Bab 5

Aku bersiar-siar di kawasan taman bunga berdekatan hospital sebelum aku melakukan rawatan kemoterapi.Kalau nak diikutkan hati aku, memang aku nak keluar dari kawasan hospital ni. Tetapi apa kan daya, aku pun tengah lemah sekarang ni. Nak berlari pun tak larat. 

Dapat bersiar-siar berdekatan kawasan hospital pun jadilah.

"Cik tunggu sekejap ye. "kata jururawat itu kepada aku setelah dia mendapat panggilan.Mungkin ada hal yang hendak diuruskan. 

Aku menolak kerusi roda agar berdekatan dengan pasu bunga. Bunga mawar merah itu,aku hidu sedikit. Harumnya... 

"Baik-baik...Bunga mawar tu ada durinya. "

Aku angkat muka melihat pemilik suara yang menyapaku. Aku memutarkan bebola mata. Dia ni lagi! Aku baru nak tenangkan fikiran! 

"Nah. "

Doktor Faiq menghulurkan sejambak bunga kepadaku. Aku tersenyum tetapi aku sembunyikan kembali.Aku tak naklah nanti dia perasan pula. Dia ni macam tahu-tahu je aku suka bunga. 

"Ambillah... Jangan jual mahal sangat. Ini adalah sebagai tanda maaf saya tentang hal semalam. "

Doktor Faiq duduk mencangkung di hadapanku. Tetapi aku berpura-pura bisu. Sekali lagi dia menghulurkan sejambak bunga itu. Aku mengalah lalu aku ambil. 

Harumnya... Aku hidu sekali lagi sejambak bunga itu. Senyuman terbit di bibir aku secara automatik. 

"So awak dah maafkan saya? "soal Doktor Faiq. 

Aku tidak menjawab soalannya. 

"Tolong maafkan saya. Tolong... Saya terlepas cakap semalam... Saya janji takkan buat lagi."pintanya dengan penuh rayu. 

Aku mula termakan dengan rayuannya. Aku tersenyum lalu mengangguk.Dia turut tersenyum.Mungkin dia berasa lega kerana aku sudi maafkan dia. 

"Jom kita mulakan rawatan? "

Senyuman aku hilang secara automatik. Mahu atau tidak, aku mengangguk. Itulah gunanya aku duduk hospital.Kalau tak, apa gunanya duduk hospital, kalau tak lakukan rawatan.Sia-sia sahaja.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh