Home Novel Cinta Getar Hatiku
Getar Hatiku
SRI WAHYUNI
4/9/2014 22:15:10
4,646
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 5

Hari minggu, hari untuk bermalas-malas bagi Sarah Adelina. Selimut yang membaluti tubuh di rasakan tidak mahu dilepaskan. Setiap hujung minggu dia akan menggantikan tugas ayahnya itu untuk menghantar karipap. Walaupun malasnya masih bersisa tetapi dia tetap bangun untuk menunaikan perkara yang fardhu terlebih dahulu sebelum keluar menjengah emaknya.

“Cepat sikit Sarah oiii… .”

Terkocoh-kocoh Mak Jah memasukkan karipap ke dalam bekas. Ketika itu jam baru menunjukkan ke angka 6.20 pagi.

“Nak hantar ke mana ni mak?.”

Kelihatan ada lima buah bekas penuh berisi karipap yang perlu di hantar. Kesemuanya telah di masukkan ke dalam plastik untuk memudahkan Sarah membawanya nanti.

“Gerai Makcik Nab, Makcik Aida dengan Pak Cik Latif.”

Berkerut dahi Sarah. Bekasnya ada lima tapi emaknya hanya menyebut nama tiga orang sahaja.

“Mak… .”

“Hah. Ni tempat Makcik Aida dengan Pak Cik Latif kamu dua bekas seorang ya.” Emaknya seakan tahu sahaja apa yang hendak disoal oleh Sarah.

Bekas yang penuh berisi karipap di angkat menuju ke pintu utama.

Bunyi deruman enjin motosikal membuatkan Mak Jah beristighfar panjang. Cepat-cepat kaki melangkah menuju ke hadapan. Kelibat Sarah sudah tidak kelihatan lagi.

“Budak bertuah ni. Untuk si Nab ni tak diambilnya.” Mak Jah mengomel sendiri sambil memandang bekas di atas meja.

“Sarah. Ayah tak hantar harini?.” Suara Makcik Aida menegur Sarah ramah. Terkial-kial Sarah mahu turun dari motosikal dengan membawa bekas penuh berisi karipap di hadapan gerai Makcik Aida. Ini adalah gerai terakhir untuk penghantaran.

“Ayah ada kerja makcik.”

Sarah melihat gerai kecil Makcik Aida sudah mula dikerumuni orang. Rata-rata kelihatan mereka yang hendak ke tempat kerja. Seingat dia kali terakhir dia datang ke gerai itu adalah minggu lepas.

“Kamu tak kerja Sarah harini?.”

“Tak makcik.”

Sarah meletakkan bekas berisi karipap di hadapan sekali. Beberapa orang pelanggan Makcik Aida sedang berdiri di situ menanti giliran mereka di layan. Timbul rasa ingin membantu makcik Aida dalam hati Sarah. Cepat-cepat dia membuka helmet dan meletakkan di tepi.

“Ya kak, nak kuih apa?.”

“Bagi akak kuih ketayap ni dua ringgit ya.”

Sarah terus mencapai plastik yang tergantung di tepi dan mengambil kuih yang diminta. Dia melakukannya tanpa rasa kekok. Aida memandang Sarah dengan rasa senang. Sarah membantunya hingga gerai kelihatan sedikit lengang.

“Sarah. Makcik tak ada duit nak bayar gaji Sarah ni.”

“Makcik, tak perlu bayar gaji. Makcik bagi Sarah kuih seri muka ni tiga boleh?.”

“Apa pulak tak bolehnya. Ambiklah.”

Aida lantas tersenyum bila melihat Sarah yang mengambil kuih seri muka dari dalam bekas. Sememangnya kawan baik anaknya itu terlalu gemarkan kuih itu sejak dari kecil lagi.

“Makcik, Jasmin mana?.”

“Ada di rumah. Kamu pergilah ke rumah jumpa dia. Kalau kamu nak menunggu dia datang ke sini, mau matahari tegak nanti baru dia sampai.”

Aida sudah masak benar dengan perangai anak daranya itu. Jika hendak ke mana-mana, dia akan mengambil masa yang lama untuk bersiap. Jauh benar sifatnya dengan Sarah. Pernah juga terdetik di hatinya, bagaimanalah mereka berdua ini boleh menjadi kawan karib sedangkan sifat dan sikap mereka berdua jauh sangat bezanya.

“Makcik… nak air. Tercekik ni.” Sarah Adelina sudah meluru ke atas pangkin yang di bina tidak jauh dari situ. Dia tahu, Makcik Aida sentiasa membawa bekal air minuman.

Belum sempat menjawab, Sarah sudah meneguk minuman yang tersedia di atas pangkin.

“Ahhh… lega rasanya makcik.”

“Kamu ni Sarah, mana bismillahnya?. Bukan main laju lagi kamu meneguk air tu.”

“Hehe… sudah makcik. Tadi lagi dah baca bismillah.”

“Bila?. Makcik tak dengar pun.”

“Ala makcik ni, takkan Sarah nak jerit kuat-kuat pulak.”

Iya tak iya juga. Betul kata Sarah. Takkanlah dia perlu menjerit untuk membaca bismillah hingga di dengari orang sekeliling pula. Aida tergelak kecil demi mendengar jawapan dari Sarah. Mereka berdua berbual-bual kosong hinggalah telefon bimbit Aida berbunyi. Setelah bercakap ala kadar, dia kembali memandang Sarah.

“Sarah, mak telefon. Mak cakap kamu tak bawa lagi satu bekas karipap.”

Pap! Sarah tepuk dahi. Dia benar-benar terlupa tadi. Kebetulan dia juga tidak membawa telefon bimbit bersama.

“Apa sajalah yang kamu ingat Sarah.” Aida menggeleng kepala melihat telatah Sarah di hadapan mata.

“Makcik, saya nak balik ni,” ujarnya seraya membetulkan tudung di kepala yang agak senget. Dia berlari-lari anak menuju ke motosikal yang di pakirkan di tepi jalan.

Tidak sempat jauh dia berkejar ke arah motosikalnya dia terlanggar seseorang. Tubuh yang sememangnya kecil begitu mudah terjatuh. Dia mengaduh kecil.

“Hishhh… jalan tak pandang kiri kanan,” omelnya sambil mengibas-ngibas punggung yang sudah terduduk di atas tanah. Terasa sakit pinggulnya akibat terjatuh.

“Awak tu yang tak pandang kiri kanan. Nak marah orang pulak.” Kedengaran rungutan kecil Sarah dibidas. Segera Sarah mengangkat wajah. Memandang insan yang bersuara.

“Encik… .”

Dia jadi tergamam seketika. Terkial-kial mahu bangun semula.

“Awak?.” Agak sinis bunyinya tapi hanya seketika sebelum tangan di hulur pada Sarah. Suara Aida kedengaran dari tadi memanggil nama Sarah. Risau orang tua itu melihat Sarah yang terjatuh.

Teragak-agak Sarah mahu menyambut huluran itu. Apatah lagi huluran itu datangnya dari orang yang di kenalinya.

“Sarah! Sarah!. Kamu ni, makcik dah banyak kali pesan jalan tu elok-elok.”

Aida menghampiri Sarah sambil membantu untuk bangun.

“Sakit tak Sarah?. Ada luka ke?.”

Bimbang benar Aida dengan keadaan Sarah.

“Sikit aje ni makcik. Tak ada apa-apa. Saya balik dulu.”

Sarah terus berjalan menuju ke arah motorsikalnya. Sempat lagi dia menjeling lelaki yang melanggarnya sebentar tadi masih terpaku dengan senyuman sambil memandang ke arahnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.