Home Novel Seram/Misteri Banglo Tasik Kundang
Banglo Tasik Kundang
Sang Jerry
10/11/2017 12:43:39
11,562
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8

Kilat masih sabung-menyabung menghentam Tasik Kundang. Guruh di langit pula berdentum menggegarkan banglo itu. 
Seakan berlaku perang di atas sana, telah menyebabkan Tasik Kundang terputus bekalan letrik. Mereka bergelap!

"Lilin mana? Lilin mana?" suara Daus terketar-ketar.

"May tak tahu... tak ingat letak di mana," balas May pula.

"Tunggu sini, abang nak cari lilin,"

"No way! May nak ikut! May takut,"

Torch light dari telefon bimbit dihidupkan. Terkial-kial Daus menyelongkar kesemua kotak namun tidak berjumpa walau sebatang lilin sekalipun. May pula masih trauma dengan kilat dan guruh yang masih belum reda. Seakan begitu dekat di atas kepala mereka berdua.

Hujan lebat mula turun beserta angin yang sangat kencang. Pintu kaca yang menghadap Tasik Kundang itu bergoyang-goyang. Pukulan sang angin yang menerpa laju menyebabkan kaca itu retak dan pecah.

"Pang!" pintu itu rebah ke lantai lalu mengenai kaki May. Dia menjerit kesakitan. Daus semakin panik. Dicapainya kain yang ada lalu segera dibalut kaki isterinya itu.

"Kain merah abang ambil dari mana ni?" tanya May dalam kesakitan.

"Entah, abang jumpa di rumah sana. Kebetulan abang simpan dalam poket seluar ni tadi," balas Daus tanpa mengesyaki sesuatu diluar jangkaannya akan berlaku sebentar lagi.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.