Home Novel Cinta Getar Hatiku
Getar Hatiku
SRI WAHYUNI
4/9/2014 22:15:10
4,670
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 2

Sarah menarik laci mejanya paling bawah. Kelihatan beberapa bungkus besar coklat kissesyang masih belum berusik. Di ambilnya dua bungkus.

“Nah. Ini untuk kau. Kongsilah dengan kawan-kawan lain.”

Bagi Sarah dia sudah tidak ada hati lagi dengan coklat itu. Hadi tertawa suka bila diberikan coklat. Lagaknya tidak ubah seperti anak kecil yang diberikan gula-gula.

“Kalau tak cukup, kau boleh datang minta pada aku lagi tau Hadi.”

“Hey perempuan… Panggil IHeidi. Jangan panggil Hadi tau.” Sedikit terjerit dia bila dipanggil dengan nama sebenarnya.

Begitulah Hadi setiap kali bila kawan-kawan sepejabat memanggilnya dengan nama Hadi mahupun Adi. Dia lebih gemarkan nama Heidi daripada Hadi sebagaimana yang tertulis pada kad pengenalan. Kasihan lelaki berperwatakan lembut itu. Jika dipandang dari segi rupa paras nampak kacak juga, cuma perilaku lembut dan penampilan itu yang memberikan impak yang berbeza.

Lewat petang itu Sarah bersama dua orang pekerja lain dipanggil oleh Encik Hakim untuk sesi taklimat ringkas berkenaan sistem baru yang akan digunapakai oleh syarikat mereka tidak lama lagi. Mereka bertiga sudah bersedia untuk mendengar apa yang hendak disampaikan oleh Encik Hakim. Kelihatan Encik Hakim seperti sedang menantikan seseorang.

“Okeylah, kita mulakan dahulu taklimat ringkas petang ini berkaitan sistem baru yang akan diperkenalkan. Saya harap anda semua bersedia untuk berubah kepada satu sistem yang lebih sistematik tidak lama lagi.”

Taklimat serba ringkas itu pada awalnya tidaklah mendapat maklumbalas positif dari mereka bertiga kerana masing-masing masih dalam keadaan samar-samar terhadap penjelasan yang diberikan hinggalah…

‘Tok…tok…’

Ketukan pintu dari membuatkan semua mata memandang ke arah pintu. Arahan masuk yang diberikan oleh Encik Hakim membuatkan Nadia muncul bersama dua orang lelaki.

Mereka diperkenalkan dengan tetamu yang datang. Dua orang lelaki inilah yang akan memberikan maklumat lanjut berkaitan dengan sistem tersebut dan sekiranya memerlukan penambahbaikan ianya boleh disalurkan secara terus petang itu juga. Seorang daripada lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Saiful dan seorang lagi Raizil. Masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

“Sarah, saya rasa lepas ni tugas awak akan jadi mudah kan,” ujar Encik Hakim memandang Sarah. Sememangnya sistem itu membawa banyak manfaat nampaknya pada tugas harian Sarah berbanding yang lain.

“Nampaknya macam itulah bos,” jawab Sarah selamba.

Dia sebenarnya tidak menyedari ada mata yang sedang memerhatikannya sejak dari tadi. Mata itu bagaikan tidak mahu lari jauh dari wajah Sarah.

Mesyuarat ringkas itu kemudiannya ditangguhkan sehinggalah sistem yang diperkenalkan itu nanti disiapkan. Wakil yang datang memberikan satu tarikh untuk membuat penambahbaikan. Mereka bersetuju dengan sebulat suara. Di akhir perbincangan petang itu, kedua-dua wakil diminta untuk berbincang secara terus dengan pekerja yang terlibat.

Hampir terbeliak mata Raizil bila tiba di meja Sarah. Apa tidaknya, di sana sini kelihatan beberapa jambak bunga ros segar.

“Haa… Encik Raizil, kalau encik nak tahu inilah meja cik Sarah. Meja paling vogue sekali dalam ofis kami ni.”

Si lembut Hadi terus membawa tetamu ke meja Sarah. Dia sengaja membawa Raizil ke situ kerana mejanya agak tidak teratur sebenarnya.

“Dah macam kedai bunga.” Raizil tersenyum sambil mengambil sekuntum dari sejambak ros yang ada.

Sarah hanya mampu ketap bibir, menahan rasa bila Hadi sengaja mengenakannya. Sesekali dia menjegilkan biji mata memandang Hadi yang berwajah selamba.

“Untungnya ada orang beri bunga,” tambah Raizil seraya menarik kerusi menghadap Sarah. Secara kebetulan dia yang ditugaskan untuk unit tersebut.

“Encik datang sini dibayar gaji untuk cium bunga tu ke?.”

Serentak hidung yang menghidu bau wangi dari bunga ros tersebut bagaikan terhenti menghela nafas. Soalan Sarah disambut gelak oleh Hadi.

“Oh. Maaf.” Raizil sedar yang dia sudah agak berlebihan. Segera dia membetulkan duduk. Melepaskan pegangan bunga ros tadi.

“Hah. Kau tercegat kat situ buat apa pulak Hadi?.”

“Hey… panggil IHeidi okey.” Dengan suara lemah gemalainya Hadi berpaling. Kononnya itulah watak paling manja. Raizil mengulum senyum. Tercuit hati melihat telatah si lembut barangkali.

“Boleh kita mulakan sekarang?.” Raizil segera bersuara. Dia melihat jam di tangan. Ada lebih kurang satu jam sahaja untuk dia berdikusi dengan si cantik manis Sarah di hadapan mata.

“Oh. Okey, boleh.”

“Errr… encik… cik Heidi boleh joinsekali kalau mahu,” Raizil tidak tahu mahu memanggil dengan panggilan apa lelaki separa perempuan yang tercegat di sebelah.

“Hah. Kau dengar tu Sarah.”

Terus sahaja Hadi menarik kerusi dari mejanya merapati Raizil. Sarah hanya jadi pemerhati. Hadi sememangnya begitu. Pantang nampak lelaki handsomesedikit, tidak akan melepaskan peluang yang ada. Eh?. Handsomeke Raizil ni?.

“Kata nak mulakan tadi. Kenapa masih tak mulakan lagi ni encik Raizil?.”

Tercetus juga soalan bilamana Raizil masih diam menghadap komputer ribanya.

“Errr… macamana saya nak mulakan. Banyak sangat bunga atas meja awak ni.” Dia terasa kurang selesa kerana ruang meja yang terhad untuk mereka berbincang.

‘Zass…’

Sekelip mata sahaja beberapa jambangan bunga masuk ke dalam tong sampah dengan rasminya.

“Eh, bunga tu kan cantik lagi. Saya rasa macam baru di hantar aje tu.” Raizil merasa bersalah kerana menegur perihal bunga yang penuh di atas meja sebentar tadi.

“Jangan risau Encik Raizil, pompuan ni memang macamni. Hari-hari bunga-bunga ni semua di campak dalam tong sampah,” Hadi mencelah.

Wajah Raizil sedikit terkejut dengan kenyataan daripada Hadi. Tapi kenapa?.

“Okey Encik Raizil, boleh kita mulakan sekarang?.” Sarah sudah mendepangkan tangan tanda dia sudah bersedia dengan sesi soal jawab secara lisan yang tidak rasmi. Senyuman di bibir diukir tanda dia rasa selesa dengan situasi sekarang.

Melihatkan bunga yang sudah menghuni tong sampah itu Sarah menjadi puas. Puas dengan tindakannya sebentar tadi. Mengenang kisah empat tahun lalu membuatkan nafasnya turun naik. Jika dia mampu untuk membuang ingatan itu dia mahu padamkannya terus dari layar ingatan.


Previous: SATU
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.