Home Novel Seram/Misteri Banglo Tasik Kundang
Banglo Tasik Kundang
Sang Jerry
10/11/2017 12:43:39
11,557
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9

Kain merah itu menghantui May - kaget!. Lantas membuatkan dia teringat kepada mimpinya semalam. Ingin diluahkan pada Daus tentang hal itu tapi seakan mindanya telah disekat oleh satu kuasa. Mulutnya seperti dikunci untuk meneruskan kata-kata. Apa yang mampu dilakukannya kini ialah duduk mengerang sambil menahan sakit bisa kaca itu. Ngeri!

Darah merah masih mengalir membasahi betisnya. Sedikit pekat! Daus tidak mampu memandangnya lama-lama. Kerana timbul rasa mual dan pening mabuk darah. May bersandar di sebalik dinding dan memejamkan matanya. Sesekali dia mengerang panjang saat bisa itu datang. Daus cuba menenangkan isterinya. Setiap kali Daus cuba bersuara, setiap kali itulah May merasa terlalu rimas! Dia perlukan ketenangan.

Hujan diluar masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Kilat dan guruh pula seakan musuh di dalam medan peperangan. Saling berantakan diantara satu sama lain, malah saling silih berganti mengambil tempat. Dalam kegelapan itu, yang hanya bertemankan torch light telefon bimbit Daus, pandangan agak terbatas. Sesekali cahaya kilat menerangi dalam rumah itu - menyeramkan!

"Kita ke klinik?" cadang Daus. May hanya menggelengkan kepala. Bukannya dia tidak mahu tetapi entah kuasa apa yang telah menggerakkan tubuhnya! Daus tidak menyedari perubahan May ketika itu.

"Jomlah... bahaya kalau dibiarkan, darah pun belum berhenti lagi ni," Daus bertegas.
Tiba-tiba May bersuara. Tetapi alangkah terkejutnya Daus kerana suara itu bukanlah suara isterinya tetapi suara lelaki - garau sekali!
"Aku kata, tak payah! Aku suka darah, darah makananku! Dah lama aku tak makan! Hahaha," barulah Daus tersedar, May telah bertukar rupa. Disuluh Daus dengan torch light itu tepat ke muka May. Jarak antara mereka terlalu dekat. Dihadapan muka Daus, dilihatnya Mata May telah bertukar kemerah-merahan. Mukanya pula berurat biru serta mengerutu.

Daus menggeletar. Dia tidak menyangka, isterinya telah menjadi entiti yang menyeramkan! Demi May, dia terpaksa juga memberanikan diri. Jika dia lari menyelamatkan dirinya sendiri, apa pula yang akan terjadi pada May dan bayi dalam kandungan?


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.