Home Novel Seram/Misteri Banglo Tasik Kundang
Banglo Tasik Kundang
Sang Jerry
10/11/2017 12:43:39
11,553
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7

Daus kehairanan. Diramas-ramas jari jemarinya itu. Tetapi tiada sebarang perkara ganjil yang berlaku.

"Merepeklah awak ni, May."

"Hmm okay... perasaan saya saja barangkali."

"Dah jom, lama mereka tunggu kita tu."

Daus berpimpin tangan menuju ke banglo mewah itu. Hatinya sendiri hilang sabar untuk menjalani kehidupan yang serba baru di sini. Jauh dari hiruk pikuk suasana kota kepada persekitaran yang lebih sunyi tetapi menenangkan.

Pintu rumah dikuak seluas-luasnya. Angin yang berhembus menderu laju menerpa ke segenap ruang. Dibuka pula pintu utama yang menghadap Tasik Kundang, cukup mendamaikan. Segar mata Daus tatkala memandang air tasik yang terbentang luas itu.

"May... kemari sebentar."

"Ada apa sayang... ?"

"Suka tak?"

"Mestilah suka, dah macam resort."

"Sebab tu, saya nak sangat tinggal di sini. Buka je pintu ni, dah boleh berkayak petang-petang."

"Ada-ada saja sayang ni. Tapi, kalau berkayak pun seronok jugakkan?"

"Nanti saya nak memancing dari balkoni ni. Dapat ikan boleh masak terus." Daus berseloroh.

May ketawa melayan kerenah suaminya, Daus. Sudah lama rasanya mereka berdua tidak segembira begitu.

--------X--------

"Semua dah siap, encik." Sapa pemandu lori itu.

"Terima kasih ya, ni bayarannya seperti yang telah dijanjikan." Balas Daus.

"Tak nak minum dulu?" pelawa May pula.

"Oh tak apa, saya mahu cepat. Lagi pula, sekarang petang-petang hujan." Balasnya lagi.

Daus menghantar pemandu lori itu sehingga ke muka pintu. May membontoti suaminya. Mereka hanya memerhatikan sehingga kelibat lori itu hilang jauh dari pandangan mata.

Satu persatu kotak dibuka. Barang-barang dikeluarkan dengan berhati-hati. May ditugaskan untuk menyusun atur kelengkapan dapur manakala Daus pula mengemas di bahagian ruangtamu.

---------

Pokok hari kelihatan mendung. Awan gelap berarak menutupi sang mentari yang bersinar. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa pada mulanya kini telah bertukar garang. 
Terjahan sang angin menghempas dirinya ke tingkap dan pintu kaca mengejutkan mereka berdua. Daus segera berlari menutupi tingkap dan pintu, bimbang sekiranya tempias hujan akan memasuki ke dalam rumah.

Bunyi nyaring dari celahan antara cermin itu begitu menyeramkan. Guruh mulai berdentum di kaki langit, kuat sekali bunyinya. Seakan sehasta sahaja jaraknya dari kepala. May yang berada di dapur, tersentak. Lalu dia ke ruangtamu mendapatkan Daus.

"Zass! Pang!" Satu panahan kilat menyambar di balkoni yang menghadap tasik itu. Cahaya terang menyilaukan mata mereka berdua. Dalam keadaan kaget, May merangkul suaminya sambil memejamkan mata. Daus pula cuba menenangkan May tetapi dia masih dalam keadaan trauma.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.