ALEX
bingung dengan apa yang berlaku. Hatinya sungguh kecewa akibat tindakan Rania
menolak pemberian hadiah daripadanya. Kenapa Rania tidak seperti gadis yang
lain, mudah menerima hadiah yang mahal. Rania, kamu gadis yang berjaya
membuatkan hati ini berdebar lagi disakiti. Apa yang kamu telah buat sehingga
aku berasa dunia ini mahu terbalik! Hatinya terasa bagai ditikam bertubi-tubi
dengan pisau. Sungguh sakit! Ditangannya digenggam erat sebotol soju yang
sejuk. Pengunjung semakin ramai yang datang ke kedai makanan yang turut menjual
minuman alkohol. Kepala Alex mula sakit. Badannya mula berasa panas akibat
banyak minum soju sejenis minuman alkohol yang popular di Korea.
“Kenapa
kau ni bodoh?” kata Yoonah dengan meletakkan secawan soju di hadapannya. Hatinya
panas melihat Alex meracau menyebut nama Rania. Gadis muslim yang berasal dari
negara Malaysia.
“Aku
tidak bodoh, suka hati aku la mahu suka Rania.” balas Alex dengan rasa geram.
“Apa
pula tidak bodoh. Kau suka dengan seorang gadis yang belum tentu suka dengan
kamu.” Perli Yoonah dengan nada cemburu.
“Aku
tidak kisah Rania suka dengan aku atau tidak. Yang penting aku mahu dia
menerima hadiah daripada aku. Itu sahaja, sangat mudah untuk melakukannya.”
luah Alex sambil meneguk secawan soju.
“Hati
seorang gadis bukan mudah dibeli dengan sebuah hadiah. Rania tu pun sama, bodoh
menolak hadiah yang mahal. Kalau aku, sudah lama aku terima dengan senang
hati.” ujar Yoonah sambil membetulkan kedudukannya di kerusi bulat.
“Itulah
bezanya antara kau dengan Rania.” sampuk Alex.
“Hentikanlah
kerja sia-sia ini. Lupakan Rania.” hasut Yoonah. Dia mahu Alex melupakan Rania
dan mahu mereka kembali menjalin hubungan sebagai kekasih semula. Semenjak
mereka berpisah sejak setahun yang lalu, dia masih belum menjumpai lelaki yang
baik dan handsome seperti Alex.
“Mana
aku boleh lupakan Rania begitu sahaja. Walaupun 3 hari kami bersama, aku jatuh
cinta dan semakin sayang dengannya.” tutur Alex dengan sebutan yang tidak
jelas.
“Itu
bukan cinta tapi kau tertarik dengan kecantikan Rania kan?” balas Yoonah cuba
memesongkan perasaan cinta Alex kepada Rania. Hampir 3 tahun dia mengenali
Alex, mana mungkin Alex mudah jatuh cinta dengan gadis yang berlainan bangsa
dan agama. Sama sekali tidak mungkin itu berlaku!
“Mula-mula
aku sangka disebabkan kecantikan aku tertawan. Namun, setelah aku cuba untuk
melupakan Rania baru aku sedar yang ianya bukan kerna kecantikan tapi personaliti
Rania sendiri yang tiada pada gadis lain.”
“Kau
pasti akan dapat melupakan Rania setelah dia pulang ke tanahairnya. Aku yakin,
rasa cinta itu akan beransur hilang.” Yoonah turut meneguk soju yang
dihidangkan di depannya.
“Tidak
mungkin aku dapat melupakannya begitu sahaja.” Alex tersedu akibat banyak minum
soju.
“Sedarlah,
Rania itu berbeza agama dengan kau. Dia muslim dan kau Kristian.” ujar Yoonah
lagi cuba merenggangkan hubungan mereka. Walaupun Yoonah sendiri telah
diberitahu oleh Alex bahawa dia bukanlah seorang penganut agama Kristian yang
selalu datang ke gereja pada setiap hari ahad.
“Itu
masalah kecil. Aku akan cari jalan penyelesaiannya.” balas Alex dengan badan
yang terhuyung-hayang.
“Masalah
kecil. Itu masalah besar. Cuba sedar sikit. Kau mahu masuk Islam semata-mata
mahu kan Rania?” tempelak Yoonah dengan nada yang tinggi.
“Apa
salahnya aku memilih agama Islam kalau aku mahu kawin dengan Rania. Aku tahu
lah apa yang mahu buat. Semua itu aku akan uruskan. Kau jangan sibuk dengan hal
aku!” balas Alex dengan nada tinggi membuatkan Yoonah terkejut. Matanya
membulat.
“Aku
akan pastikan Rania menjadi milikku tidak kira apa caranya.” kata Alex dengan
penuh yakin.
“Terfikir
tak kau akan ibu kamu di Busan. Pasti mereka terkejut dengan gadis pilihan kau.
Sudah lah sekarang ni duduk berjauhan. Kalau sudah kawin pasti kau akan tinggal
di Malaysia.” Yoonah mula mencari agenda untuk membuatkan Alex berfikir dua
kali sebelum nekad mencintai Rania. Masih sempat lagi untuk mengubah situasi
ini daripada terus menjadi realiti.
“Seperti
yang aku kata tadi. Aku akan uruskan dengan baik semua itu.” jawab Alex lemah.
“Terpulang,
itu urusan kamu dengan dia. Aku tidak mahu masuk campur. Yang pasti cubaan kau
tidak akan berjaya.” Perli Yoonah lagi. Dia sendiri hairan dengan apa yang
telah berlaku dengan Alex sejak bertemu dengan Rania. Hanya 3 hari sahaja
pertemuan mereka. Namun, secepat itu hati Alex terbuka untuk mencintai seorang
gadis yang berbeza budaya dan agama. Dalam diam,Yoonah mengakui Rania seorang
gadis yang cantik dan lemah lembut tidak seperti dirinya.
“Suka
hati kau lah mahu cakap apa. Aku tidak kisah.” ujar Alex, kepalanya semakin
berpusing dan matanya mula kabur. Yoonah hanya tersenyum simpul melihat Alex
tersungkur di atas meja akibat banyak minum soju. Dalam kepalanya dia mempunyai
perancangan khas untuk Alex dan Rania. Senyumannya semakin melebar dan menakutkan
bagi sesiapa yang melihat.
TELEFON
pintarnya segera disentuh, Rania terus mencari semula video yang telah
dirakamkan di Pulau Nami siang tadi. Dia mahu hantar kepada Zaidah yang berada
di Kuala Lumpur. Itu perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja dia
merebahkan diri di atas katil. Usai menghantar video tersebut, pintu bilik di
ketuk orang. Rania bingkas bangun dan ingin mengetahui siapa gerangannya.
Terpacul 3 orang gadis warga Indonesia yang setiap satu membawa beg sandang.
Mungkin mereka ini lah yang dimaksudkan oleh Kim Mun Seon, staf guesthouse yang bertugas malam ini.
“Ada
3 orang gadis dari Indonesia yang akan menginap di bilik yang sama dengan
anda.” kata Kim Mun Seon yang memakai spek mata bulat sesuai dengan wajah
bulatnya. Rania teringat kembali perbualan mereka sebaik sahaja tiba di guesthouse sejam yang lalu.
Segera
pintu dibuka, sebuah senyuman mesra dilemparkan kepada tetamu yang baru tiba.
“Assalammuaikum.
Mari masuk, apa khabar? Saya Rania dari Kuala Lumpur.” Tangannya dihulurkan
tanda bersaudara.
“Saya
Tuti. Ini Femil dan Vina dari Indonesia.” balas Tuti yang nampak berusia sikit
daripada Femil dan Vina. Mereka saling bersalaman dengan senyuman tidak lekang
dari bibir.
“Maaf,
kami lewat tiba. Tersesat tadi mencari guesthouse
ini.” ujar Femil sebaik sahaja beg sandangnya diletakkan di atas katil bawah.
“Tidak
mengapa. Saya belum tidur lagi. Saya pun baru balik dari Namsan Tower.” Rania beramah mesra dengan teman sebiliknya.
“Oh
ya, kami pun mahu ke sana nanti. Bila pulang ke KL?” sampuk Vina yang ayu
bertudung coklat.
“Cantik
tempat itu. Insya-ALLAH hari jumaat pulang ke KL.” balas Rania sambil
mengemaskan sedikit barangnya yang berselerak.
“Kamu
boleh simpan beg dan kasut di almari ini.” Rania segera menunjukkan almari yang
dimaksudkan tadi.
“Besar
juga ya bilik ini. Kami fikir kecil aja bila melihat di dalam website.” gelak Vina yang sedang membuka
kasut.
“Bilik
ini selesa untuk 4 orang dalam satu masa. Oh ya, kita tidak dibenarkan memasak
di dalam bilik ini. Hanya boleh gunakan microwave
di ruang lobi guesthouse sahaja.”
beritahu Rania kepada kenalan yang baru tiba dari Jakarta, Indonesia.
“Iya,
kami hanya gunakan instant rice.”
balas Femil sambil membuka tudung di kepalanya.
“Kamu
rasa sejuk tak sejak berada di Seoul?” soal Tuti ingin tahu.
“Ya,
sejuk. Pernah satu hari suhunya mencecah 2 celcius. Saya tetap memakai long john dan stokin walaupun berada di
dalam bilik.” jawab Rania sambil gelak.
“Rania,
nama kamu bagus. Saya jadi teringat pada Puteri Rania dari negara Jordan.” puji
Vina membuatkan Rania tersipu malu.
“Sesuai
loh dengan orangnya cantik banget!” sampuk Tuti membuatkan mereka semua ketawa.
“Terima
kasih. Ada saja kamu ni. Kamu semua berehat ya.” balas Rania dengan rendah
diri.
“Aku
lapar ni.” ujar Vina sambil memegang perutnya. Wajahnya amat berharap
permintaannya dipenuhi.
“Kita
makan dulu. Kemudian mandi dan solat.”
Tuti memberi cadangan kepada teman-temannya. Mereka kelaparan dan letih
kerana berjalan agak jauh dari stesen subway.
“Sipp.”
balas Femil dan Vina serentak. Rania hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka.
“Rania,
ayuk makan sekali. Kami ada bawa makanan dari Indonesia. Harus di cuba!” ujar
Tuti dengan loghat pekat Indonesia.
“Terima
kasih. Saya sudah makan. Berapa hari kamu di Seoul?” soal Rania ingin tahu
itenari sahabat baru dari negara jiran.
“3
hari aja. Kemudian mahu ke Pulau Jeju.” jawab Femil yang bertubuh kecil di
kalangan mereka.
“Pulau
Jeju? Wah, bestnya!” Rania teruja
mendengar perkataan Pulau Jeju yang merupakan destinasi yang popular di
kalangan pelancong dalam dan luar Korea.
“Ayuh
dong ikut aja kami.” pelawa Tuti sambil tersenyum manis. Rania mengelengkan
kepala.
“Lain
kali saja. Lawatan kali ini hanya di Seoul, insya-ALLAH jika ada rezeki dan
umur yang panjang mahu ke Pulau Jeju pula. Doa kan ya.”
“Esok
kamu semua mahu ke mana?” soal Rania ingin tahu. Melihat cara pemakaian dan
pertuturan jelas menunjukkan mereka ini anak orang kaya di Indonesia dan masih
belajar di universiti. Rania membuat penafsiran sendiri.
“Kita
mahu ke Everland!” ujar Femil teruja.
Yang lain menganggukkan kepala tanda setuju.
“Wow,
Everland! Tempat menarik tu!” balas
Rania turut teruja mendengarnya. Dalam itenari, esok adalah hari untuk
berkunjung ke Istana Gyeongbokgung.
“Esok
kamu mahu ke mana? Jika kamu mahu turut sekali ke Everland boleh aja. Tapi perlu keluar awal pagi, kami mahu
berseronok di sana.” Tuti mempelawa Rania sekali.
“Eem…
tidak mengapa. Esok saya mahu ke Istana Gyeongbokgungdan
setelah itu mahu shopping. Saya masih
belum berkesempatan shopping lagi. Jika
ke Everland perlu seharian di sana.
Lagi pun saya tidak mahu ganggu kamu bertiga bergembira di sana.” balas Rania
memberitahu perancangannya esok hari.
“Oh
ya, saya ada bawa serunding dari Malaysia. Cubalah rasa, sedap dimakan sama
roti atau nasi.” Rania terus mengambil bekas serunding lalu diserahkan kepada
Tuti yang sudah membuka bekalan makanan yang dibawa.
“Wah,
serunding! Sedap loh, aku pernah makan. Kawan aku dari KL bawa semasa di UI.”
sampuk Vina teruja.
“UI?”
soal Rania dengan wajah bercelaru.
“Oh,
UI itu Universitas Indonesia.” balas Vina sambil ketawa menampakkan gigi yang putih.
Rania turut tersenyum mendengar jawapan itu.
“Ini
serunding apa ya?” soal Vina ingin tahu.
“Serunding
daging. Kamu suka?” ujar Rania turut teruja kerna Vina pernah makan serunding
dari Malaysia.
“Iya
aku suka. Ini ada kerepek pisang cheese
dari Bandung. Kamu pernah rasa?” sebuah plastik dihulurkan kepada Rania. Dengan
perlahan Rania membuka bekas plastik tersebut. Nampak macam sedap! Satu kerepek
terus makan.
“Sedap!
Ini firt time saya rasa. Kalau saya
ke Bandung, mahu beli kerepek ini.” ujar Rania teruja. Memang kerepek ini lain
daripada kerepek di Malaysia. Ianya dipotong memanjang dan disalut dengan tepung.
“Datang
aja. Itu kampung aku.” Vina bersuara.
“Kampung
Vina di Bandung? Pasti seronok ya. Ramai orang Malaysia suka datang shopping dan bercuti di sana. Saya juga
mahu ke situ satu hari nanti.” Rania meluahkan impiannya. Bandung merupakan
destinasi luar negara yang mahu dikunjungi selagi hayatnya masih ada.
“Jika
mahu datang, beritahu aku dulu. Nanti aku boleh temankan jalan-jalan di sana.”
ujar Vina dengan mesra. Terasa mereka mudah bergaul walaupun baru sahaja
berkenalan.
“Insya-ALLAH,
boleh saja. Nanti beri alamat dan no.
handphone untuk saya hubungi kalian sekiranya mahu datang ke Indonesia
pula.”
“Ini
kali pertama kamu semua datang ke Korea?” soal Rania.
“Iya,
semuanya kali pertama. Rania?” soal Tuti kembali.
“Iya,
sama seperti kamu.” balas Rania bersahaja.
“Kamu
semua makan ya, saya mahu berehat dan tidur.” Rania segera mengundurkan diri
daripada mereka yang sudah mula menikmati makanan yang di bawa.
“Okay,
selamat berehat dan sweet dream ya.”
usik Vina yang suka tersenyum sejak tadi.
Sebaik
sahaja Rania meletakkan kepalanya di bantal empuk, fikirannya mula terfikirkan
Alex! Aah… kenapa pula wajah itu muncul waktu ini. Masih kuat lagi di
ingatannya akan wajah muram Alex sebaik sahaja rantai mahal itu dikembalikan
semula. Rania nekad untuk tidak menerimanya kerana bisikan hatinya kuat
mengatakan bahawa dia tidak perlu menerima hadiah semahal itu daripada seorang
lelaki yang tidak diketahui hati budinya. Matanya dipejam rapat.
“Rania,
sebenarnya saya sayang pada kamu. Saya mahu kamu sebagai kekasih.” ujar Alex
perlahan namun jelas kedengaran di telinga Rania. Jantung Rania berdegup
kencang dan badannya panas mendengar kalimah sayang daripada seorang pemuda
Korea. Mana mungkin dia dapat menerima Alex secepat itu, walaupun pemuda itu
telah banyak membantunya di Seoul. Entah dia masih keliru dengan perasaannya
dan perlakuan Alex. Segalanya pantas berlaku tanpa dirancang.
Kelibat
Alex dengan senyuman menawan muncul semula, membuatkan matanya terbuka semula. Jantungnya
berdegup kencang bila wajah Alex muncul di fikiran. Apa yang sudah berlaku pada
dirinya. Tujuannya datang ke Seoul hanya untuk bercuti dan menjejakkan kaki di
tempat yang menarik. Itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Jam tangannya sudah menunjukkan
jam 11.00 malam, macam mana aku mahu tidur ni. Dia bingkas bangun, matanya
melilau mencari sesuatu di atas katilnya. Rania terus mengambil diari Lelaki
Dari Langit. Rambut panjangnya diikat untuk keselesaan menulis. Pen hitam diambil
dan tangannya mula mencatat sesuatu.
Hari ke-3 di Seoul
Hai, diariku sayang. Apa khabarmu?
Aku masih
menginap di Kimchi Myeondong Guesthouse. Layanan di sini semuanya baik dan
mesra. Pejam celik
sudah 3 hari aku di Seoul. Hari untuk pulang ke KL semakin dekat. Ada 2
destinasi utama aku hari ini iaitu Pulau Nami dan Namsan Tower. Psst…mahu tahu
dengan siapa? Tepat sekali jawapan tu, dengan jejaka handsome Korea siapa lagi
jika bukan Alex! Sungguh tak
sangka Alex muncul seawal pagi kerna mahu temankan aku bersiar-siar di Pulau
Nami.
Jangan jelous ya, lelaki handsome
bersamaku di Pulau Nami yang terkenal dengan drama Winter Sonata. Terlepas rasa
kempunan aku, nasi Dosirak telah berjaya aku nikmati. Lain kali aku mahu datang
ke sini lagi bersama suami tersayang. Bila tu, entah aku sendiri pun tidak
tahu. Doakan jodoh yang terbaik buat diriku. Amin. Bertuah
betul aku kali ni, terima hadiah daripada budak kecil berbangsa Korea. Sungguh
mengujakan! Dan aku tidak sangka di Pulau Nami ada tempat musolla. Nampak
sangat di situ banyak orang Islam yang mengunjunginya.
Destinasi kedua adalah Namsan Tower
yang memang sangat romantik bagi pasangan kekasih. Namsan Tower
best untuk aku yang mahu melihat pemandangan bandar Seoul dan Myeongdong di
waktu malam. Sungguh cantik dan sejuk amat! Sampaikan aku tidak tahan dengan
angin sejuk tu.
Psst… malam ini sesuatu telah berlaku. Aku tidak tahu nak kata aku
gembira atau sebaliknya namun aku akhirnya membuat keputusan untuk menolak
hadiah mahal daripada Alex. Walaupun kata Alex, dia ikhlas namun naluri
wanitaku kuat mengatakan jangan terima hadiah itu. Maka aku menolak dan sedikit
kesal pun ada. Iyalah, rantai mahal tu dan dapat free tapi aku tolak. Hahaha…
jangan gelakkan aku ya. Aku bukan gadis yang mudah dikaburi dengan intan berlian
atau permata yang mahal. Aku adalah aku, tidak memandang semua itu hanya
memandang ketampanan hati budi seorang lelaki. Kejam kah
aku kepada Alex yang banyak menolong aku sepanjang berada di Seoul?. Secepat ini kah Alex jatuh cinta
dan menganggap aku sebagai kekasih. Adakah aku turut kecewa dan bersedih dengan
apa yang Alex rasa?. Moga Tuhan sentiasa bimbing dan bersama denganku.
Rania
segera menutup diarinya dengan keluhan yang berat. Matanya terpejam rapat.