ZAIDAH terpegun
dengan figura lelaki itu, tinggi
lampai dan handsome. Matanya tidak
berkelip memandang dari bawah ke atas.
“Jom
Zaidah, kita pergi makan mee goreng mamak di seberang jalan tu. Aku mengidamlah
dengan mee goreng mamak.” ujar Asraf sambil menoleh ke arah Zaidah.
“Hei,
aku cakap ni.. kau pandang apa tu?” ujar Asraf turut memandang mencari sesuatu.
“Asraf,
siapa lelaki handsome tu?” soal
Zaidah teruja sampaikan tertarik lengan baju Asraf.
“Lelaki
handsome mana?” soal Asraf semula.
Matanya melilau mencari kelibat lelaki yang dimaksudkan oleh Zaidah.
“Tu
hah! Yang ada di kaunter kafe tu. Sebelum ni aku tak pernah nampak pun. Staf
baru ke?” mulut Zaidah terjuih ke arah Love
Coffee Café.
“Eemm…
kau ni ketinggalan kapal terbang ke apa? Itu pengurus baru Love Coffee Café.” jawab Asraf malas. Wajahnya mencuka masam.
“Pengurus
baru? Kenapa aku tak tahu menahu pasal ni?” soal Zaidah curiga kerana dia
langsung tidak menyedari kehadiran lelaki itu hotel mereka.
“Sebab
kau tak mahu ambil tahu! Sebelum ni, Mr. Salman yang uruskan. Sekarang pula
pengurus baru ambil alih. Psst… aku dengar sebab masalah kewangan! Handsomekan pengurus baru tu. Macam
artis Korea!” ujar Asraf tersenyum.
Mata Zaidah masih menumpukan perhatian
kepada figura itu.
“Lelaki
itu orang Korea ya? Pandai ke dia cakap bahasa Melayu?” soal Zaidah lagi. Dia
benar-benar tertarik dengan lelaki yang handsome.
Sesuatu yang normal pada pandangan mata seorang wanita.
“Iya,
aku dengar cerita dia tu dari Korea. Yang paling aku terkejut, dia boleh
bertutur dalam bahasa Melayu.” jawab Asraf bersungguh.
“Betul
ke ni? Cerita yang sangat menarik dan aku sangat suka!” Zaidah menjerit kecil.
“Woi..
perlahan sikit suara kau tu. Tahulah kau tu teruja sangat dengan lelaki handsome.” Asraf menjeling tajam ke arah
Zaidah.
“Bila
kita nak berkenalan dengan dia? Aku sudah tidak sabar ni. Mana tahu kali ini
aku berjaya menguratnya!” Zaidah tertawa besar.
“Asraf
yang baik hati. Kau tolong aku.. kenalkanlah aku dengan dia.”
Asraf
buat muka selamba tanpa memandang wajah Zaidah.
“Please…”
pujuk Zaidah lagi.
“Malaslah
aku. Banyak kerja lain yang aku kena buat. Kau sendirilah berkenalan dengan
dia! Kaukan wanita Melayu terakhir.” perli Asraf membuatkan Zaidah menoleh
terus ke arahnya.
“Aku
tahu, kau jealous kan! Sebab aku
minat dengan dia! Kau tak mahu bantu aku, tak apa. Aku boleh uruskan sendiri!”
gertak Zaidah.
Asraf
mencembekkan wajah.
“Hah,
buat lah sendiri. Aku nak lihat kau berjaya ke tak?” perli Asraf seperti
menyimbah minyak tanah membuatkan api semakin marak.
“Kau
lihatlah, aku pasti berjaya!” jawab Zaidah bersemangat tinggi.
“Kita
tengok siapa yang menang nanti!” ujar Asraf berlalu meninggalkan Zaidah yang
masih tidak mahu berganjak.
“Berita
ni aku harus beritahu Rania!” bisik hati Zaidah. Dia tersenyum sendirian.
ALEXANDER
melihat Love Coffee Café dengan
senyuman tidak lekang dari bibirnya. Ekor matanya melihat setiap sudut Love Coffee Café dengan penuh tekun.
“Macam
mana Alexander, semuanya sudah bersedia?” suara Dato’ Kamil dari belakang
membuatkan Alexander pantas menoleh.
Senyuman
terukir dibibirnya.
“Ya,
semuanya sudah siap cuma mahu beroperasi sahaja. Dato’ Kamil, jemput datang hari
Selasa semasa majlis pembukaan rasmi Love
Coffee Café.” pelawa Alexander bersungguh. Dia berasa senang dengan personaliti
Dato’ Kamil, mudah berkomunikasi dan berjiwa besar.
Dato’
Kamil tersenyum lebar. Spek matanya dipegang perlahan.
“Saya
berminat untuk hadir tapi hari Selasa saya sudah berada di Bangkok ada urusan
perhotelan di sana. Moga majlis perasmian Love
Coffee Café berjalan lancar. Syabas kepada awak!” Dato’ Kamil menepuk bahu Alexander
dengan mesra.
Alexander
menganggukkan kepala.
“Kalau
macam tu, bila Dato’ senang boleh datang ke sini. Saya akan buat air coffee
yang special untuk Dato’.” ujar Alexander
sambil tertawa.
Dato’
Kamil tergelak besar. Merona merah wajahnya.
“Itu
sudah pasti. Saya paling suka minum Espresso.” gelak Dato’ Kamil lagi.
“Saya
ada urusan lagi ni. Senang hati saya melihat kemajuan kafe. Harap perasmian
nanti berjalan lancar. Jumpa lagi Alexander!” Dato’ Kamil menghulurkan tangan
kepada Alexander.
“Okay,
jumpa lagi Dato’.” Alexander tersenyum sambil bersalam dengan Dato’ Kamil. Mata
Alexander melihat Dato’ Kamil beredar dari kafe menuju ke pejabatnya yang
terletak di aras 3, Hotel Princess.
“Semuanya
sudah selesai. Boss boleh berehat.” suara Taqif, seorang anak jati Malaysia dari
belakang. Alexander terus menoleh.
Tanpa
disuruh Alexander dan Taqif melabuhkan punggung di kerusi kayu.
“Macam
mana dengan peralatan di dalam?” soal Alexander mesra.
“Semuanya
sudah siap. Cuma perlu letak bunga segar di setiap meja. Itu saya akan letakkan
pada hari perasmian nanti.” Taqif memandang tepat ke arah Alexander.
“Besar
harapan saya supaya pembukaan kafe baru ini akan mendapat sambutan baik.”
“InsyaAllah,
pasti sukses pembukaan kafe ni.” Taqif memberi semangat kepada majikan barunya.
“Rakyat
Malaysia mudah mencuba sesuatu yang baru. Terutamanya bab makanan dan minuman.
Cuba lihat di luar sana banyak kedai francais
yang diterima baik.” Taqif mula bercerita tentang kesukaan rakyat Malaysia
tanpa disuruh.
“Kami
di Korea tidak sangat terbuka dengan makanan daripada negara luar. Mungkin
disebabkan makanan asasi kami yang tidak sama dengan makanan luar negara.
Semenjak saya tinggal di Kuala Lumpur, makanan yang paling saya suka adalah nasi
lemak!” Alexander tergelak membuatkan Taqif turut tertawa.
“Tidak
lama lagi badan boss akan gemuk asyik makan nasi lemak!” Taqif tertawa lagi.
“Itulah,
saya pun perasan yang berat badan saya sudah mula naik. Saya perlu ke gym untuk kekal sihat.” jawab Alexander
dengan melihat badannya.
“Boss
seorang yang tinggi lampai. Macam saya ni, sudahlah rendah ditambah dengan
gemuk lagi.” ujar Taqif sambil tertawa.
“Awak
perlu kuruskan badan. Ikut saya ke gym setiap minggu.” Nasihat Alexander.
“Saya
ada niat dan perancangan untuk kuruskan badan tapi tak berjaya juga.” Lemah
sahaja nada suara Taqif.
“Sekejap
lagi saya mahu balik. Taqif mahu tumpang kereta saya?” pelawa Alexander sambil
membuka apron yang dipakainya.
“Terima
kasih, hari ini saya ada dating. Lain
kali saja.” jawab Taqif malu-malu.
“Ohh..
okay.” pendek sahaja Alexander menjawab.
“Boss
perlu cari girlfriend!” usik Taqif
membuatkan Alexander tersipu malu.
“Muka
handsome macam boss ni pasti sudah
ada girlfriend kan? Gadis Korea atau
Malaysia?” usik Taqif lagi. Taqif tidak rasa mustahil pengurus Love Coffee Café ini sudah memiliki
gadis pilihan cuma dia tidak pernah lihat Alexander menyebut atau membawa gadis
berkenaan di kafe.
“Muka
handsome bukan lesen besar untuk
gadis mudah terpikat.” usik Alexander kepada Taqif yang masih muda usianya.
“Hahaha..
betul tuh juga boss! Saya sangat setuju!” jawab Taqif sambil ketawa
terbahak-bahak.
“Tapi
kalau boss malu atau nak berkenalan dengan gadis Melayu, saya boleh tolong
uruskan mana yang patut. Almaklumlah, staf perlulah membantu boss tak kira
dalam soal kerja atau luar kerja kan?” usik Taqif galak menyakat Alexander yang
tersipu-sipu malu.
“Taqif
ramai kenalan perempuan ke? Hebat lah macam tu! Nanti kalau saya rasa perlu,
saya akan beritahu. Buat masa ni, saya tak bersedia lagi.” jawab Alexander
dengan merendah diri. Hanya TUHAN sahaja yang mengetahui siapa kah gadis yang
berjaya bertahta di dalam hatinya buat masa ni.
“Boss
jangan tunggu lama sangat, nanti rugi. Boss cepat-cepat beritahu saya bila boss
sudah bersedia. Insya-ALLAH, gadis Melayu banyak yang cantik dan lemah-lembut.”
ujar Taqif bersungguh.
“Iya
lah, Taqif beri perhatian yang lebih kepada girlfriend
Taqif sendiri. Bila kamu mahu bernikah?” soalan Alexander membuatkan Taqif
menelan air liur. Taqif tertunduk.
“Jika
Taqif bernikah jangan lupa jemput saya datang. Mesti meriah, ingin juga saya
melihat adat istiadat orang Melayu bernikah dan berkahwin.” usik Alexander
kepada Taqif yang hanya membatukan diri.
“Eis…
saya belum tahap mahu bernikah lagi. Saya kawan pun suka-suka sahaja.” ujar
Taqif dengan selamba.
“Erk..
maksud saya…” Taqif cuba mengelak daripada menjawab solan itu.
“Saya
harap awak dapat cari wanita yang baik untuk menemani hidup awak nanti.
“InsyaAllah.
Harap sangat doa boss tu jadi kenyataan.” jawab Taqif jujur.
“Baiklah,
esok jangan datang lewat. Esok merupakan hari yang paling penting untuk Love Coffee Café. Sama-sama kita
menjayakannya.” Pesan Alexander kepada Taqif yang kelihatan gelisah di situ.
“Insya-ALLAH,
boss! Saya akan sampai awal!” jawab Taqif. Dia bingkas berdiri dan bersalaman
dengan Alexander.
FAREED
merenung TV dengan tajam, fikirannya mula memikirkan hubungannya dengan Rania.
“Ini
nengok TV atau TV nengok Fareed.” bising Puan Munnah.
Fareed
spontan menoleh ke arah Puan Munnah yang melabuhkan punggung di sisinya.
“Fareed
nengok TV la. Cerita ni tak best.”
Komen Fareed sambil membetulkan kedudukannya di atas sofa yang berbunga ala
Inggeris.
“Cerita
TV pula yang dipersalahkan. Fareed tu mengelamun jauh. Tak payah mahu salahkan
TV pulak.” perli Puan Munnah dengan tersenyum.
“Betul
mak, cuba mak nengok cerita drama Melayu ni. Asyik-asyik benda yang sama, kisah
remaja yang terlanjur, anak luar nikah, bergaduh sebab perempuan dan kawin
paksa. Fareed sendiri sudah muak dengan cerita macam tu. Macam sudah tidak ada
cerita lain.” rungut Fareed dengan wajah yang berkerut.
“Kalau
dah tak suka tak payah Fareed nengok. Pilih channel
lain. Tak payah nak komen lebih-lebih.” Cadang Puan Munnah kepada Fareed
yang kelihatan bosan.
“Fareed
malas mahu nonton lagi. Sekejap lagi Fareed mahu keluar dengan kawan.” ujar
Fareed perlahan.
“Keluar
lagi dengan Rania ke?” soal Puan Munnah ingin tahu. Naluri keibuannya kuat
mengatakan Fareed ingin berjumpa dengan Rania, anak gadis kepada wanita yang
pernah dimusuhi semasa zaman mudanya.
“Tak
adalah mak. Kawan Fareed bukan Rania saja, ada ramai lagi kawan Fareed.” jawab
Fareed dengan berhati-hati. Fareed tidak mahu melukakan perasaan Puan Munnah
yang pantang dapat tahu dia keluar dengan Rania.
“Betul
ke ni? Jangan bohong dengan mak.” Gertak Puan Munnah membuatkan Fareed menelan
air liur dengan kuat. “Mengapa mak tidak menyukai Rania, sedangkan aku sendiri
amat menyukai dan ingin Rania menjadi milikku.” Fareed sempat bermonolog
sendirian.
“Fareed
mahu jumpa dengan kawan yang lain. Tapi Rania ada juga sekali. Kami tak
berdua-duan.” jawab Fareed teragak-agak. Bimbang dengan pembohongannya akan
menyebabkan masalah timbul nanti.
“Kan
mak sudah kata, jangan keluar lagi dengan Rania. Mak tak suka. Fareed jangan
beri sebarang harapan kepada Rania.” Nada suara Puan Munnah mula tinggi.
Wajahnya mula berkerut seribu.
“Fareed
sudah lama tak jumpa Rania. Sudah 2 minggu Fareed tak jumpa dia. Fareed jumpa
pun mahu bincang pasal dokumen yang Fareed kena sediakan di tempat kerja. Mak
tahu kan yang Rania tu bijak dalam menyediakan dokumen penting.” ujar Fareed
memberi alasan kepada Puan Munnah yang hanya memandang TV di depannya.
“Banyak
kawan Fareed yang lain boleh tolong sediakan dokumen penting tu. Kenapa pula
hanya Rania saja yang boleh tolong?” soal Puan Munnah dengan nada tidak puas
hati. Puan Munnah cukup tidak suka anak tunggalnya mempunyai hubungan dengan
Rania.
“Rania
saja yang ada masa lapang untuk bantu Fareed. Kawan yang lain semuanya sibuk.
Dokumen itu Fareed kena siapkan cepat.” jawab Fareed masih memberikan alasan
untuk Puan Munnah mengizinkannya keluar dengan Rania.
“Itu
semua alasan Fareed kan? Mak tetap tidak boleh terima apa jua alasan yang
Fareed berikan.” perli Puan Munnah.
Sebelum
ini dia memikirkan Fareed hanya sekali sekala keluar dengan Rania setelah
pulang daripada UK namun beberapa bulan selepas itu Fareed semakin galak keluar
dengan Rania. Ini membuatkan Puan Munnah semakin curiga perhubungan Fareed
dengan Rania.
“Terpulang
kepada mak mahu percaya atau tidak. Fareed tidak kisah.” jawab Fareed kecewa.
“Ini
bukan masalah percaya Fareed atau tidak tapi yang mak tak suka adalah berjumpa
dengan Rania.” tegas Puan Munnah. Matanya memandang terus ke wajah Fareed yang
kelihatan muram.
“Tapi
kenapa mak tak suka dengan Rania?” soalan Fareed membuatkan Puan Munnah sungguh
terkejut. Matanya membulat besar.
“Memang
mak tak suka dengan Rania. Jangan tanya mak kenapa.” jawab Puan Munnah dengan
suara yang keras. Puan Munnah mula tidak dapat mengawal emosi wanitanya.
“Beritahulah
Fareed kenapa mak tak suka Rania. Sekurang-kurangnya Fareed boleh betulkan apa
yang tak betulnya.” pujuk Fareed dengan suara yang perlahan. Fareed bimbang
jika dia turut berkeras dengan Puan Munnah kisah dia dan Rania tidak akan ke
mana-mana. Restu seorang ibu amat diperlukan dalam Fareed mendirikan mahligai
rumahtangga.
“Tak
ada apa yang perlu diperbetulkan. Fareed jangan hubungi Rania lagi.” gertak
Puan Munnah.
“Tapi
mak… Fareed suka Rania.” Pengakuan Fareed itu benar-benar membuatkan jantung
Puan Munnah berdegup kencang seperti disambar petir.
“Fareed
suka Rania?” soal Puan Munnah inginkan kepastian semula. Adakah benar yang
didengar oleh telinganya sebentar tadi.
“Ya,
Fareed suka Rania. Fareed mahu Rania jadi isteri Fareed.” Puan Munnah berasa
kepalanya berpusing apabila mendengar impian Fareed. Puan Munnah memegang
kepalanya yang mula berdenyut kuat.
“Mak!
Kenapa ni?” soal Fareed cemas. Fareed memegang badan Puan Munnah.
“Kepala
mak sakit.” jawab Puan Munnah perlahan. Tangannya masih memegang kepalanya.
“Fareed
bawa mak ke klinik ya.” ujar Fareed dengan cemas. Tangannya tidak lepas
memegang bahu Puan Munnah. Badan Puan Munnah disandarkan di sofa.
“Tak
payah. Bawa mak masuk bilik. Mak mahu berehat.” jawab Puan Munnah dengan
termengah-mengah.
“Mak
macam sakit ni. Kita jumpa doktor ya.” Fareed memberikan cadangan kepada Puan
Munnah yang bingkas bangun daripada sofa. Fareed membantu Puan Munnah berdiri.
“Tak
payah. Kepala mak pening sikit je. Ambilkan pil panadol di dalam laci.” Suruh
Puan Munnah kepada Fareed yang masih tidak puas hati dengan kata-katanya.
“Tolong
mak.” ujar Puan Munnah. Fareed terus memapah Puan Munnah menuju ke bilik.
“Betul
ke mak pening kepala saja ni?” soal Fareed semasa membawa Puan Munnah ke bilik.
“Iya,
mak tak cukup tidur agaknya. Itu yang tiba-tiba pening kepala. Jangan lupa
ambil kan mak panadol tu. Lepas makan panadol, kepala ni baiklah.” Puan Munnah
memberikan alasan. Kepalanya masih sakit berdenyut-denyut.
“Fareed
tidak payah keluar.” Kata-kata Puan Munnah membuatkan Fareed mengangguk kepala
tanda akur.
Fareed
berasa cemas dengan situasi tadi. Sebelum ini, tidak pernah Puan Munnah
tiba-tiba pening kepala.
“Fareed
temankan mak di sini.” jawab Fareed sambil membaringkan Puan Munnah dengan
berhati-hati. Kain selimut diambil lalu diberikan kepada Puan Munnah yang
kelihatan agak penat.
“Terima
kasih Fareed. Mak ni sudah tua. Penyakit pun sudah mula datang.” Puan Munnah
mengeluh pendek. Wajah Fareed dipandang dengan penuh harapan.
“Mak
berehat. Jangan cakap lagi. Fareed pergi ambilkan panadol. Mak tunggu ya.” ujar
Fareed mematikan perbualan sebaik sahaja Puan Munnah mula bercakap tentang usia
tua.
Kini,
dalam hidup Fareed hanya Puan Munnah seorang sahaja permata yang bernilai di
sisinya. Fareed sudah lama kehilangan ayah. Dia mahu menjaga dan membuatkan
Puan Munnah bahagia selagi hayatnya masih ada.
“Bawakan
air sekali.” ujar Puan Munnah. Matanya melihat kelibat Fareed dari belakang.
Fareed menganggukkan kepala tanda faham. Puan Munnah memalingkan wajahnya ke
arah kiri. Dia tersenyum puas dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
Senyumannya semakin lebar.