Home Novel Cinta JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
JANGAN GODA AKU (fka MR PERFECT)
Zura Rahman
23/3/2015 09:57:20
113,948
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 15

Hot tak hot… dia memang ‘hot’ sekarang. Hatinya sedikit membara. Kalaulah Encik Anuar tidak ditukarkan, jawatan pengurus itu pasti sudah disandangnya. Sekarang dia hanya ‘acting manager’ disebabkan jawatan tersebut sudah terlalu lama dibiarkan kosong dan dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengurus selama setahun.

Well, we are done here.”

“Oh, okey.” Lyn Jasmine benar-benar kehilangan kata-kata. Mood dia sudah terbang entah ke mana. Namun dia cuba sedaya upaya menyembunyikan rasa tidak puashati. Satu senyuman nipis dilemparkan kepada Shen. “I keluar dulu.”

Shen hanya mengangguk. Sungguh mahal senyumannya.

Baru beberapa langkah Lyn Jasmine menapak, suara di belakangnya berbunyi.

“Lyn Jasmine!”

Dia berpaling menghadap tuan empunya suara.

“I perasan kat sini terlalu ramai staf yang bernama Lin… Lyn…Leen. It’s rather confusing isn’t it? From now on, I will call you Jasmine,” ucap Shen bersahaja, tanpa sempat dia memberi persetujuan.

‘Wah. Sekarang dia tukar nama aku pula!’ Lyn Jasmine mengomel dalam hati. Sudahlah baru sekejap tadi dia beri syarat untuk kenaikan pangkat yang tertangguh, kini nama yang sudah sebati dengannya ditukar sesuka hati. Semua orang di pejabat itu memanggilnya dengan panggilan Lyn. 

“Tapi semua orang panggil I Lyn. I dah biasa. Lin yang seorang lagi tu ialah Azlin, Account Payables.”

And the other Lin? Kenapa semua orang nak dipanggil Lin? What is so special about that name?”

Mulut munggilnya ternganga sedikit. Terkejut dengan keputusan yang dibuat. Terkejut dengan kenyataan yang dibuat Shen. Tak ada sensitiviti langsung! Mengetahui dia tidak akan menang, dia memilih untuk senyap.

Apa yang perlu dikatakannya? Boleh, atau tidak boleh? Terasa pelik jika dia menukar namanya tiba-tiba. Lyn Jasmine membuka mulut untuk membantah tetapi apabila mengingatkan lelaki muda yang berada di hadapannya itu akan menentukan nasibnya kelak, dia mematikan hasratnya. Dalam terpaksa, dia bersetuju.

*****

“Kenapa you nampak tak bersemangat aje ni?” tanya Wafa sebaik sahaja dia nampak kelibat Lyn.

“Tak ada apa-apa.”

“Masakan tak ada apa-apa?”

“Betul. Tak ada apa-apa. I penat aje. Penat pergi berjalan masih berbaki kot…ditambah pula dengan kerja yang menimbun.”

“Oh ya… you belum cerita lagi pasal Europe trip tu. Mesti best kan? Lunch nanti kita sembang ya… sekarang I ada kerja,” saran Wafa.

“Okey. I pun ada banyak kerja. You tengoklah meja I ni….” ucap Lyn Jasmine dengan isyarat mata ke arah meja yang penuh dengan fail yang bertingkat-tingkat.

Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja dilihat. Ada satu pesanan daripada Azman, ‘buah hati’nya. Entah mengapa dia begitu menyukai lelaki itu. Dengan gaya sederhana, bibir yang tidak pernah lekang dengan senyuman, jejaka itu telah mencuri hatinya. Barangkali, inilah yang dikatakan ‘less is more’. Dia senyum sendirian. Tengahari nanti mereka akan berjumpa.

Lyn Jasmine menarik laci paling bawah. Dia mengeluarkan satu beg kertas yang berwarna biru. Di dalamnya terkandung satu hadiah kecil yang dibelinya di Viena. Tidak ada banyak perkara yang dapat dibeli di Viena tetapi dia terjumpa sesuatu yang unik dan istimewa di situ lantas dibelinya untuk Azman. Beg kertas tersebut disimpan kembali di dalam laci.

*****

Jejaka itu sedang berdiri di koridor di tingkat bawah di hadapan bangunan pejabat Nadine Corp. Lengan baju kemeja bersingsing hingga ke siku, tangan kiri dimasukkan ke kocek seluar. Tangan kanan memegang telefon bimbit. Sebaik sahaja Azman terpandang Lyn, dia mematikan telefon bimbit dan tersenyum ke arahnya. Hati wanitanya betul-betul tersentuh.

Lantas Lyn Jasmine menyerahkan beg kertas yang sedang dipegangnya.

“Apa ni?”

“Buah tangan. Tengoklah….”

Azman membuka beg kertas tadi. Dia mengambil kotak yang berbalut rapi. Kertas bercorak jalur-jalur merah putih dibuka dengan berhati-hati.

“Wow, cantik. I suka… terima kasih!” Ucap Azman girang dengan hadiah kecil itu. 

“Sama-sama. I jumpa secara tak sengaja. I harap you suka.”

“I memang suka. Thanks again.” Si dia masih lagi tersenyum. Hampi tiga minggu Lyn Jasmine tidak memandang wajah dan senyum manis lelaki itu. Dia benar-benar rindu. Dia harap dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Berasakan seseorang berada di belakang, Lyn Jasmine berpaling. Shen turut berada di situ, tetapi lelaki itu cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain tatkala menyedari Lyn Jasmine memandang ke arahnya. Hmm… biarkan dia. Sekarang waktu rehat, dia boleh buat apa yang dia suka, pergi ke mana yang dia suka dengan sesiapa pun. Namun, di dalam hati, dia tetap terasa kekok apabila ditangkap ‘berdating' dengan bos sendiri.

Tidak lama kemudian sebuah Ferari biru elektrik berhenti di hadapan Shen. Seorang lelaki keluar dan memberi Shen kunci kereta. Shen memboloskan diri ke tempat duduk pemandu dan memecut meninggalkan perkarangan pejabat. Lyn Jasmine cuba melihat wajah si pemandu namun tidak berjaya kerana cermin kereta yang begitu gelap membuatkan misi itu mustahil.

“Jom,” ajak Azman.

“Oh, jom.” Dia sudah terlupa bahawa mereka mahu makan bersama-sama hari ini. Fikirannya masih terfikirkan Mr Perfect dan kereta birunya. Mr Perfect yang menjengkelkan.


Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.