Home Novel Cinta DEWI CINTAKU
DEWI CINTAKU
NURY IRFAN
3/6/2017 15:56:10
7,186
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5



Hairan...ya mereka memang hairan.

Dari flight lagi, macammana gadis gadis abaya itu boleh berada satu flight dengan mereka. Sedangkan itu flight diraja.

Dan lagi, bila limousine mereka pula yang mengikuti karavan diraja yang dinaiki gadis gadis itu. Seolah olah mereka pula yang menjadi bodyguard kepada puteri puteri diraja.

Dan semalam tatkala melihat gadis gadis itu,bekerja sehari suntuk tanpa henti. Mereka dapat merasakan yang gadis gadis itu adalah calon pilihan bonda ratu sebagai menantu istana. Kerana itu adalah salah satu syarat menjadi menantu bonda, tetapi apa yang bonda katakan sebentar tadi, amat mengejutkan.

"Bonda perkenalkan mereka semua ni pembantu peribadi bonda. Esok mereka akan menyertai kita dalam program jelajah keluarga diraja. Jadi bonda harap anakanda semua boleh beri kerjasama kepada mereka . Satu lagi yang amat penting, tujuan utama jelajah diraja ini diadakan adalah untuk mencari calon menantu istana, selain kita mengenali dengan lebih dekat lagi rakyat kita. Dan tugas mengenalpasti calon yang sesuai bonda serahkan kepada mereka bertujuh."

"Alhamdulillah." Terdengar dua suara berbisik. Mereka semua berpaling dan terlihat Shah dan Beeb sedang menadahkan tangan lalu meraup muka mereka serentak. Terpinga pinga mereka berdua bila semua yang ada didalam dewan tersenyum melihat mereka. Lebih lebih lagi bonda ratu.


* * * *


"Eh..! Puan.. kenapa tak minta kami berjumpa puan. Tak perlu puan bersusah payah datang kesini." El mempersilakan 'puan'

Duduk di sofa.

" tidak mengapa, sengaja ne.. saya nak berbual mesra dengan kamu semua. Dah siap kemas beg kah? Esok pagi kita dah nak berangkat."

" sudah puan." Serentak mereka menjawab dan bergilir bersalam dengan puan.

"Maaf puan, kriteria apa yang pihak istana mahu, dalam menentukan calon yang sesuai. " Ujar El yang sudah pun memegang pen dan buku nota.

"Kalau kamu semua ada anak lelaki, kamu nak siapa jadi menantu kamu?

"Saya nak anak lelaki saya, sentiasa ingat Allah, beriman, beramal dan bertakwa. Supaya dia tak akan sia siakan anak dan isterinya. Jika dia takut pada Allah, dia tak akan sesekali aniaya anak istrinya,jika dia seorang yang menjaga amal soleh, dia pasti akan mendidik anak istrinya beramal soleh sepertinya. Dan jika dia beriman,pasti dia akan berusaha supaya keluarganya juga dapat masuk syurga bersamanya. Dan bila dia mengingati Allah setiap saat, pasti dia tidak akan berbuat kejahatan walaupun ditempat sunyi."

"Kenapa kamu jawab anak lelaki sedangkan saya bertanyakan mengenai menantu perempuan?"

"Kerana perempuan yang baik untuk lelaki yang baik."

"Bagaimana pula seorang lelaki yang baik mendapat isteri yang kurang baik?"

"Sebab tu orang lelaki dijadikan sebagai pemimpin. Dengan iman,amal dan taqwa, mereka akan punya kesabaran dan keredhaan dalam mendidik isteri mereka menuju Ilahi..

"Kalau isteri yang soleh pula yang dapat suami yang ntah apa apa tu macammana pula?"

"Ntah apa apa macammana tu puan?"

"Yang ada kekurangan dan kelemahan..."

" oohh itu tak apa puan, semua kita ada kekurangan tak ada manusia yang sempurna puan. Kalau dia kurang baik, kita sebagai isteri kena la bantu dan bimbinglah dia kearah kebaikan."

" habis tu kalau suami kita tu jahat,minum arak, berjudi dan sebagainya. Kita kena bimbing juga kah?"

"Sebab tu lelaki yang baik ntuk perempuan yang baik. Bila sampai waktunya Allah sendiri yang akan pisahkan. Tak kira la yang jahat itu lelaki atau perempuan. Tetapi pasangan yang soleh itu hendak lah dia redha dan bersyukur kepada Allah diatas penderitaan yang telah dia tanggung sebelum itu."sampuk Mar tiba tiba.

"Saya faham kita kena redha. Tapi kenapa kena bersyukur pula?"

"Ramai yang bersyukur dengan nikmat Tuhan, tetapi berapa ramai yang bersyukur dengan ujian yang Allah berikan. Sedangkan ujian yang Allah beri adalah untuk memberi peluang kepada kita menaikkan darjat kita disisi Allah. Takkkan dengan cuma ujian terhiris pisau dijari kita dapat masuk Jannatul Firdaus. Sedangkan Jannatul Firdaus itu tingkatnya syurga ntuk para Nabi.

"Ya....betul, Allah menguji hamba yang Dia sayang." terangguk angguk puan menjawab.

" kamu...?"

"Saya...Mar......Maryam Azeezah.

" Dia...?

" dia......Maryam Habeebah. Tapi kami panggil Beeb saja.

" ooohhh jadi kamu berdua la dari yayasan Qasseh?"

" ya...puan."

"Kami pun dari yayasan Qasseh, puan." sahut mereka semua.

"Ooohhhh...ya...ya...rasanya makan malam dah disediakan. Ayuh kita turun, takut habis nanti anak anak raja tu makan. Maklum lah anaconda yang makan."

" haaahhh..!" Terbuntang mata mereka saling memandang namun tidak kali ini diwajah Beeb. Dia cuma tersenyum memandang. Namun sempat tertangkap dimata puan, akan kesan airmata diwajahnya..


* * * *


Tidak tahu mengapa dia tidak boleh tidur. Resah gelisah saja sejak dari dinner tadi.

Pusing kanan nampak "dia pusing kiri pun nampak " dia.. juga.

Akhirnya dia bangun keluar ke balkoni.

Terbayang bayang wajah gadis itu di matanya.

Tertunduk saja dimeja makan. tidak ada wajah voguenya atau selambanya. Juga tidak ada mata bulat yang terbeliak beliak itu yang mencuit hatinya. Tersenyum senyum dia sendiri. Senyumannya bertambah lebar bila teringatkan sewaktu dia ingin melangkah kearah tokwannya, semalam bila tiba tiba sahaja gadis itu lalu disebelahnya. Terbeliak beliak matanya memandang tokwan yang sedang menunggu mereka untuk memotong kek. Siap nak buat kek anaconda lagi untuk tokwan. Tersenyum nenda disebelahnya. Siap nenda bertanya "tak nak rasa ka kek hati adinda?

Hampir tertawa dia sendiri. Namun bila teringatkan wajah sayu gadis itu, resah kembali bertandang dihatinya.

" kenapa ni, tak boleh tidur ka."? Tanya Nawawi yang berdiri disebelah kanan, sambil meletakkan tangannya diatas bahu Shah.

"Mana la nak boleh tidur teringat buah hati dia la tu."jawab Nazeer juga meletakkan tangannya diatas bahu Shah dari sebelah kiri.

" bukan buah hati la mana ada."

"Habis tu, yang dok sat senyum sat sengih, tu apadia?"

" tak nak tanya dia ka?" Sambung Nazeer lagi.

" tanya apa?"

"Tanya la kenapa adinda bermuram durja? Beritahulah kekanda akan kekanda habisi siapa yang mengguris hati adinda."

Buukkk...

"Melawak.. melawak la lagi, tak lawak la."

Marah Syah namun menghulurkan tangannya kepada Nazeer .

"Sorry lah aku tak sengaja, tertumbuk tadi. Aku tak tau la, aku dah usaha kawal baran aku."

"Aku minta maaf, aku yang salah. Hang dok tengah serabut, aku buat lawak pula."

"Nak pi tanya ka tak ni..?"

"Nak tanya kat mana?"

Nawawi tidak menjawab namun tersenyum memandang keatas menara. Terus Shah mendongak dan terlihat seorang gadis yang sedang berpeluk tubuh merenung bulan. Melayang layang jaket labuhnya ditiup angin.

Baru saja Beeb menghulurkan kakinya untuk melompat turun dari menara. Tiba tiba sepasang tangan memeluknya lalu terjun ke atas bumbung. Kemudian membawanya turun kebalkoni. Belum sempat Beeb membanting orang dibelakangnya, terus leher baju Beeb dicekak, terpusing Beeb dan terdongak kepalanya memandang.

"Ingat..! Kalau nak buat apa apa sekalipun, jangan lupakan saya. Kalau nak buat benda bodoh pun, bagila tahu apa masaalahnya. Saya ada buat apa. Suami sendiri pun nak berahsia ka?"jerit Shah penuh kemarahan.

"Benda bodoh apa yang saya nak buat?" Tanya Beeb terpinga-pinga.

" kalau awak mati tadi, macammana dengan saya. Awak tak fikir ka?"

"Saya, kenapa saya kena mati pula. Kenapa bukan awak yang mati."

"Kenapa pula saya yang mati? Awak yang nak bunuh diri."


Puuukkk... Beeb menghantuk kepalanya ke dahi Shah. Sebaik terlerai tangan Shah dari leher bajunya, terus Beeb menerkam dan menolaknya ketembok balkoni. Dicekaknya leher Syah dan ditekankannya badan Syah melepasi tembok balkoni menjunam kebawah.

"Aku bukan bodoh nak bunuh diri. Lagipun kamu siapa yang boleh rasa sakit dan perit aku, kalau bapa aku sendiri pun tak pernah peduli dengan airmata dan darah yang mengalir di tubuh aku. Daging aku yang hancur dan luruh pun dia tak kisah. Apatah lagi kamu yang tak ada kena mengena dengan aku."

Bisik Beeb keras ditelinga Shah.

"Tapi saya." Spontan ditariknya Shah ke atas semula. Sebelum sempat Shah menghabiskan katanya. Ditepuk tepuk dan dibetulkannya baju Shah lalu direnungnya mata Shah dengan sayu, perlahan dia berkata " cinta itu tidak akan wujud dalam hidup aku, kerana hati aku telah lama mati."

Berundur dia beberapa tapak kebelakang sambil memandang Shah. Apabila airmatanya hampir menitis terus dia berpaling dan melompat keatas bumbung. Berlari lari dia bagaikan sedang terbang diangkasa. Meliuk lentuk jaket labuhnya melayang menempuh deru angin. Sebaik sampai diatas menara ditolehnya sejenak kearah Shah yang masih berdiri memandangnya.kemudian dia melompat turun dari menara. Ditariknya selendang yang terikat dipinggangnya lalu dilemparkan kearah tiang menara dan terbelit hujung selendangnya disit lalu meluncurlah dia terbang kebawah dan sebaik dia sampai ditingkap biliknya terus dia melompat masuk dan menarik semula selendangnya.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NURY IRFAN