8 BULAN kemudian…
ALEX melompat
tinggi dengan berita yang baru diterimanya. Proposal
yang diemelkan kepada pihak pengurusan Hotel Princess telah diterima baik oleh
pihak pengurusan di sana. Ini semua jasa baik Hendry Liu yang memberitahu
bahawa kawan baru dikenalinya di Malaysia telah memaklumkan bahawa pihak Hotel
Princess sedang mencari pengurusan baru bagi menguruskan coffee kafe yang ada
di situ.
Cofee
kafe yang ada di situ mengalami masalah kewangan dan tidak dapat beroperasi
lagi. Sejak dari mula lagi, Alex memang berminat untuk membuka cawangan Honey
Coffee Café di negara Malaysia. Gerak hatinya kuat untuk mengembangkan
perniagaan di negara yang beriklim khatulistiwa itu.
Alex
sendiri telah menghubungi kawan Hendry Liu yang berada di Malaysia untuk
mengetahui lebih lanjut akan prosedur yang diperlukan jika ingin menjalankan
perniagaan di Malaysia. Perbualan telefon Alex dengan Hendry Liu 2 bulan yang
lalu benar-benar membuatkan Alex tersenyum lebar.
“Alex,
aku mahu beritahu berita baik!” ujar Hendry Liu termengah-mengah.
“Apa
berita baiknya. Cuba kau cakap perlahan-lahan. Aku di kafe ni.” jawab Alex
serius.
“Kau
mahu berniaga di Malaysia?” soal Hendry Liu dengan nada tinggi.
“Berniaga
di Malaysia? Maksud kau?” soal Alex semula kepada Hendry Liu. Alex seperti
tidak dapat menangkap maksud sebenar yang ingin disampaikan.
“Kawan
aku di Malaysia beritahu Hotel Princess memerlukan pengurusan baru bagi
menguruskan coffee café yang ada di situ.” ujar Hendry Liu bersungguh.
“Betul
ke ni?” soal Alex seperti tidak percaya.
“Betul,
aku tak main-main. Kau cuba hantar proposal kepada Hotel Princess tu. Nanti aku
emelkan maklumat yang lengkap untuk membantu proposal kau tu.” Hendry Liu
bersemangat ingin membantu rakan baiknya mengembangkan sayap di luar negara.
“Okay,
aku tunggu. Malam ini juga aku akan sediakan maklumat yang diperlukan. Terima
kasih Hendry.” Alex mematikan perbualan telefon. Dia akan mencuba yang terbaik
untuk menyediakan proposal yang diminta oleh Hotel Princess.
Mata
Alex tidak jemu membaca email daripada pihak pengurusan Hotel Princess.
‘Akhirnya
impian aku untuk berniaga di Malaysia tercapai juga.’ Alex bermonolog
sendirian. Dia mengenggam tangannya tanda puas!.
RANIA menongkat
kepalanya. Jari jemari tangan kanannya laju memusingkan sebatang pen.
Fikirannya ligat memikirkan sesuatu.
“Hah!
Rania, buat apa tu?” sergah Zaidah dari belakang. Rania hanya membatukan diri
langsung tidak memberikan sebarang reaksi.
Zaidah
mencembekkan mukanya.
“Rania,
aku tanya ni… kau tak nak cakap dengan aku ke?” ujar Zaidah seolah merajuk. Dia
mengambil kerusi lalu duduk di sebelah Rania.
“Kenapa
ni… macam orang sedang runsing saja?” tanya Zaidah prihatin.
Rania
masih mendiamkan diri.
“Rania,
kau okay ke?” soal Zaidah lagi seperti tidak puas hati kerana pertanyaannya
tidak dilayan oleh Rania.
“Aku
okay.” jawab Rania malas. Jari jemarinya masih ligat memusingkan pen.
“Mana
okaynya. Aku tak percaya. Beritahulah
aku, apa yang merunsingkan kau ni.” ujar Zaidah risau dengan keadaan Rania.
Jarang dia melihat Rania sebegitu. Kebiasaannya Rania ceria dan suka berbual
dengannya.
“Eemm…
aku tak ada mood.” keluh Rania
perlahan.
“Kenapa
tak ada mood, cerita lah pada aku.” pujuk
Zaidah lagi. Matanya tepat memandang wajah Rania yang kelihatan sugul.
“Dato’
Kamil.” jawab Rania lemah.
“Dato’
Kamil? Kenapa dengan Dato’ Kamil?” soal Zaidah ingin sangat mengetahui.
“Kau
runsing disebabkan Dato’ Kamil?” Zaidah tidak puas hati.
“Ya,
Dato’ Kamil sudah melampau. Aku tak tahu apa salah aku sampai dia buat aku
macam ni.” ujar Rania dengan nada tinggi. Wajah Zaidah berubah.
“Apa
yang Dato’ Kamil dah buat pada kau? Beritahu lah aku.” Zaidah mendesak Rania
supaya berterus-terang agar dia boleh membantu.
“Baru
saja Encik Haikal beritahu, yang aku tidak perlu dimasukkan dalam projek
“Mahligai Perkahwinan”. Itu adalah idea asal aku. Aagh!!!” jerit Rania
membuatkan Zaidah membulatkan mata. Dahi Zaidah berkerut.
“Tapi
kenapa Dato’ Kamil singkirkan kau dari projek tu?” soal Zaidah dengan nada
kecewa.
“Itu
yang aku bengang!” Rania mengetap bibirnya.
“Aku
sendiri tidak tahu mengapa aku disingkirkan, sedangkan projek tu aku turut
terlibat sejak dari mula lagi. Bila sudah mahu selesai, senang-senang saja aku
disingkirkan!” bentak Rania. Nafasnya turun naik dengan cepat.
Zaidah
memegang bahu Rania, “Kau sabar Rania. Ini mesti ada sesuatu tak kena ni.” ujar
Zaidah cuba menenangkan Rania kawan baiknya di Hotel Princess.
“Tak,
aku tidak boleh bersabar lagi. Aku tahu Dato’ Kamil memang tak suka kan aku.
Tapi ini idea aku, suka-suka saja singkirkan aku!” jawab Rania tidak puas hati.
“Kenapa
kau cakap yang Dato’ Kamil tak sukakan kau?” Zaidah pelik dengan kenyataan yang
diluahkan oleh Rania.
“Aku
sudah mula perasan sejak aku balik bercuti dari Korea lagi.” Rania terus
menyandarkan badannya di kerusi.
“Eih,
dah lama tu. Aku masih tak faham mengapa Dato’ Kamil tak suka kan kau. Bukannya
kau ada buat perkara yang melanggar peraturan Hotel Princess ke apa.” Zaidah
sokong kata-kata Rania. Zaidah jadi hairan mengapa perkara itu perlu berlaku
sedang kan sebelum ini Dato’ Kamil okay sahaja dengan Rania termasuk dirinya
sendiri.
“So, sekarang apa yang kau nak buat?”
soal Zaidah kepada Rania kelihatan cemas. Zaidah tahu Rania seorang pekerja
yang bagus di marketing department.
Walaupun jawatannya hanya Assistant
Executive Marketing namun kebolehannya tidak boleh dipertikaikan.
“Encik
Haikal suruh aku bersabar. Katanya dia akan cuba slow talk semula dengan Dato’ Kamil supaya aku dikekalkan dalam team projek “Mahligai Perkahwinan”.”
ujar Rania lemah seperti tidak bersemangat.
“Kalau
Encik Haikal dah kata begitu, kau tunggu hasil perbincangan mereka. Aku yakin
Encik Haikal akan sokong dan membantu kau dalam projek ini.” pujuk Zaidah.
Tangannya memegang tangan Rania yang agak panas.
“Kalau
Dato’ Kamil tetap mahu singkirkan aku, macam mana?” soalan Rania itu membuatkan
Zaidah terdiam seketika. Zaidah pun terfikir perkara yang sama, jika Dato’
Kamil tetap dengan keputusannya. Menyingkirkan Rania daripada turut serta dalam
projek besar di Hotel Princess.
“Kau
jangan fikir yang bukan-bukan. Insya-ALLAH, semuanya akan okay. Kau bersabar
dan doa kan yang baik-baik.” Zaidah memberi Rania kata semangat dan pengaruh
positif walaupun dia tahu Rania bukan gadis yang lemah semangat.
“Aku
cuma perlu bersedia jika perkara itu berlaku. Aku tidak mahu orang lain dengan
mudah menjatuhkan aku tanpa ada alasan yang munasabah.” ujar Rania berapi-api.
Wajahnya merona merah.
“Tiada
siapa yang mahu jatuhkan kau. Sudah 2 tahun kau bekerja di sini, aku rasa
semuanya puas hati dengan kerja kau selama ini.” Zaidah masih cuba memujuk
Rania yang dilihat mula tidak dapat mengawal emosi orang muda.
“Itu
kata kau, Zaidah. Walaupun aku tidak pernah berbuat salah dengan orang di sini
tapi hati manusia siapa yang tahu. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.” luah
Rania. Dia puas berfikir jika ada sesiapa di Hotel Princess yang pernah
memusuhi dirinya.
“Itu
hanya andaian kau saja. Aku yakin tiada sesiapa pun yang memusuhi kau. Cuma
dalam kes ini aku lihat Dato’ Kamil seperti ada sesuatu yang mahu dijauhkan
daripada kau. Cuba kau fikirkan baik-baik.” Hasut Zaidah bersungguh kepada
Rania. Zaidah tidak mahu Rania menjadi kambing hitam atau digunakan orang atas
kepentingan diri sendiri.
“Eemm…
aku sudah tak boleh nak fikir lagi. Kepala aku sudah buntu. Sejak tadi aku
duduk memikirkan perkara ini. Kerja atas meja ni pun aku tak buat apa pun lagi.
Berita buruk ini benar-benar membuatkan aku hilang mood untuk terus bekerja hari ni.” Rania mengeluh panjang. Tudung
biru yang dipakai mula sengit sedikit akibat tangan Rania yang tidak boleh
diam.
“Zaidah,
kau ada perasan ke apa-apa yang berlaku sejak aku bercuti di Korea?” ujar Rania
sambil memegang kedua tangan Zaidah. Mata Rania tepat memandang wajah Zaidah.
“Setahu
aku, tidak ada apa yang pelik berlaku. Cuma yang aku pernah beritahu kau bahawa
Dato’ Kamil mengamuk kerna kau tidak datang bekerja selama seminggu.” Zaidah
teringat kembali akan situasi tegang di office
semasa ketiadaan Rania.
“Sebelum
dia mengamuk, ada apa-apa yang dicarinya daripada aku?” soal Rania berminat
dengan kisah itu. Zaidah mengerutkan dahi cuba mengingati kembali apa yang
berlaku semasa itu.
“Eiks,
aku hanya ingat itu saja. Dato’ Kamil mengamuk kerna kau tak di office. Selain itu, aku tidak ingat
langsung! Maafkan aku Rania.” ujar Zaidah tepat ke arah Rania. Keluhan panjang
dilepaskan oleh Rania. Tangannya dilepaskan daripada tangan Zaidah. Rania
tersandar lesu di kerusinya.
“Sakit
kepala aku memikirkan perkara ini. Takkan lah disebabkan aku bercuti seminggu Dato’
Kamil mula tak suka kan aku. Tak masuk akal lah alasan itu. Aku percaya mesti
ada perkara lain yang membuatkan Dato’ Kamil berkelakuan begitu.” Rania mula
membetulkan tudungnya yang sengit sedikit.
“Sudah
lah tu. Jangan difikir sangat sampai sakit kepala. Kita tunggu dan lihat saja
apa yang akan berlaku selepas ini. Moga perjumpaan Encik Haikal dengan Dato’
Kamil positif.” Zaidah memberi solusi kepada Rania yang mula memegang dokumen
di atas mejanya.
“Itu
lah, aku pun malas mahu fikir lagi. Cukup lah aku sakit kepala tadi. Aku mahu
sambung buat kerja. Thanks Zaidah
dengar masalah aku.” Rania mengucapkan terima kasih kepada Zaidah yang tidak
jemu mendengar keluhan dan masalah yang dihadapinya.
“Sama-sama
kasih. Kita kan kawan baik, jika kau rasa sakit aku pun terasa sakit tau!”
gelak Zaidah membuatkan Rania turut tertawa. Suasana sudah mula berubah menjadi
ceria.
“Meriah
nampaknya di sini. Kerja banyak tapi masih ada masa untuk berbual-bual.” suara
Selina membuatkan Zaidah dan Rania serentak menoleh ke belakang.
“Berbual
sekejap pun tak boleh ke? Aku tahu lah kau duduk di situ tak siapa yang mahu
berbual dengan kau.” perli Zaidah kepada Selina yang memandang mereka dengan
pandangan cemburu.
“Sekejap
apa nya! Sudah setengah jam kau berbual dengan Rania. Aku nampaklah dari tempat
aku, tak payah nak berbohong!” Tinggi nada suara Selina membuatkan telinga
Rania sakit mendengarnya.
“Kenapa
kau ni sakit hati lihat Zaidah berbual dengan aku?” Tiba-tiba Rania menyampuk
perbualan mereka. Wajah Selina dipandang tajam.
“Aku
sakit hati? Tolong lah aku tak ada masa mahu rasa sakit hati dengan orang macam
kau!” jawab Selina dengan nada sombong.
“Memang
patut Dato’ Kamil singkirkan kau dari projek ‘Mahligai Perkahwinan’” ujar
Selina dengan nada perli. Selina tersenyum sinis. Mendengar kalimah itu daripada
mulut Selina membuatkan Rania bingkas bangun daripada kerusinya.
“Apa
kau kata? Aku patut disingkirkan. Cuba kau ulang sekali lagi.” Rania mencabar
Selina. Zaidah berasa gerun melihat Rania bertindak begitu. Dia segera memegang
badan Rania supaya gadis itu tidak menyerang Selina yang tidak mahu beredar
dari situ.
“Kau
tu memang patut disingkirkan, faham!” Selina dengan sengaja menyebut semula
kalimah tadi dengan sebutan yang jelas.
“Kau
ni memang cari pasal dengan aku!” Rania meluru ke arah Selina, namun Zaidah
terlebih dahulu memegang Rania dengan kuat.
“Sudahlah
tu Rania, jangan layan Selina. Bawa bersabar!” pujuk Zaidah kepada Rania
yang merona merah wajahnya. Zaidah tahu
Rania sedang marah dan emosinya tidak boleh dikawal.
“Kau
dengan Zaidah sama saja!” perli Selina. Dia terus berlalu dari situ
meninggalkan Zaidah dan Rania yang masih tidak berganjak dari ruang kerja
Rania.
“Duduk
Rania. Cuba bawa bertenang. Selina tu memang mulut celupar.” ujar Zaidah
perlahan seolah memujuk Rania yang kelihatan sungguh tertekan dengan situasi
tegang tadi.
“Malu
aku Zaidah. Selina memandang rendah pada aku.” Rania menekup wajahnya dengan
kedua belah tangannya. Zaidah hanya mendiamkan diri. Tangannya tidak lepas
daripada memegang bahu Rania.
Tidak
sampai 5 minit, Rania bingkas bangun daripada kerusinya. Mata Zaidah tidak
lepas memandang Rania.
“Kau
mahu ke mana?” soal Zaidah cemas sekali. Dia turut bingkas bangun.
“Aku
mahu ke ambil wuduk.” tenang sahaja suara Rania.
“Betul
ke ni kau mahu ambil wuduk?” soal Zaidah inginkan kepastian.
“Iya,
aku mahu buang semua hantu setan dalam badan aku ni. Aku perlukan ketenangan.”
jawab Rania bersahaja. Tangannya mula mengambil pencuci muka di dalam laci.
“Kau
mahu ikut aku tak?” pelawa Rania kepada Zaidah yang tidak berkelip pandangan
matanya.
“Tak
apa, aku tak mahu kencing lagi.” jawab Zaidah jujur.
“Dokumen
yang aku perlukan semalam tu, kau tolong emelkan semula. Aku sudah ter delete.” ujar Rania tersenyum.
“Dokumen
yang mana satu? Aku lupa lah.” soal Zaidah ingin tahu dokumen yang diperlukan
oleh Rania. Walaupun mereka berlainan department
namun mereka saling ada kaitan dalam urusan kerja.
“Dokumen
yang ada senarai namamereka yang
berminat untuk menghantar proposal Coffee Café di Hotel Princess.” Rania cuba
mengingatkan Zaidah dokumen penting itu. Rania perlu menyemak terlebih dahulu
sebelum diserahkan kepada Encik Haikal. Itu tugasan yang telah diberikan oleh
Encik Haikal yang masih lagi out-station
sejak semalam.
“Eem…
yang itu! Okay, sekejap lagi aku emel semula. Kali ni kau jangan delete lagi sudah lah.” Perli Zaidah
kepada Rania yang kelihatan ayu berbaju kurung moden.
“Ya,
kali ini aku akan simpan baik-baik dokumen tu. Sorry ya, menyusahkan kau.” ujar Rania perlahan seolah orang yang
bersalah di muka pengadilan.
“Aku
okay aja la. Sudah, cepat pergi ambil wuduk sebelum hantu setan bertambah
banyak dalam badan kau tu!” usik Zaidah
sambil tertawa. Rania turut tertawa.
WAJAH Dato’
Kamil masam mencuka sahaja sebaik sahaja bertembung dengan Rania.
“Assalammuaikum
Dato.” sapa Rania mesra kepada Dato’ Kamil walaupun sebenarnya ringan sahaja
mulut Rania mahu berbicara panjang.
“Waaikumussalam.”
jawab Dato’ Kamil dengan endah tak endah. Matanya memandang ke arah lain dan
bukan ke arah wajah Rania. Tersentak Rania dibuatnya! Dia mengetap bibir.
“Angin
apa yang melanda Dato’ Kamil pagi ni? Lihat aku macam orang asing!’ Rania
memusingkan badannya lalu memandang ke arah kelibat Dato’ Kamil yang semakin
hilang dari pandangan matanya.
‘Aku
sapa pun salah. Eikss…’ rungut Rania sendirian.