Home Novel Seram/Misteri Banglo Tasik Kundang
Banglo Tasik Kundang
Sang Jerry
10/11/2017 12:43:39
11,556
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12

Angin dari luar menyapa lembut. Sepoi-sepoi bahasa iramanya membawa kedinginan malam, ditambahkan lagi selepas hujan. Suasana ketika itu begitu sejuk sekali. Desirannya menyapa  lembut melalui celahan pintu kaca yang pecah itu. Sesekali percikan air dari bumbung, jatuh lalu menempiasi ke dalam rumah. Becak, namun Daus tidak menghiraukannya. Di dalam kepalanya hanya bersarang nama May. Dia risau jika sesuatu yang tidak diingini terjadi. Timbul pula rasa kesalnya apabila melempang May tadi. Tetapi bukan niatnya untuk melakukan sebegitu,melainkan kerana telah terpaksa.

Dengan bantuan lampu suluh, lantas Daus ke kotak suis elektrik yang terletak di hadapan rumah. Tangannya cuba mencapai kotak itu namun tidak sampai. Kedudukannya sedikit tinggi. "Aduh, kenapalah kontraktor ni letak tinggi-tinggi!" keluh Daus sendirian. 

Daus menuju ke dapur, diambilnya kerusi kayu untuknya memanjat. Kerusi itu diletaknya perlahan-lahan betul-betul di bawah kotak suis. Tanpa membuang masa, dia mula memanjat. Kotak suis itu dibukanya pula. Satu persatu suis yang terdapat di dalam kotak diperiksa. "Hah, suis utama off rupanya!" Reaksinya agak gembira. Dia sebenarnya mulai merasa lemas hidup di dalam kegelapan seperti itu. Tambahan pula, diganggu sesuatu yang di luar jangkaannya.

"Sial! tak hidup!" Daus bertambah bengang. Suis utama itu beberapa kali dikuisnya tetapi masih tetap sama. 

"He... he... he... ," satu suara mentertawakannya yang datang entah dari mana tiba-tiba hinggap di hujung telinga. Suara yang sangat menyeramkan. Daus terkejut. Kakinya yang menjengket-jengket  semasa memijak kerusi itu telah hilang pertimbangan. Dalam kekalutan, kaki kerusi telah patah dan menyebabkannya jatuh ke lantai. 

"Aduh... Ya Allah, sakitnya... ," Daus mengerang menahan kesakitan. Dia bergolek-golek ke kanan dan ke kiri. Kepalanya terhentak! Telefon bimbit May yang dipegangnya tadi terlepas. Agak jauh dari tempat dia terjatuh. Tetapi dalam kesamaran, suasana di dalam rumah itu masih mampu dilihat. Pandangan Daus semakin kabur. Dalam halunisasi itu, Daus seakan ternampak May sedang berada di hadapannya. Sedang memerhati dengan wajah yang berlumuran darah. 

"May... tolong abang," sedikit demi sedikit, Daus hanyut dalam kesakitan itu lalu pengsan.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.