Bab 1

"Cik... Disahkan menghidap kanser otak. "

Air mataku mula jatuh ke pipi. Mulutku ditekup. Di dalam hati, aku tidak berhenti menyebut Ya Allah.Sangkaan aku yang tadinya meleset. 

Aku menyangka sakit kepala yang aku alami selama ini hanyalah disebabkan migrain. Tetapi sangkaanku seratus peratus meleset.

"Cik jangan risau... Cik masih di peringkat awal. Masih ada harapan untuk cik sembuh."

"Bila saya akan mati doktor? "

Tanpa aku sedari, soalan itu tiba-tiba terpacul daripada mulutku. Doktor wanita itu menggeleng sambil tersenyum nipis. Dia bangun dari kerusi lalu menggosok lembut belakangku. 

"Bersabarlah Cik Bella...Percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sudah lama saya bekerja di hospital ini, ada sahaja yang boleh sembuh daripada kanser yang mereka alami. Jadi tolong,Cik Bella kuatkan semangat.Banyakkan berdoa. InsyaAllah,Allah akan tolong hambanya yang berada dalam kesusahan. "

Kata-kata semangat daripada doktor itu membuatkan hatiku berasa tenang sedikit. Air mataku berhenti perlahan-lahan.Walaupun air mataku telah berhenti, itu tidak bermakna perasaan takut akan mati itu sudah hilang. 


**********


Aku tidak berhenti menangis dan meraung seorang diri di dalam bilik. Pasu bunga aku campak ke lantai. Bingkai gambar aku dan keluarga juga aku campakkan ke lantai. 

"Aarrgghh!!! "

Aku menjerit dengan sekuat-kuatnya.Kedua-dua belah tangan aku letakkan di kepala. Kepala aku terlalu sakit dan sangat sakit. Penglihatanku semakin tidak jelas dan akhirnya ia menjadi gelap.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh