PELUH mula membasahi baju yang dipakai oleh Rania. Kakinya
mula sakit akibat berjalan jauh untuk ke hostel
Yellow Brik. Tempahan bilik hostel masih
kuat digenggam erat. Matanya tepat ke arah wanita Korea yang kelihatan muda di
hadapannya.
Wanita itu hanya tersenyum. “Mohon maaf, bilik di hostel kami telah penuh sejak seminggu
yang lepas. Kami terpaksa memenuhi permintaan pelancong yang datang awal.”
“Apa?” keras suara Rania mendengar penjelasan wanita
itu.
Kepalanya digaru. Tangannya digengam kemas.
Kepalanya mula sakit apabila mendengar maklumat yang baru didengar.
“Saya datang dari jauh dan telah menempah bilik di
sini! Awak faham tak?” jerit Rania. Matanya mula merah.
Wanita Korea itu tertunduk dan membatukan diri. Banyak
mata yang memerhatikan perbincangan hangat antara mereka. Suara dan bisikan
jelas didengari oleh Rania.
“Apa tengok-tengok ni. Ini bukan wayang gambar!” dengus
Rania kepada pasangan daripada negara Thailand.
“Tak masuk akal!” Rania menumbuk kaunter pertanyaan hostel itu. Wajahnya diraup dengan
tangan. Dengan keras Rania mengambil semula kertas tempahan bilik dan sempat
menjeling tajam ke arah wanita itu yang tidak mampu untuk tersenyum lagi
seperti mula-mula dia menjejakkan kaki di hostel
Yellow Brik.
“Saya akan buat aduan terus kepada pengurus hostel Yellow Brik!” dengus Rania lagi. Bibirnya
terjuih. Kakinya mula melangkah longlai ke arah pintu utama.
Tiba-tiba Rania berpaling semula dan berkata keras,
“Saya akan beritahu seluruh dunia dalam facebook
supaya pelancong tidak datang lagi ke hostel
yang teruk dan mungkir janji!” .
Jarinya ditunjuk terus ke arah wanita yang bertugas
ketika itu. Pintu utama hostel Yellow
Brik dihempas kuat. Dadanya berombak cepat. Rania melangkah longlai tanpa
arah tuju. Matanya terus memandang ke depan tanpa ada perasan teruja lagi. Rania
mendongakkan kepalanya ke langit. Lama.
“Langit yang gelap tanpa ada bintang.” hatinya
berbisik.
“Aduh!” Terpacul perkataan itu dari mulut Rania.
Lengannya dilanggar oleh seorang pemuda Korea. Mata Rania membulat ke arah
lelaki itu.
“Sorry!” pemuda
itu berkata dan menundukkan sedikit kepalanya. Rania tergamam bila lelaki itu
menundukkan kepala tanda mohon maaf. Rania hanya mampu melemparkan senyuman
kepada pemuda itu. Rania mengosok perlahan lengannya.
Rania meneruskan perjalanan di kawasan yang
dikelilingi dengan kedai pakaian tradisional Korea yang lebih dikenali sebagai hanbok. Jam tangannya menunjukkan jam
10.45 malam waktu Korea.
“Argh!!! Hari sudah malam, mahu menginap di mana ni.”
Rania bermonolog sendirian. Dia terduduk mencangkung. Kepalanya tertunduk.
Badannya mula mengigil akibat kesejukan dan angin malam. Rania membatu
seketika.
Rania merenung kasut baru yang tersarung dikakinya.
Kasut itu dibeli khas dari Kuala Lumpur untuk dibawa bersama mengembara di negara
Korea yang mempunyai empat musim utama.
“Ciss! Apa punya perkhidmatan mereka tawarkan. Kalau
aku tahu, taubat tidak mahu menempah hostel
Yellow Brik itu lagi. Serik!.” Dia bermonolog sendirian. Ditolehnya ke
belakang melihat sebuah kafe yang tertera nama “Honey Coffee Cafe”.
Belakang badan dan pinggangnya mula sakit. Mata Rania
mula bergerak ke kiri dan ke kanan. Pemuda-pemudi Korea yang lalu di hadapannya
melihat Rania dengan pandangan yang pelik, melihat dari atas ke bawah kelibat Rania
yang berdiri kesejukan di stesen subway Hangsung
University. Asap putih mula kelihatan sebaik sahaja Rania bernafas. Tangannya dimasukkan terus ke dalam poket baju
panas. Terasa hangat apabila tersentuh pek heater
yang dibawa bersama.
“Kalaulah Zaidah datang sekali tentu seronok
aktiviti backpacking ni. Ahh… Zaidah!
Kenapa kau sakit waktu ni!” dengus Rania kuat.
Sementara itu…
Sepasang mata asyik memerhati Rania dari dalam “Honey
Coffee Café”. Wanita dihadapannya sungguh pelik dan berbeza daripada wanita
Korea yang biasa dilihat. Seorang wanita yang membawa beg sandang dan
ditanggannya mengengam peta. Dia kelihatan panik dan mencari sesuatu. Sudah
setengah jam dia melihat wanita itu berdiri kesejukkan.
“Siapa wanita cantik itu? Kenapa dia keseorangan di
waktu malam begini?” bisik hati Alex. Tanpa disedari kaki Alex melangkah laju. Dengan
nekad, Alex memberanikan diri untuk berjumpa dengan wanita itu.
“Anyoung haseyo (hello)” ucap Alex.
“Mohon maaf, boleh saya bantu Cik?” Alex datang mendekati
Rania yang termangu-mangu sendirian.
Rania terlompat kecil mendengar suara lelaki dari
belakangnya. Jantungnya berdegup kencang.
Lelaki Korea di depan matanya direnung tajam.“Tidak
ada apa-apa. Terima kasih.” balas Rania acuh tidak acuh.
“Cik berasal dari mana?” lelaki itu berusaha untuk
membantu Rania yang mula menjauhkan diri daripadanya.
“Kuala Lumpur.”
“Maksud saya Malaysia.” balas Rania dengan malas.
“Oh, saya tahu. Satu Malaysia.” Alex menambah.
“Ya, satu Malaysia. Macam mana tuan tahu tentang
itu?” Rania mula berminat.
“Suhu di luar ini sejuk. Ayuh, masuk ke dalam kafe.”
Alex mempelawa Rania yang dilihat kesejukkan. Tanpa membantah, Rania mengekori Alex
masuk ke dalam kafe. Sebaik sahaja mereka berdua duduk di sebuah meja bulat, Alex
menghulurkan tangannya.
“Nama saya Alex.”
“Saya Rania.” Tangan kanannya diletakkan di dada.
“Cik seorang muslimah?” tanya Alex. Tangannya
ditarik semula.
“Ya, saya seorang muslimah. Bagaimana tuan tahu
tentang itu?” soal Rania kehairanan.
“Cik memakai tudung di kepala.” Alex tersenyum.
Menu minuman diserahkan kepada Rania. “Cik mahu
minum apa?”
“Cappicuno.”
balas Rania ringkas.
“Makanan?” soal Alex lagi.
Rania hanya mengelengkan kepala. Sebaik sahaja
pelayan kedai mengambil pesanan, Alex menghulurkan sebuah kertas kosong
kepadanya.
“Kertas kosong ini untuk apa?” terbeliak mata Rania.
“Perancangan Rania di Korea. Maksud saya di Seoul
khususnya.” bersahaja Alex bertutur.
Mata Rania terkebel-kebel ke arah Alex. “Maksud
kamu?”
“Saya pasti Rania adalah seorang pelancong yang
bersendirian di sini.”
Rania mengelengkan kepala. “Siapa yang kata?” getus Rania.
“Sayalah siapa lagi.” Alex ketawa menampakkan
barisan gigi putih.
Rania turut ketawa. Banyak mata yang memandang ke arah
mereka berdua.
“Saya lihat Rania amat tertekan semasa pertama kali
kita bersua.” Alex memulakan perbualan serius.
Rania tersenyum. “Ya, memang saya amat tertekan
tadi. Tempat penginapan saya dibatalkan di saat akhir.” bahunya terjengket
sedikit.
Seorang lelaki pelayan kopi tiba dengan dua buah
cawan. “Ini coffee dan cappucino. Selamat menikmati!”
Tanpa membuang masa, Rania terus mengambil cawan
yang berisi cappucino. Mata Rania
terpejam rapat sebaik sahaja air cappucino
itu masuk ke dalam rongga tekaknya. “Erm… sedapnya!”
“Rania kesejukkan. Suhu pada waktu malam adalah
lebih sejuk. Walaupun sekarang musim bunga, namun anginnya tetap sejuk.” penjelasan
Alex membuatkan Rania terdiam.
“Rania perlukan sarung tangan.” Alex terus mengambil
beg sandangnya. Sepasang sarung tangan kulit dikeluarkan lalu dihulurkan kepada
Rania.
“Untuk saya?”
“Ya, untuk Rania.”
Rania menolak. “Tidak perlu, saya akan beli nanti.”
Alex tersenyum. “Rania tidak perlu kembalikan kepada
saya. Anggap sahaja ianya hadiah daripada seorang lelaki Korea yang baik hati.”
Rania menundukkan sedikit kepalanya sambil
tersenyum. “Terima kasih.”
“Rania mengembara seorang diri di Seoul?” soal Alex.
“Ya, seorang diri. Asalnya berdua tetapi pada saat
akhir kawan saya menarik diri daripada turut serta.” kata Rania lemah.
“Jadi, malam ini Rania mahu bermalam di mana?” soal Alex
dengan nada bimbang.
“Kalau tiada tempat menginap, Rania boleh ikut
saya.” pelawa Alex.
Rania terkesima mendengar ayat daripada lelaki Korea
yang baru dijumpainya sebentar tadi.
“Uhuk, uhuk!”
“Ikut awak?” Rania terkejut mendengar pelawaan itu.
“Saya tinggal di kondominium. Jangan risau, kondominium saya ada 4 bilik.” Alex
tersenyum. Rania terpesona!
“Selepas kita minum, kita pulang ke kondominium saya.” Alex menghabiskan sisa
minuman Coffee.
Rania tersedar dan menelan air liurnya. Jantungnya
mula berdegup kencang!
“Mohon maaf, saya perlu ke tandas sebentar.” Rania
berdiri dan terus menuju ke arah tandas. Kakinya melangkah laju.
Di dalam tandas…
Rania memegang kepalanya dan berjalan ke kiri dan ke
kanan. Dia merenung tajam cermin tandas yang dihias cantik dengan sebuah pasu
orkid. “Lelaki playboy rupanya! Hah,
matilah aku!” Rania memegang wajahnya yang putih.
“Bila sampai di Korea, jangan buat muka cantik pada
lelaki Korea. Awak tu cantik dan tinggi lampai. Lelaki mana yang tidak terpikat!
Buat muka sombong campur bengis sikit supaya turun sikit darjah kecantikan.
Ingat tu!!!” bebelan Zakiah mula terbit di mindanya.
“Macam mana nak lari daripada Alex?” Rania menyoal
dirinya sendiri.
“Menghilangkan diri daripada lelaki itu? Tapi macam
mana? Tentu dia akan nampak aku jika lalu dihadapannya.” Rania berkata
sendirian di hadapan cermin tandas.
“Tidak boleh jadi, aku harus cari jalan untuk lari
daripada lelaki playboy itu!” Rania
mengenggam kuat tangannya.
Sebaik sahaja Rania keluar, dengan pantas dia
mengambil beg sandangnya.
“Mohon maaf, Alex. Saya terpaksa keluar, kawan saya
sedang tunggu. Jumpa lagi.”
Alex memandang Rania dengan mata membulat dan
terkasima.
“Rania, tunggu!” jerit Alex.