Home Cerpen Cinta SONGLIT : 150 JUTA KALI
SONGLIT : 150 JUTA KALI
SRI WAHYUNI
4/7/2016 21:02:16
1,290
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Lirik Lagu 150 Juta Kali

Ainan Tasneem


Untuk kali ke seratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia

Apa kau buta apa kau pura-pura suka


Mata Mimi galak memandang Deanna. Rasa macam mahu makan orang pun ada. Sesekali dia menguis untaian rambut yang menutupi dahi. Terserlah lagi kecantikan Mimi.

"Apa kau buat kat sini?." Suara nyaring Mimi menyapa telinga Deanna. Bingit sekali.

Deanna buat-buat tidak dengar. Jarinya laju mengacau air minuman menggunakan straw.

"Kau ni pekak ke apa?."

Mimi mendengus marah. Air di dalam gelas di tarik ke tengah. Air berkocak kuat. Mujur tidak tumpah. Sekaligus wajah Deanna berkalih pada Mimi.

"Maaf. Saya haus ni."

Gelas ditarik perlahan. Lebih berhati-hati. Wajah dan perbuatan selamba Deanna benar-benar menguji kemarahan Mimi.

Mimi mencapai segelas lagi air yang berada di hadapan Deanna. Belum sempat dia mahu melayangkan tangan pada Deanna, satu lengan sasa melekap pada tangan Mimi. Kejap.

"Berapa kali I dah cakap. Jangan ganggu dia."

Muzamil datang tepat pada waktunya. Wajah Mimi yang menyinga ditatap geram. Tak sudah-sudah mahu mengganggu urusan dia.

"Mil... ."

Gelas diletakkan perlahan. Suara Mimi merengek manja. Sekaligus sikap bertukar gedik manja di hadapan Muzamil. Deanna mencebik. Meluat!

"Boleh tak kalau U jangan ganggu hidup I lagi?. Kita dah tak ada apa-apa." Deanna hanya menjadi pemerhati. Kalau boleh dia tidak mahu berada dalam situasi ini. Dia rimas. Lemas!

Deanna bangun. Tidak suka bila banyak mata-mata dari meja lain sudah memandang. Mereka jadi perhatian.

"Mil, saya pergi dulu."

Deanna mula mengatur langkah. Muzammil menghalang. Sudahnya Deanna tegak berdiri. Mimi mendengus marah. Hilang gediknya.

"Eh, kenapa kau masih mahukan dia?."

Soalan Mimi yang sudah masuk ke seratus lima puluh juta kali serasanya. Diulang lagi bagaikan mendengar rakaman kaset tahun 80an.

Muzammil pandang Deanna. Dia tersenyum. Walaupun Deanna hanya gadis biasa-biasa dan tidak pandai bergaya tapi dia tetap sukakan Deanna.

Melihatkan pandangan Muzammil pada Deanna membuatkan Mimi bertambah marah. Deanna yang hanya berselipar dipadankan dengan jeans lusuh serta t-shirt warna biru itu tidak langsung sepadan dengan Muzammil yang segak bergaya.

"I suka dia," jawab Muzammil.

"Apa kau buta? Atau... Kau pura-pura suka?," templak Mimi seraya tersenyum mengejek. Pasangan yang tidak secocok langsung. Bukan pinang dibelah dua, pinang di belah tujuh pun belum tentu serasi.


Di seratus lima puluh juta kali itu

Di depan semua engkau tarik tangan aku

Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu


Deanna malas mahu melihat perbalahan antara Muzammil dan Mimi. Kalau dia ambil tahu, empat kaki meja akan berada di atas pula nanti jawabnya.

Banyak pandangan mata sudah mula menyinggah. Deanna buat tidak tahu. Muzammil dengan pantas menarik tangan Deanna dan membawa dia rapat ke sisi.

"Apa yang kau pandang dia ni hah?. Sudahlah selekeh. Perempuan macamni ke tastekau Mil?. " Jari runcing tepat dihalakan pada Deanna.

"Engkau ni perempuan, entah ilmu apa kau pakai agaknya sampaikan Muzammil ni tergila-gilakan kau. Sudahlah macam kayu!. Macam orang tak ada perasaan." Meluap-luap kemarahan Mimi bila melihat Muzammil yang bagaikan tidak mahu melepaskan Deanna. Hatinya remuk bila dapat tahu Muzammil memilih Deanna dan bukannya dia. Mata mula berkaca.

"Dia mungkin bengis seperti singa," ujar Muzammil. Mata tak lepas memandang Deanna di sisi. Tertunduk memandang lantai. Muzammil mula mahu merungkai satu persatu keistimewaan Deanna pada matanya.

"Kau dah tau tapi tetap kau pilih dia. Kenapa Mil?." Mimi sudah mula mengongoi. Tidak mampu membendung rasa. Peritnya rasa menahan sebak bila cinta bertepuk sebelah tangan.

"Mungkin suara dia tak merdu macam buluh perindu. Tak sama macam suara you Mimi. Tapi dia ada hati dan perasaan." Muzammil teringat sewaktu dia datang ke rumah Deanna. Mata Deanna merah seolah-olah menangis. Rafael, abangnya keluar seraya mengejek. Deanna baru selesai menonton cerita DOTS, drama Korea. Senyuman mulai melebar di bibir Muzammil. 'Aku lebih kenal dia Mimi,' bisik hati kecilnya.

"Mil, bertahun Itunggu you. Tapi akhirnya you pilih dia." Bahu Mimi mulai terhinjut-hinjut menahan tangis. Dia merasakan dia sudah kalah. Kalau dia kalah dengan perempuan yang jauh lebih anggun dan bergaya darinya tidak mengapa. Tapi kali ini Mimi benar-benar terhenyak dengan pilihan Muzammil. Perempuan kampung!.


Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali

Aku pesan padamu apa yang bakal jadi

Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi

Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi


Kereta di hentikan di kawasan rekseasi Sungguh mendamaikan pandangan mata. Tamparan angin petang seakan menyambut kehadiran mereka berdua.

"Mil."

Muzammil angkat muka. Wajah Deanna di tatap lembut.

"Mil rasa kita ni serasi ke?." Soalan yang sama diutarakan Deanna. Mungkin sudah lebih dari seratus lima puluh juta kali agaknya. Deanna mula rasa rendah diri.

"Kenapa tidak?."

"Cuba Mil pandang diri Mil, pandang Deanna. Kita jauh sangat beza. Ibarat langit dengan bumi. Itu serasi ke?." Sudah puas Muzammil mendengar alasan itu. Tapi dia tetap tersenyum. Dia langsung tidak nampak itu semua.

"Mil cuma nampak hati Deanna. Selama ni kita okey aje. Siapa cakap kita tak serasi?." Muzammil mula bermain teka-teki.

Deanna diam. Angguk tidak. Geleng pun tidak. Serba salah dia dibuatnya.

"Tapi semua orang cakap kita tak sepadan. Kalau Mil dengan Mimi tu barulah nampak sepadan. Orang kata duduk sama rendah, berdiri sama tinggi." Deanna memandang kekurangan dirinya. Apa tidaknya, Muzammil yang manis digandingkan dengan dia yang ibarat dawai besi. Sungguh tidak sepadan. Lainlah Mimi, seorang model yang anggun menawan.

"Biarkanlah orang lain bercakap. Bukannya mereka yang ada di tempat kita." Bukannya dia tidak sedar bila ada beberapa orang pekerja bawahannya yang berkata sedemikian. Tetapi Muzammil hanya buat tidak tahu sahaja. Baginya, ianya bersifat sementara. Esok atau lusa senyaplah tu.

"Tinggi Deanna berapa?."

Deanna kerut dahi.

“151cm. Kenapa?."

Muzammil berdiri di sebelah Deanna seraya memandang gandingam bahu.

"Okey apa ni. Ngam-ngam aje paras bahu Mil." Muzammil buat muka selamba. Perbuatannya disahut tawa oleh Deanna. Hilang resah di jiwa. Pandai sungguh Muzammil mengalihkan mood mereka.

"Betul ni Mil tak kisah?."

Muzammil angguk. Deanna tersenyum. Sebanyak mana dia menolak, sebanyak itu cintanya datang untuk Muzammil. Sebab itulah dia menerima lamaran dari Muzammil dan sekarang dia sah menjadi tunangan lelaki itu.


Di setiap seratus lima puluh jutanya

Aku pun dalam hati semacam tak percaya

Apa kau lihat pada aku jujurkan saja


Untuk seratus lima puluh juta kalinya Deanna memandang Muzammil. Jejaka yang kacak bergaya. Mempunyai karisma dan figura yang tersendiri. Memang tidak salah jika ramai gadis yang terpikat dengannya.

Mata Deanna melihat dirinya sendiri. Teramat jauh beza dengan Muzammil. Dia yang hanya berbaju t-shirt dan seluar jeans lusuh serta bertudung yang entah dari zaman bila agaknya. Bila bergandingan selalu sahaja menjadi perbualan orang. Mereka tidak sesuailah, tidak sepadan dan pelbagai lagi. Dia juga bagaikan tidak percaya sebenarnya. Muzammil yang kacak boleh terpikat dengan gadis comot sepertinya.


"Kita ni macam langit dengan bumi kan," ayat itu terpacul lagi di bibir Deanna. Muzammil tenang seperti biasa.


"Langit dengan bumi saling memerlukan. Macam kita.”


"Apa yang Mil pandang pada Deanna?. Deanna ni bukannya pandai bergaya macam orang lain, paras rupa pun tak seberapa nak ada... harta jauh sekali."

Muzammil melangkah setapak merapati Deanna. Gadis itu punyai wajah putih bersih dan mempunyai bulu mata yang lentik. Paling dia suka senyuman Deanna, pasti lekuk di pipi kelihatan. Memang Muzammil sedar perbezaan itu tapi sikap Deanna yang menawan hatinya. Sikapnya yang bersahaja.


Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa

Tapi sayang tahan kalau yang salah saya

Sayang mungkin saja keras kepala

Tapi sayang manja bila kita berdua

Saya kenal sayang saya


“Betul ni Mil tak kisah?.” Sengaja Deanna mahu menguji Muzammil lagi.

Muzammil geleng.

“Deanna ni kan keras kepala. Lepastu selalu naik angin pulak tu, Macam Mil selalu cakap.”

Dengan selamba dagu Deanna di cubit sekaligus pandangan mata mereka bertaut.

“Sayang mungkin baran tak kira masa. Tapi kalau Mil yang salah, sayang selalu ajetahan dengan apa yang Mil nak cakap. Sayang memang keras kepala, sebab sayang tau apa yang patut sayang buat sebenarnya.”

Hanya dengan beberapa penjelasan itu cukup membahagiakan Deanna. Dia tahu, Muzammil bukannya main-main mencintainya. Jika tidak, pasti dia tidak terikat dengan lelaki itu sekarang ini.

“Sudahlah Mil, jangan nak puji Deanna lebih-lebih pulak.”

Malu.

Jarang dia dipuji sebegitu. Hakikatnya, hati besar menerima penghargaan pujian dari Muzammil.

“Mil cakap yang betul kan. Walaupun sayang Mil ni tak vogue macam perempuan lain tapi Mil tahu siapa dia.”

Wajah Deanna merona merah. Dia tidak tahu apa yang harus di ucapkan lagi. Biarlah kasih mereka terus mekar tanpa alasan lagi.


Buat apa di cerita

Bahagia kita rasa

Biar tak dipercaya

Peduli orang kata


Muzammil berjalan masuk ke dalam pejabatnya. Dia perlu menghadiri beberapa mesyuarat penting hari ini. Sebelum pergi dia perlu meluluskan beberapa dokumen terlebih dahulu. Telefon bimbit berbunyi.


Morning!

⛅️⛅️⛅️Dah sampai office ke belum?

Wajah Muzammil nampak ceria bila nama Deanna tertera di skrin.


🐝Zzzzz

Tak sampai seminit, pesanan berbalas semula.


Eiii… Apa tu?. Banyaknya zzzz

Muzammil tertawa sebelum menjawab. Terasa dirinya di sayangi.


Sorry, terlebih Z.. Itu namanya Mil mengantuk.😄

Belum sempat membaca pesanan baru, pintu telah ditolak rakus. Wajah Mimi kelihatan.

‘Apa lagi?.’ Muzammil melepaskan satu keluhan seraya menyimpan telefon bimbitnya.


“Assalamualaikum… Ada apa pagi-pagi nak jumpa I ni?.” Mood ceria Muzammil bertukar.

Mimi tidak menghiraukan salam yang diberi.


“Mil… pleasee… I tak boleh tidur Mil. I tak boleh lupakan you.”Mimi merengek manja. Naik rimas Muzammil memandang. Sudahlah pakaian tidak cukup kain, desis hati Muzammil.


“Istighfar banyak-banyak Mi. Kalau yousentiasa ingat Allah, insya Allah you akan tenang. Lagipun selama ini pun hubungan kita cuma sebagai bos dengan pekerja sahaja. I langsung tak pernah cakap yang kita ada hubungan istimewa.”

Muzammil cuba membawa Mimi ke alam nyata. Selama ini dia tidak pernah sekalipun melayan Mimi lebih daripada itu.


“Baik you cakap dengan IMil, yang youtak bahagia dengan dia.”


Iyang harungi hidup Isendiri. Macamana pulak you lebih tahu dari I ?.”

Muzammil berdiri. Rimas bila Mimi melabuhkan punggung di meja hadapannya. Dia mengambil diari hitam dan juga beberapa dokumen penting.


“Mil, lebih baik youmengaku yang youtak bahagia sebenarnya dengan dia.” Mimi mendesak.


I tak perlu pukul canang pada youkalau I bahagia ataupun tidak.”

Muzammil terus berlalu meninggalkan Mimi yang memanggil namanya berulang kali. Tidak puas hati dengan tindakan Muzammil.


Baju ronyok tak apa

Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada


Muzammil menunggu dengan penuh sabar. Dia berjanji dengan Deanna untuk makan tengahari bersama hari itu. Tidak sampai sepuluh minit, Deanna muncul di hadapan mata dengan senyuman manis di bibir. Jalannya terkocoh-kocoh.

“Maaf. Saya lambat.”

Dia membetulkan tudung yang hampir tertelungkup menutupi muka. Rasa bersalah menguasai diri.

“Tak apa. Mil baru sampai ni. Kenapa?. Macam ada hantu kejar aje.” Muzammil tersengih melihat Deanna. Baju yang di pakai renyuk seribu. Nak cepatlah tu.

“Sebelum keluar tadi Amsyar minta dukung. Lepastu dia muntah. Terpaksa tukar baju semula.” Amsyar, anak saudaranya yang dijaga oleh emak memang manja. Kebetulan Amsyar kurang sihat hari ini.

“Bukan lambat sangat pun.”

Deanna menarik nafas lega. Mujur Muzammil memahami situasinya.


“Hai darling.”

Mimi lagi!. Dengan wajah tidak tahu malu gadis itu terus singgah di meja mereka berdua. Deanna mula tarik muka bila melihat Mimi mengelus lembut bahu Muzammil.

Cemburu.

Meluat!

“Enough Mimi!.” Muzammil memberi amaran. Dia tidak mahu hubungannya dengan Deanna terganggu dek kerana Mimi.

Semakin di tegah semakin galak pula Mimi. Suka benar hatinya melihat perubahan pada wajah Deanna setiap kali dia melakukan sedemikian pada Muzammil.


Deanna tidak tunggu lama. Dia terus angkat kaki meninggalkan Muzammil dan Mimi di situ. Hatinya panas. Rimas!


Aku lebih bengis dari sang naga

Tapi bisa nangis semata demi cinta

Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena

Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua


Taman Tasik Titiwangsa. Itulah tempat Deanna mengasingkan diri. Dia langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Hatinya nanar mengenangkan peristiwa tadi. Jika benar Muzammil tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Mimi, masakan Mimi boleh melakukan sedemikian?.

Celaru fikirannya. Hati bagaikan di siat-siat. Empangan di tubir mata pecah. Sebutir demi sebutir untaian mutiara meluncur. Pipinya basah. Benarkah Muzammil cintakan dia?.

“Sayang… Buat apa kat sini?.”

Muzammil duduk di disebelah. Sama-sama memandang ke kawasan tasik. Dia tahu Deanna terasa hati dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Tapi sikap Mimi memang diluar kawalannya.

Soalan Muzammil langsung tidak disahut. Dibiarkan sepi dibawa angin.

“Saya cuma ada awak seorang sahaja Deanna. Datanglah berapa ramai Mimi sekalipun, awak tetap di hati saya.” Sehelai tisu dihulur.

Deanna menjuihkan bibir. Lelaki. Mana boleh percaya. Dia terus mengunci mulut. Mahu melihat sejauh mana kesungguhan Muzammil.

“Sayang… Janganlah buat saya macamni. Awak sayang saya tak?.”

Semakin seronok Deanna melihat Muzammil. Biar dia rasa bagaimana perasaannya tadi. Betapa geramnya dia melihat Mimi yang langsung tidak tahu malu mengelus lembut bahu Muzammil.

“Deanna… Mil tanya ni. Sayang Mil tak?.”

Diam lagi.

Muzammil bangun bila tiada respon. dia menepuk-nepuk punggungnya membuang habuk kotoran yang singgah.

“Deanna, last Mil tanya ni. Deanna sayangkan Mil tak?.”

Langsung tidak berkutik.

“Ok. Tak apa. Kalau tak mahu pandang Mil. Mil nak lompat masuk dalam tasik ni.”

Muzammil sudah membuat gaya seperti seorang penerjun.

“Mil!.” Deanna kelam kabut. Pada awalnya dia menyangka Muzammil hanya mempermainkannya. Tetapi bila Muzammil sudah mula membuka langkah menuju ke tepi tasik, dia pula tidak tentu arah.

“Mil! Okey! Okey!. Aleya Deanna sayangkan Muhammad Muzammil Bin Murshid!.”

Banyak mata terarah kepada mereka. Muzammil berhenti dari terus berlari. Senyum sampai telinga. Macam menang loteri. Dia berpaling pada Deanna. Itulah bakal isterinya.


‘Aku punya manja kau saja boleh rasa.’

‘Rahsia kita berdua.’


😍😍😍😍😍





Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.