Bab 6

Buerk!Buerk!Buek!Buek!

Setelah lakukan rawatan kimoterapi sebentar tadi. Aku tidak berhenti muntah,nasib baik ada mama di sisi aku. Kalau mama tiada di sisi aku, pasti aku takkan mampu menghadapi semua ni. 

Setiap kali Doktor Faiq menyebut tentang rawatan kimoterapi, pasti aku akan beri pelbagai alasan. Tetapi tidak ada satu alasan pun yang menjadi. 

"Saya tak nak buat rawatan kimoterapi ni lagilah doktor... "

"Kenapa pula? Awak dah sihat sangat ke? "soal Doktor Faiq sambil menjungkit sebelah keningnya. 

"Hmm...Masih belum pulih dengan sepenuhnya... Tapi saya dah rasa semakin okay. "

"So? Teruskan jelah rawatan kimoterapi tu. Kenapa saya rawat awak tak bagus ke? Kalau tak bagus,saya boleh carikan doktor terbaik untuk awak. "

Eh... Terlebih sentap pula doktor ni. 

"Tak... Rawatan doktor memang tip top. Tapi kalau boleh saya nak stop dengan rawatan kimoterapi ni. Sebab saya nak cuba rawatan tradisional. "alasanku kepada Doktor Faiq.

Harap-harap menjadi. 

"Saya izinkan awak buat rawatan tradisional tapi saya tak akan izinkan awak berhenti buat rawatan moden."

"Tapi... "

"Takde tapi, tapi. "kata Doktor Faiq sambil jari telunjuknya digoyangkan ke kiri dan kanan.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh