukkan Elida di atas kerusi khas untuk
kanak-kanak. Namun baru sahaja aku hendak menyuap makanan, Aiman mengadu hendak
ke bilik air. Aku harus menemankannya. Elida pula terpaksa aku tinggalkan
dengan Adura.
Belum selesai menguruskan Aiman di
tandas, aku terdengar suara Adura memanggilku. Dari jauh aku nampak Elida sudah
'bermandi' air Milo dan dia sedang menangis.
Aku berjalan pantas ke arah mereka.
Namun belum sempat aku mendapatkannya, Aiman pula sudah menjerit memanggilku.
Kelam-kabut betul aku dibuatnya. Aku hanya sempat memberi isyarat kepada Adura
agar melakukan se-suatu sebelum aku berpatah semula ke bilik air.
Agak lama juga aku menguruskan Aiman
yang cerewet apabila seluarnya basah sedikit. Lega juga rasa hati kerana ketika
itu aku tidak mendengar lagi tangisan Elida. Pastilah Adura sudah berjaya
memujuk dan meredakan tangisannya.
Apabila keluar, aku nampak seorang
petugas sedang me-ngelap meja. Elida pula sedang didukung oleh seseorang. Tentu
dialah yang memujuk Elida tadi, fikirku. Dengan pantas aku mengambil Elida
daripada dukungannya.t-shirt putihnya sedikit comot terkena kesan
tumpahan air Milo di baju Elida. Ketika itu sempat aku meminta maaf dan
me-ngucapkan terima kasih kepadanya. Aku segera membawa Elida ke bilik air
untuk mengesat badannya yang melekit.
"Mama, Aiman nak mainan macam
ni!"
Aku segera berpaling memandang Aiman.
Terasa geram juga kerana sebelum membuat pesanan tadi, dia beria-ia hendakkan
mainan jenis lain dan sekarang berebut pula de-ngan Adura. Kalau tidak
diturutkan, pasti dia tidak mahu balik selagi tidak dapat apa yang dihajati.
"Nanti lepas
ni mama beli!"
AGAK
lama aku di bilik air kerana menukar lampin pakai buang Elida sekali. Bajunya
yang kotor aku masukkan ke dalam beg plastik. Memang aku cuba me-lakukannya
secepat mungkin kerana aku yakin tentulah Aiman sudah bosan menanti.
Lambat-laun dia akan merebut mainan daripada Adura. Akhirnya, mereka akan
bergaduh.
Tepat seperti dugaanku. Adura jelas
sudah 'tewas' dalam perebutan itu. Air matanya membasahi pipi, sedangkan Aiman
ketawa riang menunjukkan mainan di tangannya.
"Kalau nangis, mama tak nak
beli!" Aku mengugut -sambil meletakkan Elida di atas kerusi.
Tangisan Adura serta-merta reda. Namun
belum sempat aku melangkah ke kaunter, satu set happy mealdiletakkan
di atas meja. Aku terpinga-pinga memandangnya.
"Uncle belanja," ujarnya
tersenyum memandang Adura.
Aku memandang wajah lelaki itu yang nampak -ikhlas. Kalau aku
hulurkan juga duit, nampak benarlah aku tidak faham bahasa. Akhirnya, aku
menerima pemberiannya se-bagai rezeki anak-anak.
"Cakap terima kasih pada Uncle...
err..." Aku meman-dang-nya. Memang aku tidak tahu namanya, tetapi itu
bukanlah penting sangat bagiku.
"Nazmi," jawabnya dengan
ramah. "Puan?"
"Ifti," balasku teragak-agak.
Seketika dia tercengang-cengang
memandangku. Mung-kin namaku agak aneh pada pende-ngarannya. Ah, biarlah!
Lelaki itu kembali ke tempat duduknya.
Bersebelahan meja sahaja rupa-rupanya. Macam manalah aku tidak -perasan
kehadirannya di situ. Mungkin dia baru duduk di situ ketika aku sibuk melayan
Aiman di bilik air. Mungkin juga dia rimas apabila Adura dan Aiman berebut
barang permainan, lantas dia membelinya pula. Orang yang tidak biasa dengan
anak-anak, manalah tahan dengan situasi begitu.
Sesekali aku mencuri pandang ke
arahnya. Rambutnya yang sedikit berombak disisir kemas ke belakang. Misai dan
janggutnya dijaga rapi. Kulitnya agak cerah, -kukunya bersih dan kemerahan.
Senyumannya, hmm... memikat. Ke-simpulan-nya, penampilan lelaki itu
me-nyerlahkan ketampanannya.T-shirt putih dan seluarjeans berwarna biru yang dipakainya
menjadikan pakaian kami seakan-akan sedondon. Hai, macam berjanji pulak, bisik
hatiku.
"Rasanya kita pernah jumpa sebelum
ni," kata lelaki itu membuatkan aku sedikit terkejut. Betapa tidak, sedari
tadi aku leka memandangnya.
Kuperah ingatan sambil memikirkan --kata--katanya.
Akhir-nya, aku teringat kembali kepada seorang lelaki -berkemeja lengan pendek
bercorak petak-petak kuning -lembut yang pernah aku temui suatu ketika dahulu.
Waktu itu kami sama-sama berebut untuk mengambil puding -karamel yang tinggal
cuma satu bekas di atas rak. Walaupun dia yang memegangnya terlebih dahulu,
namun akhirnya dia beralah.
“Emm... kita jumpa kat Jusco. Masa tu
kita sama-sama nak beli puding karamel. Ingat lagi tak?”
Aku mengingatkannya tentang peristiwa
itu. Nazmi tersenyum dan mengangguk-angguk. Tentulah dia masih ingat bagaimana
kelam-kabutnya aku pada waktu itu. Setelah mengucapkan terima kasih, aku tergesa-gesa
berlalu -kerana ketika itu aku memang kesuntukan waktu. Kemudian sekali lagi
secara tidak sengaja, kami bersua apabila dia bersama seorang gadis melintasi
meja tempat aku dan Alfredo sedang duduk berbual. Mungkin kejadian itu satu
kebetulan sahaja.
Seketika aku memandangnya kembali.
Senyumannya menyebabkan debaran yang tidak keruan di dadaku.
"Comel-comel
anak Puan Ifti..."
Sekali lagi aku bagaikan terkedu dan
berpaling memandangnya. Kami berbalas senyuman lagi. Kemudian aku meneguk minuman perlahan-lahan.
"Emm...
macam mamanya jugak." Perlahan sahaja suara-nya, tetapi tetap jelas di
pendengaranku. Hampir tersedak aku dibuatnya. Ya ALLAH, berani betul dia cakap macam tu!
Aku cuba bertenang sewaktu melayan
kerenah Aiman, Adura dan Elida. Tetapi perasaanku menjadi kalut apabila ada
sepasang mata yang asyik merenung ke arah kami. Masakan tidak, setiap- kali aku
mengangkat muka, mata kami pasti bertatapan. Kalau tadi aku yang mencuri-curi
memandang-nya, kini gilirannya pula. Entah apalah agaknya tafsiran lelaki itu
terhadapku; wanita beranak tiga ini!
Beberapa kali aku meminta supaya Adura
dan Aiman cepat-cepat menghabiskan makanan, tetapi lelaki itu mudah sahaja
memancing reaksi mereka. Begitu ramah pula dia menawarkan diri membantu
membetulkan mainan yang tertanggal. Kemudian dia bertanya Adura dan Aiman
tentang umur, sekolah dan entah apa-apa lagi.
Ah, macam-macam perangai manusia ni!
Aku memujuk hati agar tidak berprasangka yang bukan-bukan.