Bab 2

Kelopak mataku dibuka dengan perlahan-lahan. Siling berwarna putih adalah perkara pertama yang aku lihat. Kepalaku berasa sakit. 

"Bella... "

Ada suatu suara yang aku kenali memanggilku. Aku menoleh perlahan ke kiri. Senyuman palsu diukir agar wanita yang aku sayangi itu tidak berasa risau. 

"Mama... Bella kat mana...? "Soalku lemah dan masih dengan senyuman palsu. 

"Bella kat hospital... Bella pengsan tadi... "

Aku kerut kening. Bila aku pengsan? Aku cuba imbas kembali apa yang berlaku kelmarin. Secara mengejut mama memeluk tubuh aku. Bahunya terhinjut-hinjut sambil menangis. 

Aku turut menangis.Pelukan aku leraikan. Air mata di pipi mama, aku seka perlahan.Aku juga menyeka air mata dipipiku.Senyuman pahit aku lemparkan kepada mama. 

"Kenapa mama menangis ni...? "

"Kenapa Bella tak cakap dengan mama yang Bella sakit? Hah? "Soal mama yang kembali menangis. 

"Maafkan Bella mama... Bella tak bermaksud nak sembunyikan perkara ni kepada mama. Bella cuma tak nak mama risau... "Kataku kepada mama dalam keadaan lemah. 

"Tak mengapalah Bella... Bella berehatlah dulu. Kalau nak apa-apa panggil je mama ye. Mama ada dekat sini dengan Bella. "

Aku sekadar mengangguk dan kembali berbaring. Sakit kepalaku masih belum hilang. Aku bersyukur kepada Allah kerana dia masih bagi aku peluang untuk aku merasai kasih sayang seorang ibu walaupun aku tidak dapat merasa kasih sayang seorang ayah kerana ayahku meninggal sejak aku berusia 5 tahun. Ayah meninggal akibat kemalangan jalan raya yang berlaku suatu ketika dahulu.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh