DATO’ KAMIL meneliti
dokumen ditangannya satu per satu. Dibaca dengan tenang dan berhati-hati dengan
apa yang tertera di atas helaian putih.
“Ini
sahaja?” soal Dato Kamil kepada Haikal. Rania hanya menelan air liur apabila
mendengar soalan pendek daripada Dato Kamil.
“Iya
Dato’, team kami hanya menumpukan
perhatian kepada 1 projek mega untuk tahun ini supaya dapat memberikan impak
yang tinggi kepada Hotel Princess.” jawab Haikal dengan yakin.
“Projek
diskaun kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di sini. Kita akan
buat proposal kepada sepasang artis
popular yang dijangkakan akan melangsungkan perkahwinan hujung bulan September
nanti.” ujar Rania.
Dia
memberikan penjelasan lanjut kepada Dato Kamil yang lagi tadi tidak seperti
kurang bersetuju dengan idea daripada team
marketing.
“Artis
tu confirm ke mahu berkahwin. Jangan last minute ditunda ke tarikh lain.
Faham sahaja dunia mereka yang sibuk dan terikat dengan jadual pengambaraan.”
Dato’ Kamil mempersoalkan kesediaan artis yang dimaksudkan oleh Rania.
“Saya
sendiri sudah berbincang dan memaklumkan kepada artis ini akan pakej
perkahwinan yang kita tawarkan kepada mereka. Sehingga ke hari ini mereka
sangat tertarik dan bersetuju dengan apa yang kita tawarkan.” ujar Haikal
teruja bila bercerita perkahwinan selebriti popular Malaysia.
“Jika
mereka sudah bersetuju, buat segera perjanjian supaya tiada pihak lain yang
menawarkan pakej perkahwinan kepada mereka.” Arah Dato’ Kamil, riak wajahnya
seolah dia sangat suka dengan projek itu.
“Saya
mahu menambah sedikit, berita baiknya sebuah stesen TV akan membuat rakaman
juga untuk majlis perkahwinan mereka ini. Ini banyak membantu aktiviti promosi
Hotel Princess kepada dunia luar akan kelebihan mengadakan majlis perkahwinan
di sini.” Haikal berkata dengan senyuman yang lebar. Penyiaran daripada stesen
TV popular di Malaysia amat ditunggu oleh team
marketing. Sebelum ini pihak Hotel Princess ada juga berurusan dengan
produksi stesen TV yang lain.
“Bagus,
itu saya amat suka!” jawab Dato Kamil teruja. Dia ketawa besar.
“Ini
semua adalah idea daripada Rania.” Tiba-tiba Haikal sengaja memberitahu Dato
Kamil akan idea asal projek ini. Terus Dato Kamil berhenti ketawa dan tepat
memandang wajah Rania di depannya.
“Idea
Rania? Oh.. saya fikir idea Haikal.” ujar Dato Kamil teragak-agak.
Rania
hanya menundukkan kepala.
“Idea
ini tak akan berhasil jika tiada percambahan fikiran daripada Encik Haikal dan team marketing. Saya akan berusaha keras
memastikan projek ini dilaksanakan dengan sukses.” ujar Rania bersungguh.
Dato
Kamil hanya mendiamkan diri, tidak memberikan kata pujian kepada Rania.
“Projek
ini tidak seperti yang saya harapkan. Sebenarnya saya memerlukan satu projek
yang benar-benar boleh mendatangkan keuntungan yang besar kepada pihak hotel.
Kamu semua tahu, Hotel Princess perlu lebih agresif dalam marketing supaya tidak ketinggalan dengan pesaing hotel yang lain.
Di Kuala Lumpur ini sahaja, banyak hotel yang bertaraf 5 bintang dan bersifat international.
“Saya
serahkan projek ini kepada team marketing
untuk dilaksanakan dengan baik. Pastikan semuanya berjalan lancar. Saya tidak
mahu sebarang masalah atau kecacatan wujud semasa projek ini berlangsung.” kata
dua Dato Kamil membuatkan Haikal dan Rania mengangguk serentak.
“Saya
mahu keluar. Haikal, nanti awak emelkan kepada saya proposal yang lengkap.” ujar Dato’ Kamil. Dia terus bangun daripada
kerusi di bilik mesyuarat Hotel Princess yang berada di tingkat yang sama
dengan pejabat Dato’ Kamil.
“Baik,
Dato’. Saya akan emelkan.” jawab Haikal akur dengan arahan daripada majikannya.
“Kenapa
dengan Dato’ Kamil? Macam tidak puas hati dengan I.” soal Rania sebaik sahaja Dato’ Kamil hilang daripada
pandangannya mereka.
Haikal
sudah boleh menganggak apa yang Rania fikirkan sebentar tadi.
“Dato’
Kamil memang macam tu. You pun tahu kan
yang perangai Dato yang anginnya tidak boleh dijangka. Jangan fikir yang
bukan-bukan.” pujuk Haikal kepada Rania yang ternyata wajahnya kelihatan tidak
puas hati.
“Sebelum
ini okay saja I nengok. Tapi sejak I balik daripada Korea, layanan Dato’
dengan I sudah berubah. I ada buat salah ke?” soal Rania kepada Encik
Haikal.
Rania
memang perasan yang Dato’ Kamil sudah tidak melayannya dengan mesra seperti
sebelum ini. Riak wajah Dato’ Kamil tidak dapat menutup perasaan tidak puas
hati dengan Rania.
“Stop it. Kan I sudah kata yang Dato’ Kamil perangainya macam tu. Mungkin you saja yang tak perasan.” Haikal mula
berdalih dan menafikan perasan Rania. Dia sendiri terkilan dengan sikap Dato’
Kamil yang kurang senang berurusan dengan Rania semenjak akhir ini.
“Sudah,
jom kita bincang dengan team marketing
untuk langkah seterusnya. I mahu
siapkan cepat proposal yang Dato’
Kamil minta tadi.”
Rania
hanya menganggukkan kepala tanda faham. Haikal terus bingkas bangun dan
meninggalkan Rania seorang diri di situ. Hati Rania mula terbit rasa bimbang
dengan layanan Dato’ Kamil.
ALEX tenang setelah membaca 5 helai ayat terjemahan daripada alquran mini milik
Rania. Kali ini dia membaca surah Ar-Rahman yang mengandungi 78 ayat. Dia
menguap panjang, tangannya di angkat ke atas lalu mengeliat. SMS daripada
Yoonah tidak dibaca sebaliknya dia membiarkan sahaja. Pertemuan Alex dengan Hendry
Liu petang tadi benar-benar membuatkan dia berfikir mendalam akan hal Rania. Hendry
Liu adalah rakan baiknya semasa belajar di Seoul
National University.
“Alex,
kamu hebatlah. Sudah ada kafe milik sendiri. Aku masih bekerja di perusahaan
automobil.” Hendry Liu mengeluh.
Alex
hanya tersenyum.
“Ya,
tidak lah hebat sangat.” Alex merendah diri.
“Tak
mengaku. Aku suka dengan dekorasi kafe kau ni. Cantik dan menenangkan.” puji Hendry
Liu. Matanya melihat keadaan sekeliling kafe milik Alex.
“Terima
kasih. Itu semua mengikut citarasa aku.” jawab Alex turut melihat keadaan
sekeliling kafe yang sudah beroperasi 4 tahun.
“Sedaplah
coffee latte ini.” puji Hendry Liu
lagi. Dia terus meneguk coffee latte
dengan penuh nikmat.
Alex
hanya tersenyum.
“Macam
mana kau dengan Yoonah? Bila kau mahu kawin dengan dia?” soalan Hendry Liu
membuatkan Alex tersenyum.
“Kami
sudah putus hubungan sejak 1 tahunlalu.” jawab
Alex.
“Putus?
Tapi mengapa? Aku lihat kau berdua sungguh sesuai. Yoonah cantik, sesuai sangat
dengan citarasa kau tu.” soal Hendry Liu kehairanan. Dia kenal dengan Yoonah
semasa Alex perkenalkan di sebuah parti kawan mereka 1 tahun lalu.
“Entah,
kami sudah tidak serasi. Jadi, aku ambil keputusan untuk berpisah saja.
Sekarang ni kami hanya berkawan biasa.” jawab
Alex malas. Dia tidak mahu bercerita lebih tentang Yoonah di depan Hendry Liu.
Hubungan mereka telah berlalu dan tidak perlu diingatkan kembali.
“Begitu
saja?” soal Hendry Liu lagi.
“Iya,
putus hubungan. Aku tidak mahu hipokrit dengan Yoonah. Bila aku rasa sudah
tidak sesuai lagi maka aku ambil keputusan berpisah. Kau ni banyak tanya
tentang Yoonah, kau ada hati dengan dia ke?” usik Alex membuatkan Hendry Liu
tergelak besar.
“Ya,
aku memang suka dengan Yoonah. Tapi, aku lihat Yoonah memang hanya suka dengan
kau saja. Jadi, aku tidak tahu aku ada harapan atau tidak.” jawab Hendry Liu
lemah seperti orang putus asa.
“Kau
belum cuba lagi tapi sudah menyerah kalah. Kau hubungi Yoonah, pasti dia suka.”
Alex mencadangkan kepada Hendry Liu yang tidak kurang handsome di mata lelakinya.
“Kau
ajaklah Yoonah sertai dinner aku.
Nanti aku hubungi kau bila tarikh yang aku lapang.” Hendry Liu meneguk lagi
saki baki coffee latte.
“Aku
akan bantu kau. Jangan risau.” usik Alex sambil tersenyum.
“Sekarang
ni kau sedang bercinta dengan siapa? Kau kan lelaki handsome sejak di zaman universiti, beritahu lah aku siapa gadis
tu?” soal Hendry Liu ingin tahu.
“Kalau
aku beritahu, pasti kau terkejut.” luah Alex kepada Hendry Liu yang sebaya
dengan dirinya.
“Siapa
gadis bertuah tu?”
“Rania.”
jawab Alex perlahan.
Berkerut
dahi Hendry Liu mendengar nama itu disebut oleh Alex.
“Rania?
Siapa tu?” soal Hendry Liu pelik bila nama gadis itu disebut.
“Kan
aku sudah kata, kau akan terkejut. Rania gadis dari Malaysia.” Tenang sahaja
Alex bertutur.
Mata
Hendry Liu membulat besar.
“Malaysia?
Macam mana kau boleh kenal dia? Beritahu aku, tak sabar aku mahu tahu.” Hendry
Liu teruja mendengarnya.
“Ya,
negara Malaysia. Aku tolong Rania semasa dia tiada tempat penginapan. Dia
melancong seorang diri di Korea.”
“Rania
melancong? Bila masa pula kau bercinta dengannya. Peliklah aku dengan kisah
cinta kau ni.” Hendry Liu gelak sakan.
“Aku
jatuh cinta dengan Rania sejak pertama kali aku bertemu dengan dia.” Alex
teruja apabila bercerita tentang kisah gadis yang bernama Rania.
“Kemudian?”
soal Hendry Liu ingin tahu lagi.
“Kemudian
aku menemani Rania selama 3 haribersiar-siar di
Seoul. Indahnya saat itu.” Alex tersenyum sipu.
“Sekarang
ini Rania di mana? Seoul atau di Malaysia?” soal Hendry Liu lagi.
“Malaysia.”
ujar Alex lemah.
“Betul
ke kau dengan Rania bercinta? Mana foto Rania aku mahu lihat.” Hendry Liu ingin
juga melihat gadis yang berjaya menambat hati kawan baiknya.
“Aku
cakap benar. Takkanlah aku mahu bohong dengan kau. Sekejap, foto Rania ada
dalam telefon aku.” Alex terus mengeluarkan telefon pintarnya. Dia menghulurkan
telefon pintar kepada Hendry Liu yang tidak sabar untuk melihatnya.
Sebaik
sahaja, Hendry Liu melihat foto Rania. Hendry Liu memandang tepat ke wajah
Alex.
“Kenapa
kau lihat aku macam tu?” perli Alex kepada Hendry Liu yang seolah baru melihat
sesuatu yang mengerunkan.
“Rania
gadis muslim?” soal Hendry Liu ingin tahu. Melihat cara pakaian Rania, Hendry
Liu sudah dapat mengagak yang gadis yang dimaksudkan adalah seorang penganut
Islam.
“Ya,
Rania adalah gadis muslim yang berasal dari Malaysia. Rania sungguh cantik
kan?” soal Alex sambil mengambil semula telefon pintarnya daripada tangan
Hendry Liu.
“Ya,
aku setuju dengan kau bahawa Rania seorang gadis yang cantik. Tapi…”
“Tapi
mengapa?” soal Alex cemas bila Hendry Liu berkata demikian.
“Rania
penganut agama Islam dan kau sendiri penganut agama Kristian. Kau sedar kan?”
soal Hendry Liu membuatkan Alex tersandar di kerusi. Soalan yang sama pernah
diajukan oleh Yoonah sebelum ini iaitu perbezaan agama dan bangsa.
“Ya,
aku tahu kami berbeza fahaman agama dan bangsa. Tapi aku cintakan Rania. Itu
aku pasti.” ujar Alex membuatkan Hendry Liu mengelengkan kepala melihat
kelakuan Alex di depannya.
“Kau
sudah bersedia untuk tukar agama atau sebaliknya? soalan itu membuatkan Alex duduk tegak semula.
“Itu
masalah kecil. Aku akan uruskan kemudian. Yang lebih penting sekarang adalah
bagaimana aku mahu mencari dan menghubungi Rania di Kuala Lumpur. Sudah sebulan
Rania meninggalkan aku tanpa sebarang berita.” Alex mengeluh berat.
“Rania
tidak hubungi kau langsung! Tapi tadi kau kata yang kau bercinta dengan Rania.
Tak faham lah aku dengan cerita cinta kau ni.” ujar Hendry Liu seperti sudah
mengalah awal untuk terus mengetahui kisah cinta Alex.
“Aku
memang mencintai Rania tapi aku tidak pasti lagi Rania mencintai aku atau
sebaliknya.” jawab Alex dengan nada kecewa.
“Kau
bercinta di satu pihak sahaja. Rania sendiri tidak melafazkan cintanya kepada
kau. Okay, baru aku faham cerita cinta kau ni. Apa yang menarik sangat Rania ni
sampaikan kau boleh jatuh cinta dengan dia. Tak faham lah aku.” Perli Hendry
Liu. Namun, dalam diam dia mengakui akan kecantikan fizikal yang dimiliki oleh
Rania. Memang memenuhi citarasa Alex yang suka kepada gadis yang cantik.
“Alex,
kau order kan aku satu coffee latte lagi. Tak puas aku minum. Panjang
sangat kisah cinta kau ni.”
“Okay,
aku order kan.” Alex terus mengamit
pelayan kafe untuk mengambil coffee latte
untuk Hendry Liu.
“Susah
aku mahu ceritakan kepada kau. Dengan Yoonah pun aku susah mahu terangkan.”
Alex memulakan penerangan yang membuatkan dia jatuh cinta dengan Rania.
“Yoonah
pun tahu kisah cinta kau ni?” Hendry Liu menyampuk. Alex menganggukkan kepala.
“Ya,
Yoonah tahu dan kenal dengan Rania. Aku suruh Rania menginap sementara di apartment Yoonah.” jawab Alex.
“Oh
patut lah.”
“Aku
suka akan personaliti Rania yang berbeza dengan gadis yang aku temui sebelum
ini. Dia lemah lembut, bijak dan aku suka melihat dia ketawa.” Alex tersenyum
lagi sebaik sahaja nama Rania disebut. Alex masih ingat lagi Rania ketawa sakan
semasa mereka bersiar-siar di Seoul.
“Sekarang
ini kau mahu buat apa?” soal Hendry Liu ingin tahu strategi Alex dalam mencari
Rania.
“Aku
mahu mencari Rania di Kuala Lumpur. Kau boleh bantu aku?” soal Alex penuh berharap
kepada Hendry Liu.
“Aku?”
soal Hendry Liu seperti tidak percaya.
“Aku
sendiri tidak pernah datang ke Kuala Lumpur. Kawan pun aku tidak ada di sana.
Macam mana aku mahu bantu kau mencari Rania.” jawab Hendry Liu dengan jujur.
“Kau
bantu lah aku. Sekarang ni bayangan Rania sentiasa menghantui aku. Jujur aku
kata kan yang aku tidak boleh melupakan Rania walaupun sudah sebulan berlalu.”
Alex mengusap rambutnya perlahan.
“Ini
kes berat. Aku tidak sangka kau bercinta dengan seorang gadis yang berlainan
agama, bangsa dan negara. Kemudian kau tidak dapat hubungi Rania. Pada pendapat
aku, kau jangan marah kalau aku cakap supaya kau lupakan saja Rania. Baru
sebulan sahaja kau berpisah dengan Rania. Biar masa yang menentukan. Aku
percaya kau dapat melupakan Rania sebulan dua lagi.” Tenang sahaja Hendry Liu
bertutur. Matanya tidak lepas daripada melihat riak wajah Alex.
“Kau
pun sama seperti Yoonah. Menyuruh aku melupakan Rania.” bentak Alex membuatkan
Hendry Liu terkejut.
“Aku
sokong Yoonah, kau sebenarnya sunyi sejak berpisah dengan Yoonah. Rania hanya
muncul sekejap dalam hidup kau. Lagipun Rania sendiri belum tentu menerima
cinta kau. Cuba kau fikirkan dengan baik. Jangan terburu-buru atau mengikut
emosi cinta kau tu. Aku nasihatkan kau supaya bercuti supaya dapat melupakan
gadis Malaysia tu. Kau sekarang ni nampak semakin kurus.” Hendry Liu memberi nasihat kepada
Alex.
“Kau
dan Yoonah tetap tidak memahami aku. Tak apa, aku akan berusaha sendiri untuk
mencari jalan mencari Rania. Soal Rania menerima cinta aku atau tidak itu
perkara kedua. Aku mahu bertemu dengan dia dan menjelaskan perkara yang
sebenarnya berlaku antara aku dengan Yoonah.” jawab Alex optimis.
“Aku
cuma memberikan nasihat. Kau mahu terima atau tidak, itu terpulang kepada kau
Alex. Cuma aku berharap sangat yang kau tidak mengabaikan kesihatan tubuh badan
kau disebabkan sibuk mahu mencari Rania.” ujar Hendry Liu prihatin.
Firasat
Hendry Liu kuat mengatakan yang Alex kesunyian. Hendry Liu sendiri tidak
bersetuju dengan cinta Alex kepada Rania yang berlainan bangsa dan agama. Bagi
dirinya Alex masih boleh bertemu cinta dengan gadis Korea yang banyak di luar
sana. Alex tidak perlu menyusahkan diri daripada mencari cinta Rania yang jauh
dari mata.
“Okay,
aku akan fikirkan kata-kata kau. Terima kasih sudi bersembang dengan aku di
kafe. Hal tentang Yoonah itu aku akan usahakan supaya kau berjaya menawan hatinya.”
Alex menepuk bahu Hendry Liu dengan mesra.
“Kau
kalau mahu berbual panjang dengan aku, call
saja aku. Kita boleh keluar sama-sama.” pelawa Hendry Liu.
Alex
tersenyum sendirian.
Matanya
tepat memandang sebuah kotak rantai leher yang tidak diterima oleh Rania. Apa
khabar Rania di Kuala Lumpur? Masih ingat kah dia akan diriku di sini. Tangannya
segera mengambil rantai tersebut dan dibelek-belek perlahan. Pasti Rania kelihatan
cantik jika rantai ini dipakai dileher. Alex mengucup rantai itu. Wajah Rania mula
terbayang di hadapannya. Sungguh dia rindu untuk bertemu dengan sang kekasih hati.