Home Novel Seram/Misteri Banglo Tasik Kundang
Banglo Tasik Kundang
Sang Jerry
10/11/2017 12:43:39
11,560
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11

"Lepaskanlah! sakit! May... abang kata lepaskan!" Daus merayu supaya May melepaskan gigitan itu. Tetapi rayuannya tidak dihiraukan.

Gigitan itu semakin kuat membuatkan Daus mengerang menahan kesakitan. Daus menolak tubuh May tetapi masih tetap sama, dia tidak dihiraukan. Malah sepertinya seronok memperlakukan Daus sebegitu.

Tahap kesabaran Daus memuncak. Satu tamparan hinggap di pipi isterinya itu. "Nah! aku dah cakap, kau tak nak dengar!" Daus mengherdik May. Sebaik sahaja tangan itu hinggap di pipinya, dia terjatuh. 

"Argh panas! panas!" suara yang berada di dalam tubuh May mengerang kepanasan.

Daus buta dalam kegelapan malam. Dia hanya mampu mendengar May merintih dan menangis kerana kesakitan. Daus tidak menghiraukan May. Dia merasa jarinya yang digigit itu. "Aduh, luka... ," keluhnya. Baju yang dipakainya ditanggalkan. Dia membalut jari yang luka itu, bimbang sekiranya darah tidak berhenti mengalir keluar.  

Suara tangisan May semakin kuat. Tapi berada sedikit jauh darinya. Daus tidak mendekati May lagi, tetapi mengambil keputusan untuk membiarkannya sahaja. Daus meraba-raba kembali ke lantai. Seperti sedang mencari sesuatu. Dalam keadaan terbongkok-bongkok itu, Daus berusaha mencarinya. 

"Yes! jumpa!" hilang seketika perasaan sakitnya apabila menjumpai telefon bimbit May. Ditekannya tombol itu secepat yang mungkin. Aplikasi torch light dibuka. Terang!

Dia melihat jarinya yang dibungkus dengan gulungan baju tadi, lebam bercampur luka yang dalam. Gigitan yang sangat kuat itu menyebabkan kulit jari Daus terkoyak! "Nasib baik tak putus."

Daus seakan lupa kepada May seketika. Namun, dia tersedar apabila tiada lagi kedengaran sebarang suara rengekan dan tangisan May. 

"Eh, kemana May?" Daus kehairanan. May sudah tiada lagi di ruangtamu itu. "Kenapa aku tak dengar apa-apa?" Daus berteka-teki dengan perasaannya sendiri. May menghilangkan diri tanpa disedari Daus.

"May! May!" Jerit Daus sambil mencari May di sekeliling rumah. Segenap penjuru diperiksanya, namun May gagal ditemui. Dari tingkat bawah sehinggalah ke tingkat atas, juga tiada bayangnya. 

"Kemana May ... ?" getusnya.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.