Bab 3

"Surprise!!! "

Aku yang duduk di atas kerusi roda berhadapan jendela, terenjut bahu apabila terdengar jeritan mengejut itu. Aku urut dada sambil berkata "Kus semangat... "

"Hye Bella... "

Aku kerut kening apabila lelaki yang entah datang dari mana itu berkata 'hai' kepadaku. 

"Kau siapa? "

"Oh ya, perkenalkan nama saya Faiq. "

Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku.Kening aku masih lagi berkerut. Faiq? Sejak bila aku ada nama kawan nama Faiq? Aku hilang ingatan ke? 

"Kita kenal ke? "soalku kepadanya.Lelaki itu tersenyum sambil menghampiriku. Aku mula cemas.Tanganku cuba untuk mengundur tapi entah kenapa kerusi roda ini tidak mahu mengundur. 

"Ya. Kenal."

Hah?Seriuslah aku kenal dia? 

"Hahaha!!! "

Lelaki itu berdiri lalu ketawa. Aku sudah kecut perut. Mama cepatlah balik... Bella takut,entah lelaki gila mana masuk wad aku ni!

"Doktor Faiq. Ini fail yang doktor minta. "ujar jururawat yang berpakaian berwarna biru tua itu.Lelaki itu tersenyum ke arah jururwat itu sebelum dia melangkah keluar dari wad itu. 

Eh wait! 

Apa yang aku dengar tadi?Doktor Faiq? 

Aku salah dengar ke? 

Biar betul dia ni doktor aku! 

"Kenapa pandang saya macam tu? Tak pernah jumpa ke doktor kacak macam saya ni? "

Aku tersedar dari lamunan. Aku tersengih lalu mengalihkan kembali pandang ke luar jendela. Doktor Faiq tertawa kecil lalu matanya kembali memandang ke arah kertas yang diambil daripada fail tadi. 

"Isabella... Nice name. Macam orangnya juga."puji Doktor Faiq sambil tersenyum manis ke arahku. Aku turut membalas senyuman itu, tetapi tidak tahulah senyuman itu ikhlas atau tidak. 

“Isabella adalah

Kisah cinta dua dunia

Mengapa kita berjumpa

Namun akhirnya terpisah

Siang jadi hilang

Ditelan kegelapan malam

Alam yang terpisah

Melenyapkan sebuah kisah...


Isabella

Lambang cinta yang lara

Terpisah kerana

Adat yang berbeza

Cinta gugur bersama

Daun daun kekeringan..."

Aku menekup kedua-dua belah telingaku. Astaghfirullahalazim.. Doktor ni, dia ingat ni tempat karaoke ke? Ini hospital okay! Kalau suara dia sedap takpe juga.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh